Sos Cili Ala Thai Homemade, bagi yang suka makan cicah sos cili ala thai boleh buat sendiri dan ikut kepedasan yang di ingini. Bukan setakat sebagai pencicah ia juga boleh guna sebagai bahan perasa dalam masakan.
Resipi Sos Cili Ala Thai Homemade
SOS CILI ALA THAI
BAHAN-BAHAN:
Ads
4 biji cili merah
9 biji cili padi (kalau suka pedas boleh tambah lagi)
5 ulas bawang putih
1 ½ cawan air
2 sudu besar cuka
1 biji jus limau nipis
1 cawan gula atau secukup rasa
1 sudu garam atau secukup rasa
2 sudu makan sos ikan
1 sudu besar tepung jagung + 2 sudu besar air
CARA MEMASAK:
Kisarkan cili merah, cili padi,bawang putih dan air
Masukkan ke dalam periuk. Masukkan pula cuka, jus limau nipis, sos ikan, garam dan gula. Masak dengan api sederhana sehingga mendidih. Perlahankan api.
Campurkan tepung jagung ke dalam air. Kacau sebati. Masukkan ke dalam periuk. Kacau sehingga sos memekat lebih kurang seminit.
Setelah sejuk, bolehlah disimpan di dalam bekas kedap udara.
Membuat air asam untuk dijadikan cicah ikan bakar, daging bakar dan lain-lain menu bakar-bakar sebenarnya bukanlah semudah yang disangka. Kalau tak kena gaya, rasanya hambar dan tidak berperisa. Jom kita tengok resipi yang ini. Nampak memang sedap sangat ni.
BAHAN A:
Bawang besar
Tomato
Cili padi hijau
Cili merah
BAHAN B:
Bawang besar
Tomato
Cili padi hijau
Cili merah
Belacan
Air asam jawa
Garam & gula secukup rasa
BAHAN C:
Kerisik secukupnya
Limau nipis |jumlah bergantung tahap kemasaman yang disukai
CARA MEMASAK:
1. Hiris bahan A. Masukkan ke dalam bekas.
2. Masukkan bahan B ke dalam blender. Tambah belacan, garam, gula dan air asam jawa secukupnya. Kisar.
3. Tuang bahan kisar ke dalam bekas berisi bahan hiris. Gaul rata
4. Masukkan bahan C dengan secukupnya. Gaul lagi dan bolehlah dinikmati.
Nak nikmati kepuasan makan buah mempelam muda cecah dengan serbuk colek, cubalah buat serbuk colek ala Thai ni. Memang sedap. Rasanya pedas, manis dan masin saling melengkapi. Sekali colek, nak lagi!
CARA MEMBUAT
1. Sangai semua bahan kecuali gula.
2. Selepas garing semua bahan itu, sejukkan dan kisar kering.
3. Kalau ikut resipi asal, bahan garing ini dikisar sekali dengan gula. Tapi boleh juga guna gula pasir yang halus.
4. Terus campur bahan garing kisar dengan gula dalam bekas asing dan gaul sebati.
Nota:
1. Tambah garam kalau tak cukup masin.
2. Lebihkan cili kering jika suka lebih pedas.
3. Yang paling penting pastikan bahan-bahan sangai tu sejuk dahulu, kemudian baru dikisar. Kalau tak nanti tak cantik kejadiannya.
Sambal yang sedap diratah adalah sambal tempe ikan bilis. Caranya kena buat manis-manis sikit. Selain sedap dimakan dengan nasi, boleh juga ratah macam tu je. Ada yang buat kering dan rangup dijadikan sebagai kudapan. Resipi yang dikongsikan ni sangat senang, tapi tetap sedap. Tempe ni kesukaan masyarakat jawa. Jadi kalau ada yang nak cuba, RASA berikan resipi di sini. Mudah untuk korang cuba masak sendiri. Try tau.
SAMBAL TEMPE IKAN BILIS
BAHAN-BAHAN
• Minyak masak
• Tempe (dipotong nipis)
• Ikan bilis (digoreng garing)
• 3 ulas bawang putih (cencang halus)
• Cili kering (dikisar dapatkan 4 sudu besar)
• 1 biji bawang besar (dipotong bulat)
• Garam secukupnya
• 3 sudu besar gula
• 1 sudu besar gula merah
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak. Goreng tempe, ketepikan.
2. Goreng ikan bilis, ketepikan.
3. Kurangkan minyak masak tadi. Tumis bawang putih sampai kuning. Masukkan cili kering. Tumis sampai garing.
4. Masukan bawang besar, garam, gula, gula merah. Masak sehingga bawang besar layu dan tumisan nampak warna gelap.
5. Tutup api. Biarkan sambal ni betul-betul sejuk.
6. Akhir sekali, gaulkan tempe dan ikan bilis dengan sambal sehingga rata. Siap.
Selain sedap dibuat sambal, goreng kunyit atau dimasuk dalam tomyam sotong juga enak dibuat masak lemak. Jika nak lebih sedap dan istimewa boleh cuba buat sotong masak lemak Padang.