Selain sos cili, tomato, sos tiram antara yang selalu kita beli untuk kegunaan dalam masakan.
Selalu waktu membelinya selain daripada harga kita akan pilih berdasarkan jenama tanpa menyedari sebenarnya sos tiram ini sebenarnya ada beberapa kategori yang berbeza.
Menurut Chef Amer dalam satu perkongsiannya, sos tiram yang dijual di pasaran ada lima jenis. Sebaiknya sebelum beli baca label dengan teliti. Tapi jika nak mudah boleh baca perkongsian beliau tentang jenis sos tiram ini.
Sos tiram ada 5 jenis
Masa saya beli Sos Tiram di NSK tadi, tiba-tiba ada seorang Auntie India ni tanya saya yang mana satu Sos Tiram untuk vegetarian.
Saya pun tunjukkan lah yang mana satu. Kemudian dia tanya lagi apa beza Sos Tiram yang lain-lain tu. Ehhh… macam kat kelas pulak dia tanya.
Sedang saya terangkan kat dia, datang pulak Mak Cik ni tanya, Sos Tiram brand apa yang paling best. Aikkk… sah ! Dah boleh buat kelas pasal ni kat NSK.
Ok, Sos Tiram ni ada 5 jenis.
1. Sos Tiram
– Kandungan ekstrak tiram lebih dari 10% dan boleh dipanggil sos tram
– Rasa tiram yang sebenar
– Jenama Panda Lee Kum Kee
Ads
2. Sos Perisa Tiram
– Kandungan ekstrak tiram kurang 5%, sebab itu tak boleh dipanggil sos tiram, hanya berperisa tiram sahaja.
– Rasa tiram yang ‘mild’
– Jenama Maggie, Nona, Adabi, Taste-me
Ads
3. Sos Tiram Premium
– Kandungan ekstrak tiram 40%
– Rasa tiram yang sangat padu
– Jenama Premium Lee Kum Kee (ibu dan anak dalam sampan)
4. Sos Tiram Tiruan Sayuran
– Tiada langsung ekstrak tiram dan digantikan dengan serbuk cendawan (1%) serta perasa sahaja.
– Sebab itu sesuai untuk Vegetarian
– Jenama Sos Berperisa Tiram Sayuran Lee Kum Kee, Taste-Me
Ads
5. Sos Berperisa Tiram Ekonomi
– Kandungan ekstrak tiram yang sangat sedikit atau tiada langsung, sekadar perasa dan kicap serta pemekat sahaja.
– Harga sangat murah dan dijual dalam tong 3 atau 5 kg.
– Jenama Puteri, Emos, HTH
Satu lagi, tentu ramai yang akan bertanya tentang status HALAL sos tiram ini.
Sebaiknya selain baca tentang kandungan atau bahan yang digunakan, tengok lah sekali cop halal.
Udang bersaiz besar perlu dibersihkan terlebih dahulu sebelum dimasak. Ini kerana di bahagian badannya terdapat satu urat kotoran /urat najis yang perlu dibuang.
Udang bersaiz besar perlu dibersihkan terlebih dahulu sebelum dimasak. Ini kerana di bahagian badannya terdapat satu urat kotoran /urat najis yang perlu dibuang. Biasanya untuk membuang kotoran ini, anda perlu mengupas kulit atau menghiris isi udang terlebih dahulu namun ada cara mudah yang boleh dilakukan tanpa perlu menggunakan pisau. Bahan-bahan yang diperlukan ialah:
BAHAN-BAHAN:
Udang
Lidi tajam
CARA-CARA:
1. Ambil udang dan cucuk lidi di bahagian lembut berdekatan ekornya.
2. Tarik lidi perlahan-lahan ke atas bagi mengeluarkan sedikit urat kotoran dari badan udang.
3. Setelah urat kotoran keluar, tarik perlahan-lahan bagi mengeluarkan keseluruhan urat. Tarik dengan berhati-hati bagi mengelakkan ia putus.
Tonton video untuk melihat langkah secara lebih jelas:
Percaya atau tidak ramai orang sekarang tak reti nak siang ikan. Apa lagi nak buat fillet, memang hancurlah isi ikan dibuatnya. Sedangkan nak buat fillet kalau kena caranya ia sangat senang. Nak tau macam mana caranya, ikut panduan yang RASA kongsikan ini. Lepas ni bolehlah buat sendiri ye.
Pastikan Ikan Segar
Ikan segar mempunyai tektur isi yang kenyal dan mudah difillet berbanding ikan lama yang teksturnya lembik dan mudah hancur. Jika tidak sedia dimasak, fillet ikan boleh anda simpan dalam freezer lebih lama berbanding dengan ikan yang tidak difillet.
Pilih Saiz Ikan Yang Sesuai
Pastikan ikan yang ingin difillet adalah sesuai. Ikan mestikan bersaiz besar kerana ia mempunyai isi lebih tebal dan mudah dipisahkan dengan tulangnya. Ikan yang kecil kerana isi yang nipis, menjadikan rposes fillet sukar dan isi boleh hancur.
Guna PisauTajam
Jika membuat fillet ikan anda perlu menggunakan pisau tajam. Proses hirisan isi ikan untuk asingkan dari tulang mesti dilakukan dengan satu hirisan (satu gerakan tangan). Jika pisau tumpul dan membuat dua tiga kali hirisan akan menyebabkan isi ikan hancur dan banyak isi ikan masih melekat pada tulang ikan.
Bahagian Ikan Boleh Difillet
Lakukan hirisan fillet dari atas bahagian atas hingga ke bahagian bawah perut ikan. Isi bahagian ekor tidak perlu difillet kerana isi nipis dan kurang sedap.
Nak tahu cara rebus telursupaya tak melekat di kulit bila dikupas? Maklumlah, telur rebus ni ramai yang suka makan. Selain dinikmati bersama nasi lemak, ia juga boleh dijadikan pelbagai sajian enak untuk keluarga. Salah satu masalah yang kita selalu hadapi bila ‘deal’ dengan telur rebus ni ialah semasa nak kupas kulitnya. Ada ketika, mudah nak kupas. Namun ada kalanya susah betul. Sampai terkopek-kopek isi dibuatnya. Jadi bila dimasak, nampak tak cantik. Menerusi perkongsian Puan Waheeda Basiron beliau menunjukkan cara rebus telur supaya mudah dikupas dan kulitnya tidak melekat pada isi.
CARA REBUS TELUR SUPAYA MUDAH DIKUPAS & CANTIK
1. BASUH TELUR
Mula-mula, macam biasalah. Basuhkan telur bersih-bersih dan masukkan ke dalam periuk dan tambah air. Tak perlu air mendidih baru nak masukkan telur ya.
2. GUNA GARAM & MINYAK MASAK
Kemudian, masukkan 1 sudu garam dan 1 sudu minyak masak. Inilah rahsianya yang menjadikan kulit telur mudah terasing daripada isinya.
3. REBUS
Tunggu telur siap direbus lebih kurang 10-15 minit atau sehingga air menggelegak.
4. RENDAM & KUPAS
Akhir sekali, rendamkan dalam air biasa sekejap untuk hilangkan panas. Bila dah agak suam, bolehlah terus kupas macam biasa. Hasilnya memang memuaskan malah memudahkan kerja.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!