
RESIPI POPIA NESTUM CRUNCHY

BAHAN-BAHAN:
- Kulit popia
- Minyak masak
- Gula halus
- Nestum
- Susu tepung/ Horlicks
CARA MEMASAK:




1. Gulung kulit popia
2. Gunting
3. Goreng
4. Angkat dan biar sejuk dulu
5. Salut dengan gula, nestum dan susu tepung @ horlick
(sukatan 1,2,3.. 1 cup gula, 2 susu tepung, 3 cup nestum)
@
(sukatan 1 cup gula, 2 cup horlicks, 3 cup nestum)
**lps gulung biar dulu smpai kering skit br gunting
**gula dan nestum (blend halus)
**susu tepung @ horlicks (pilih salah satu)
Kongsi resipi: Wiella Syahira
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Guna 3 Bahan Je. Ini Resipi Roti Bakar Ala Kopitiam Super Lazat & Mudah

Roti Bakar 3 bahan ni memang sangat mudah dihasilkan. Enak dinikmati bersama secawan teh atau kopi panas sebagai sajian minum petang. Malah ia juga sangat sesuai dihidang ketika sarapan. Tak susah pun nak buat menu ala kopitiam ni. Hanya perlukan tiga bahan ringkas sahaja. Dari roti terbiar je di dapur, kalau buat macam ni tentu lebih berselera. Nak cuba? Saudari Ziera Xiera ada kongsikan resipinya. Jom try!
CARA BUAT ROTI BAKAR 3 BAHAN ALA KOPITIAM

BAHAN-BAHAN:
- Roti sandwic
- Sekaya – boleh guna sebarang jenama (beli online DISINI)
- Mentega buttercup (beli online DISINI)
CARA MEMASAK:
1. Ambil roti dan potong bahagian tepinya.

2. Kemudian sapukan sekaya pada roti hingga rata. Lebihkan sapuan untuk rasa lebih sedap.
3. Seterusnya, ambil mentega dan potong menjadi kepingan besar. Kemudian potong kepingan tersebut kepada 3 bahagian kecil. Pastikan mentega masih keras.

4. Susun potongan mentega di atas roti.

5. Ambil sekeping roti dan tutupkan bahagian atasnya. Potong kepada dua bahagian.

6. Susun kepingan roti di atas dulang pembakar dan bakar pada suhu 200c selama 10-15 minit. Masa mungkin berbeza bergantung kepada ketuhar dan tahap garing yang anda inginkan.

7. Bila roti sudah garing begini, angkat dan sedia untuk dihidangkan.

Kredit resipi & foto: Ziera Xiera
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Masak Kari Ayam Guna Rempah Kari Dari Kedai Eco. Ehh…Sedap Rupanya!
Resipi Kuih Asam Gumpal. Menu Minum Petang Mudah Buat Masa PKP
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Pelbagai Hidangan Kuey Teow Mudah & Memang Sedap!

Pelbagai jenis hidangan boleh dihasilkan dengan menggunakan kuey teow.. Siapa penggemar kuey teow bolehlah cuba resipi-resipi ni! Selamat mencuba!
KUEY TEOW GORENG CHINESE STYLE

BAHAN (A)
- 1/2 kg kuey teow
- 3 biji telur – pukul hancur sahaja
BAHAN (B)
- 5-7 ulas bawang putih – cincang halus
- Udang dan sotong jika suka
- Minyak secukupnya untuk menumis
BAHAN (C)
- 1/2 sdm sos tiram
- 1/2 sdt kicap cair
- 1sdt kicap pekat manis
- 1/2 sdt kicap pekat – untuk warna sahaja
- 1/2 sdt pitis otak udang
- 1 sdm sos cili *Satukan sebati*
- Tauge secukupnya
- Daun kucai jika suka
CARA PENYEDIAAN
- Tumis bahan (B), bawang dahulu sehinnga kuning dan masukkan udang. Biarkan sekejap sehingga udang bertukar warna.
- Kemudian masukan bahan (A) kuey teow terlebih dahulu. Goreng sekejap sehingga minyak serap pada mee dan baru masukkan telur. Biarkan sekejap sehingga telur kering.
- Kemudian masukkan bahan (C) dan goreng lagi sehingga sebati pada mee dan akhir sekali masukkan tauge dan daun kucai. Goreng seminit dan tutup api.
*Penggunaan api mesti sedang besar supaya kuey teow tidak hancur*
Kredit resipi & foto: Sue Norrman
KUEY TEOW LADNA

BAHAN-BAHAN
- Kicap pekat secukupnya (untuk digaul bersama kuew teow)
- 1 bungkus kuey teow
- 2 ulas bawang putih | ketuk
- 4 biji cili padi | ketuk
- 1 biji kiub ayam
- Sotong/ udang/ayam secukupnya
- Sawi, lobak merah, putik jagung, bunga kobis (sawi asingkan batang)
- 1 sudu besar sos tiram
- 2 sudu kecil tepung jagung (tambahkan air untuk pekatkan kuah)
- Air secukupnya
CARA PENYEDIAAN
- Gaul kuey teow dengan sedikit kicap. Panaskan minyak sedikit dalam kuali, masukkan kuey teow gorengkan sekejap anggaran 2 minit. Angkat dan masukkan dalam pinggan.
- Tumis bawang putih dan cili api sampai naik bau.
- Kemudian masukkan kiub ayam, sos tiram, lobak merah, putik jagung, bunga kobis, ayam, batang sawi dan sotong. Kemudian masukkan air secukupnya. Biarkan mendidih.
- Masukkan garam, sawi dan udang. Kemudian masukkan bancuhan tepung jagung, biarkan sedikit pekat.
- Setelah siap, tuangkan ke atas kuey teow tadi.
Kredit resipi & foto: Rohah
KUEY TEOW CANTONESE

BAHAN-BAHAN
- 300 gram kuey teow
- 5 ketul ayam -dipotong kecil
- 8 ekor udang
- 2 ulas bawang putih – dicincang
- 1 biji telur -dipukul sedikit
- Sayur paksoy
BAHAN A
- 2 sudu kecil kicap soya
- 1 sudu kecil tepung jagung
- Secubit serbuk lada sulah
BAHAN B
- 1 sudu besar sos tiram
- 1 sudu besar kicap soya
- 1 sudu kecil gula
- 2 cawan stok ayam (resipi ni guna 2 cawan air + 1 kiub ayam)
BANCUHAN TEPUNG JAGUNG
- 1 sudu besar tepung jagung
- 2 sudu besar air
CARA PENYEDIAAN
- Perap ayam yang telah dipotong kecil dengan kicap soya dan sedikit lada sulah. Biarkan sekejap.
- Panaskan kuali dan letak 1 sudu besar minyak. Masukkan satu sudu besar kicap soya dan kemudian masukkan kuey teow. Balik-balikkan sehingga keperangan. Angkat.
- Panaskan kuali dan letakkan 1 sudu besar minyak. Tumis bawang putih sehingga keperangan dan naik bau. Masukkan ayam yang telah diperap dan kacau rata. Masukkan udang. Biarkan seminit dan kemudian masukkan bahan B.
- Tunggu sehingga mendidih. Masukkan sayur paksoy dan bancuhan tepung. Kacau dan rasa kuah secukup rasa. Padamkan api. Masukkan telur yang telah dipukul.
- Kacau kuah dengan laju dan curahkan kuah di atas kuey teow. Sedia untuk dimakan.
Kredit resipi & foto: lilly
KUEY TEOW KUNGFU

BAHAN-BAHAN (KUEY TEOW)
- 1 paket kuey tiow – basuh dan toskan
- 2-3 biji telur untuk celup
- ½ sudu kecil lada sulah
- Minyak untuk menggoreng 3 senduk
BAHAN-BAHAN (KUAH)
- 1 bahagian dada ayam – potong dadu
- 10 ekor udang
- 3 biji bawang putih – cincang
- 4 baby corn – hiris serong
- 1 batang lobak merah – hiris
- 1 ikat kailan – potong panjang
- 2 sudu besar sos tiram
- 1 kiub ayam
- 2 sudu besar tepung jagung- dibancuh dengan air
- Air – agak-agak berapa banyak
- Garam secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
- Panaskan minyak.
- Pukul telur dan masukkan lada sulah.
- Bahagi kuey tiow kepada 4-5 bahagian. Ambil 1 bahagian dan masukkan ke dalam telur.
- Kaup kuey tiow dengan senduk supaya dapat telur sekali. Masukkan dalam minyak yang dah panas.
- Goreng hingga perang dan balikkan.
- Angkat setelah kedua belah masak.
CARA PENYEDIAAN (KUAH)
- Panaskan 1 sudu minyak masak.
- Masukkan bawang putih dan tumis hingga naik bau.
- Masukkan sos tiram, air dan kiub ayam.
- Masukkan isi ayam, lobak merah dan baby corn. Masak hingga isi ayam masak.
- Masukkan udang dan kailan dan tunggu hingga masak.
- Masukkan lada sulah, dan garam secukup rasa.
- Masukkan bancuhan tepung jagung. Kacau hingga kuah pekat.
- Angkat dan hidangkan kuah bersama kuey tiow yang digoreng tadi.
Kredit resipi & foto: Farah Sanusi
Kek Lapis Marrie Masam Manis Sukat Guna Cawan, Gerenti Jadi.

Jangan kata susah ye buat kek lapis Marrie Masam Manis ni, kena gaya sangat senang. Cuma perlu sedikit kerajinan je, kalau beli pun harga kek ini boleh tahan. Jadi buatlah sendiri, bahan mudah, sukat pun guna cawan je, sesuailah kalau anda yang baru nak mencuba. Ini resipinya ye..
KEK LAPIS MARRIE MASAM MANIS
BAHAN-BAHAN:-
2 cawan biskut marrie kisar | kisar halus
1 cawan gula kastor
1 cawan marjerin pelangi
5 biji telur | gred c je
3 sudu besar susu pekat
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanila
Asam manis Haw flakes
2 pewarna | hijau dan kuning
CARA MEMBUAT:
- Putar marjerin dengan gula hingga sebati atau hingga putih.
- Kemudian masukkan telur sebiji sebiji dan putar lagi hingga kembang.
- Seterusnya masukkan biskut marrie yang sudah dikisar halus diikuti susu pekat, baking powder dan esen vanila.. Gaul guna spatula.
- Setelah sebati bahagikan kepada dua bahagian dan warnakan dengan satu hijau dan satu kuning. Sedia dikukus.
- Saya gunakan pekas plastik tahan panas saiz 6X6.
- Sudukan 5 sudu makan setiap lapisan dan kukus dalam pengukus yang sedia dipanaskan. Letakkan warna hijau dahulu, ratakan dan susun asam manis di atasnya.
- Kukus setiap lapisan 5 minit. Terus melapis hingga adunan habis.
- Akhir sekali kukus lagi lebih kurang 25-30 minit.
- Setelah masak, buka pengukus, biarkan wapnya hilang dan angkat.
- Setelah sejuk bolehlah dihidangkan.
Kredit : Cik Za cikido

