
Dapat bermain dengan tepung untuk membuat doh roti boleh hilangkan stress. Tak percaya boleh cuba nanti. Biasakan menguli dengan guna tangan lebih beri kepuasan. Hari ini kita sediakan bahan doh. Satu doh boleh buat macam-macam, donut,piza ,roti,sosej roll dan sebagainya. Kita buat sosej roll kegemaran anak-anak. Makan panas-panas roti ni memang layan.
Resipi doh:
Bahan-bahan:
1 sudu besar gula
1 sudu besar yis-BELI ONLINE DI SINI
1 cawan susu segar
1 biji telur
¼ cawan minyak jagung-BELI ONLINE DI SINI
Campur bahan di atas dulu (diamkan 5 minit)
Kemudian masukkan;
3 cawan tepung high protein-BELI ONLINE DI SINI
Sedikit garam
Gaul guna spatula dulu. Bila dah sebati, boleh guna tangan pula.Uli lagi dalam 10minit.Tutup bekas .Perap 30minit.
Cara membuat:
1.Buka tudung, uli lagi.
2.Masuk sikit tepung untuk mudah lagi uli dan tidak melekat pada tangan.
Perap lagi 30minit.
3.Bila sudah mengembang,tumbuk-tumbuk keluarkan angin pada doh.
4.Keluarkan doh.Letak atas papan canai.Leperkan, potong-potong doh dengan pemotong doh.

5.Jangan besar-besar sangat.Doh ni boleh buat macam-macam, simpan untuk petang boleh je nak buat kuih lain.

6.Gulung Panjang doh tadi. Rebus sekejap sosej,kemudian tos.Kena lap sikit dengan tisu dapur supaya nanti nak lilit senang.Kalau berair doh tak melekat kemas.
7. Dah siap gulung. Sapu kuning telur yang dicampur dengan susu cair sikit.
8.Bakar dengan suhu 180 darjah selama 25minit.
9.Bila dah nampak keemasan, keluarkan dari oven.Sapu sikit mentega atas roti biar nampak berkilat. Siap untuk dihidang.

Kredit: Iedaa Jahaya
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Resipi Kuih Muih Kampung Yang Tetap Menjadi Pilihan Ramai

Kuih muih kampung tetap menjadi pilihan walaupun banyak lagi kuih-kuih yang sedang viral di media sosial. Kami kongsikan beberapa resipi kuih yang tetap menjadi pilihan ramai untuk dinikmati ketika minum petang.
1. KUIH CARA MANIS PANDAN

BAHAN-BAHAN:
- 2 cawan tepung gandum
- 3 cawan santan kelapa (saya guna santan kotak)
- 2 biji telur
- 10 helai daun pandan
- Beberapa titik pewarna hijau
- Gula pasir secukupnya (untuk inti)
- Garam secukup rasa (untuk rasa lemak masin)
- Sedikit minyak masak (untuk diletak pada acuan)
CARA PENYEDIAAN:
- Daun pandan dicuci, potong kecil dan kisar bersama santan, kemudian tapis. Satukan bersama tepung gandum, pewarna hijau, telur dan kacau rata dengan whisk hingga semua sebati, tambah garam secukup rasa. Kacau dan tapis adunan tadi. Ketepikan sebentar.
- Panaskan acuan kuih cara atas dapur gas, bila panas kecilkan api pada tahap minima. Sapu sedikit minyak masak pada setiap ruang acuan (guna daun pandan yang dilipat, diikat dan diracik hujungnya).
- Isi adunan tadi dalam bekas bermuncung (kole atau teko) tuang dalam setiap acuan tadi hingga hampir penuh. Letakkan sedikit gula pasir pada setiap kuih (anggaran 1/3 camca teh). Tutup permukaan acuan dengan tudung atau penutup periuk. Masak hingga kuih tidak melekat bila disentuh atau lekang daripada acuan.
- Berhati-hati semasa nak keluarkan kuih dari acuan dan sejukkan. Oles sedikit minyak setiap kali memasak kuih yang baru.
Kredit resipi & foto: Wirawati Negara
2. TEPUNG GOMAK

BAHAN-BAHAN:
- 2 cawan tepung pulut
- Sedikit garam
- 2/3 cawan air
CARA PENYEDIAAN:
- Campurkan tepung pulut, garam dan masukkan air sedikit demi sedikit sehingga adunan tak melekat di tangan. Pastikan adunan tidak terlalu keras dan tidak terlalu lembik.
- Bulatkan adunan ini (besar 2 kali dari onde-onde gula melaka).
BAHAN-BAHAN INTI KELAPA MANIS:
- 1 biji kelapa parut/kelapa segera/kelapa kering (guna sedikit air panas untuk lembapkannya)
- 1 biji gula melaka
- 3/4 cawan gula pasir
- 1 sudu besar tepung gandum dibancuh dengan sedikit air sahaja
- Daun pandan disimpul
CARA PENYEDIAAN:
- Masak gula melaka, 3/4 cawan gula pasir, daun pandan dengan sedikit air.
- Masak sehingga gula melaka hancur, kemudian tapis.
- Masukkan kelapa parut tadi. Kalau tiada kelapa parut, boleh guna kelapa kering. (Kelapa kering tambah sedikit air panas untuk lembapkannya)
- Masak sekejap atas dapur. Agak-agak dah kering, masukkan bancuhan tepung gandum tadi. Masak sehingga ia lembap-lembap, kemudian sejukkan.
- Bulatkan inti-inti tersebut.
BAHAN-BAHAN SERBUK TEPUNG GOMAK:
- 1 cawan kacang hijau
CARA PENYEDIAAN:
- Bersihkan kacang hijau dan goreng sebentar. Goreng sekejap sahaja, jangan sampai hangit.
- Kemudian, kisar kacang sehingga hancur.
- Tapis atau ayak dan boleh dijadikan serbuk tepung untuk tepung gomak. Lebihan tepung boleh disimpan.
CARA PENYEDIAAN KUIH TEPUNG GOMAK:
- Masukkan inti kelapa yang telah dibulatkan ke dalam adunan tepung dan bulatkan.
- Sementara itu, panaskan air dan rebus adunan ini.
- Bila dah terangkat, angkat dan toskan ia.
- Salutkan adunan ini dengan tepung kacang hijau yang telah diayak tadi.
- Siap!
Kredit resipi & foto: Pn. Tahrunnisah Jali
3. KUIH BOM BIJAN

BAHAN-BAHAN:
- 2 cawan tepung pulut *
- 1/2 cawa tepung gandum *
- 1 sudu besar gula *
- Secubit garam *
- Air secukupnya *
- Bijan
- Inti ikut suka
CARA PENYEDIAAN:
- Sediakan bekas dan masukkan semua bahan-bahan bertanda *.
- Uli sehingga rata. Pastikan adunan tidak terlalu lembik.
- Kemudian, isi inti ke dalam adunan dan golekkan ke dalam bijan. Bulat-bulatkan bagi rata semua bijan tadi.
- Perap di dalam peti ais selama 1 jam.
- Goreng di atas api sederhana.
- Siap!
Kredit resipi & foto: Sis Eita Emie
4. BINGKA UBI

BAHAN-BAHAN:
- 4 cawan ubi kayu siap diparut
- 2 cawan santan pekat daripada sebiji kelapa
- 1 cawan gula pasir
- 1/2 sudu teh garam
- Sedikit pewarna kuning
CARA PENYEDIAAN:
- Panaskan oven pada suhu 200 ℃ api atas bawah, masukkan semua bahan ke dalam loyang berukuran 7 X 7 inch. Gaul semua bahan sehingga santan sekata dan gula hancur. Ratakan.
- Masukkan loyang dalam oven dan letakkan di rak paling bawah. Bakar bingka hingga 1 jam atau 1 jam setengah atau hingga bahagian atas bingka keperangan (20 minit terakhir bakar, sy tukar api atas sahaja untuk dapatkan kerak pada bahagian atas bingka)
- Setelah siap bakar, keluarkan bingka. Tunggu bingka sejuk, baru potong. Siap untuk dimakan.
Kredit resipi & foto: Ruhana Parmen
5. KUIH ABUK-ABUK

BAHAN-BAHAN:
- 1 1/2 cawan sagu biji
- 1 cawan kelapa parut (bahagian putih sahaja)
- Garam secukup rasa
- Gula melaka (dipotong halus) atau gula merah
- Daun pisang
- Lidi (kerat kecil) untuk sematan
CARA PENYEDIAAN:
- Bilas sagu dengan air bersih dan toskan. Biarkan selama 10 minit.
- Campurkan sagu biji dengan kelapa dan garam. Gaul rata.
- Bentukkan daun pisang seperti kon untuk dibuat kelongsong. Masukkan campuran bahan tadi ke dalam kelongsong sehingga separuh penuh.
- Masukkan sesudu gula melaka atau gula merah.
- Masukkan campuran biji sagu tadi untuk penuhi kelongsong (jangan terlalu penuh, tinggal hujung daun untuk lipatan kelongsong).
- Lipatkan kelongsong daun pisang. Cucuk batang lidi untuk sematan.
- Kukus selama 10-15 minit.
Kredit resipi & foto: Illyani Mokhtar
6. KUIH KOCI LABU BERSANTAN

BAHAN-BAHAN:
- 3 cawan tepung pulut
- Labu (guna separuh sahaja)
- 1 sudu kecil garam
- Air secukupnya
CARA PENYEDIAAN:
- Kukus labu sehingga empuk. Sejukkan seketika.
- Satukan labu yang telah disejukkan bersama tepung pulut dan garam. Uli seketika untuk sebatikan sahaja.
- Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh. Jangan terlalu keras atau lembik ya. Masukkan inti kelapa dan bulat-bulatkan.
CARA MEMASAK:
- Panaskan air sehingga mendidih. Masukkan doh yang telah dibulat-bulatkan tadi. Bila doh dah terapung, maknanya doh dah cukup masak.
BAHAN-BAHAN INTI:
- 1 1/2 cawan kelapa parut (ambil putih sahaja)
- Gula melaka/gula merah (saya guna 1 1/2 gula kabong)
- 2 sudu besar gula pasir
- Air setengah cawan untuk larutkan gula
- 1 sudu besar tepung gandum dicampur dengan sedikit air (untuk pekatkan inti)
CARA MASAK:
- Masukkan air dan gula merah atau gula kabong. Masukkan juga gula pasir, biar gula mendidih bersama air sehingga larut.
- Kemudian, masukkan kelapa parut.
- Akhir sekali, masukkan tepung yang telah dilarutkan dengans sedikit air tadi. Biarkan kering seketika, kemudian sejukkan.
BAHAN UNTUK SANTAN CAIR:
- 2 cawan (saya tambah sedikit air supaya tak terlalu pekat)
- 3 sudu besar tepung beras
- Sedikit garam
CARA MASAK:
- Satukan semua bahan. Kena sentiasa kacau ya. Masak menggunakan api perlahan sehingga pekat.
- Kemudian, dah boleh masukkan koci yang telah direbus tadi ke dalam adunan santan.
- Seterusnya, boleh mula membungkus koci.
TIP UNTUK MEMBUNGKUS KUIH KOCI:
- Semasa nak bungkus koci, sapukan sedikit minyak pada daun pisang yang telah dilayurkan terlebih dahulu.
- Kemudian, ambil doh yang sudah dimasukkan ke dalam santan tadi menggunakan sudu, letak di tengah-tengah daun pisang.
- Lipatkan daun pisang (cara melipat daun boleh rujuk di Google atau YouTube)
- Dah siap lipat, panaskan air dalam kukusan. Pastikan air betul-betul dah mendidih dengan api perlahan. Kukus kuih koci selama 7 minit supaya aroma daun pisang naik.
- Siap untuk dihidangkan.
Kredit resipi & foto: Wirawati Negara
Jika anda sedang mencari FOOD STEAMER, boleh klik DISINI.
SUMBER: ORESEPI
Artikel menarik untuk anda:
Ini Resipi Kuih Lopes Yang Sedap & Mudah, Hanya Tekap Guna Cawan
Resipi yang boleh anda cuba di rumah:
Bawang Goreng Homemade Rangup, Hanya Guna Dua Bahan

Bawang goreng homemade ini memang rangup dan terjamin sedap. Bila buat sendiri, kita akan lalui setiap proses dan pasti kebersihan dijaga. Bawang goreng mampu menambah perisa dan aroma dalam masakan. Contohnya bila nak makan sup, soto dan sebagainya. Tabur sikit je.
Tak susah pun nak membuatnya cuma mungkin tak tahu cara membuatnya. Hanya perlu dua bahan je yang memang sudah sedia ada di dapur. Ikut saja resipi yang dikongsikan oleh puan Ameera ini ye. Selamat mencuba.
Bawang Goreng Homemade
Bahan-bahan:
Bawang merah kecil – Boleh beli di sini
Minyak masak – boleh beli di sini
Sedikit garam – boleh beli online di sini
Cara Memasak:

Guna bawang merah dalam kuantiti yang agak banyak. Bersihkan dan hiris nipis. Cuci bersih dan toskan sampai kering.

Panaskan minyak dalam kuali dan minyak kena banyak ye. Kemudian gorengkan bawang tadi. Semasa mengoreng taburkan sedikit garam ke dalam kuali.

Goreng hingga terbit wangi. Sentiasa kacau dari semasa ke semasa ye supaya masak sekata.

Goreng hingga bawang bertukar menjadi coklat keemasan (tengok gambar). Dah jadi begini, angkat dan toskan. Ketepikan sehingga sejuk.

Setelah itu, boleh masukkan ke dalam bekas kedap udara. Boleh juga simpan di dalam peti ais untuk mengekalkan kerangupan bawang goreng kita. Letak luar pun boleh tak ada masalah.
SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official
Masak 15 Minit Je Tapi Rasa Bihun Goreng Tomyam Ni Memang Power.

Hidangan Bihun Goreng Tomyam perkongsian saudari Nurzuraida Zu ni memang mudah disediakan untuk makan malam. Tak perlu masa yang panjang, rasanya pun sedap serta membuka selera. Bagi mak-mak yang trak punya banyak masa, menu ni sesuai sangatlah anda cuba masak untuk petang ni. Rasa tomyam dengan udang memang serasi bersama bihun yang lembut dan berperisa ni. Paling penting, hanya 15 minit dah boleh siap masak.
CARA MASAK BIHUN GORENG TOMYAM
BAHAN-BAHAN:
- 1 bungkus bihun – rendam
- 5 ulas bawang merah – cincang
- 5 ulas bawang putih – cincang
- 3 batang serai – titik
- 1 genggam udang geragau -cuci bersih
- Udang segar secukupnya
- 2 sudu makan pes thai tom yam
- 1/2 batang lobak merah- hiris
- Sayur sawi – hiris

CARA MEMASAK:
1. Tumis bawang merah, bawang putih dan serai hingga wangi. Kemudian masuk kan udang geragau tadi.

2. Bila sudah wangi boleh tambah pes tomyam, udang segar dan lobak merah. Kacau rata dan jangan lupa tambahkan garam secukup rasa.

3. Masukkan bihun dan gaul rata. Masukkan sawi, air 1-2 cawan dan daun limau purut. Tutup kuali dan biar hingga bihun lembut.

4. Bila bihun suka cukup rasa dan masak sempurna, angkat dan sedia untuk dihidangkan.

INFO:
- Kalau suka masak boleh masukkan hirisan cili padi.
- Boleh tambah bahan lain seperti isi ayam, sotong dan sebagainya.
Kredit resipi & foto : Nurzuraida Zu
Tercari-cari KUALI NON -STICK yang murah & berkualiti? Boleh pilih DISINI.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Cara Masak Kuah Ikan 3 Rasa Yang Sedap Tanpa Guna Sos Segera
Buat Puding Sedap Guna Biskut Lemak. Makan Sejuk Memang Best!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

