Kali ini RASA ingin kongsikan resipi sotong pedas ala Thai yang sangat sedap. Iedaa Jahaya melalui facebook group Rasa Share Resipi telah berkongsi resipi ini yang selalu dimasak di rumahnya. Bolehlah kita cuba.
SOTONG PEDAS ALA THAI
BAHAN-BAHAN
Sotong (cuci dan toskan)
Sedikit serbuk kunyit
Minyak masak (beli di sini)
3 ulas bawang putih (kisar halus)
2 ulas bawang merah (kisar halus)
5 tangkai cili padi (kisar halus)
3 serai (kisar halus)
Sos cili Thai 3 sudu besar (beli di sini)
Air limau nipis
Daun limau purut
3 tangkai cili padi (dihiris)
CARA MEMBUAT
1. Setiap ekor sotong dipotong 4. Kemudian gaul bersama garam dan serbuk kunyit.
2. Panaskan minyak masak sedikit. Goreng sotong separuh masak. Angkat dan toskan.
3. Dengan minyak masak yang sama, tumis bawang putih, bawang merah, cili padi dan serai sehingga wangi.
4. Masukkan sos cili Thai dan perahan air limau nipis. Kacau sebati.
5. Masukkan sotong, daun limau purut dan hirisan cili padi. Kacau sekejap. Matikan api.
6. Kalau suka masin sikit, boleh letakkan garam. Jika tidak, sos cili Thai pun sudah cukup sedap.
Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Semuanya menarik, jom klik link ni untuk cuci mata. Mana tahu ada yang berkenan kan? Klik sini (saya nak beli periuk baru la)
Panduan masak kenduri utk 100pax dan ada lebihan. Lengkap untuk tetamu dari sekitar 50 pax hingga 100 pax samaada makan buffet atau siap packing. Memang terbaik perkongsian Puan Sarah Zakaria ni. Sangat membantu kamu yang ingin masak sendiri untuk majlis kenduri kendara. Selamat mencuba!
Cara nak masak nasik berperisa ni perlu ukur beras dan air.
Contoh: (jika guna periuk nasi biasa kita dirumah dan masak berulang kali elok guna mug tinggi ni sbg ukuran)
Jika guna periuk besar yg muat 5kg elok guna gayung mandi sederhana tu..pastikn beli gayung baru ya..)
Beras 5 mug tinggi: air 5 mug tinggi juga x termasuk rempah dan susu cair…
Jika penggunaan susu cair melebihi 3tin..
Susu cair tersebut perlu dikira sekali air…
Ukur susu dlm mug tinggi juga…
Jika guna periuk yg besar muat 5kg beras..
Ukur guna gayung yg bersih..
5 gayung beras : 1 gayung susu cair, 4 gayung air..
Rempah jgn kira..
Jika masak nasi putih pun sama 8kg utk 100pax..
Guna 10% beras hancur pun ok..
Tp nasi x brape cantik la..
Ukuran air pun sama..
1 gayung beras : 1 gayung air..
Beras basmathi pun sama ukurannya..
Jika masak guna periuk kecil dan terpaksa masak byk kali..
Guna kn mug tinggi…
1 mug tinggi beras basmathi : 1 mug air..
Ayam beli yang berat 1.7kg-1.8kg dipotong 14..
Itu dah ngam untuk kenduri.
Kalau berat kurang dari itu tak sesuai potong 14.
Elok potong 12.
Untuk lebih jimat kita kene timbang ayam yang rangenya macam kak sarah sebut diatas…
Kongsi resipi: Sarah Zakaria (mahn)
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Pernah dengar lauk Masak Lada? Lauk orang Melaka yang ramai tak tau. Mungkin sebab menu ni terlindung di belakang populariti asam pedas. Kasihan kan. Sedap, tapi tak ramai orang tau. Ni kirakan unsung herolah.
Menurut perkongsian daripada Naros Naib, Masak Lada ni seakan-akan rasa asam pedas tapi sedikit berempah sebab guna jintan manis, jintan putih, lada hitam dan ketumbar. Warnanya pula sedikit kecoklatan. Mungkin ada rasa macam asam pedas Johor yang masukkan lada hitam tu.
MASAK LADA IKAN PARI
BAHAN-BAHAN:
500gm ikan pari 4 biji bawang merah – beli online di sini 3 ulas bawang putih –beli online di sini 2 inci kunyit hidup Belacan (lebih kurang macam dalam gambar) – beli online di sini 2 batang serai 3 helai daun limau purut 2 sudu makan kerisik – beli online di sini 3 sudu makan cili kisar – beli online di sini 1.5 liter air asam jawa Garam secukup rasa Serbuk perasa (pilihan) Minyak untuk menumis Bendi secukupnya
BAHAN-BAHAN YANG PERLU DISANGAI DAN DIKISAR HALUS:
1.Cuci bersih ikan pari. Saya perapkan sekejap dengan asam jawa dan air limau kasturi untuk hilangkan hanyir.
2. Bawang merah, bawang putih, kunyit dan belacan ni tumbuk halus. Kalau nak kisar, boleh saja. Tak ada masalah. 3. Serai tu jangan dikisar. Cukup sekadar titik untuk keluarkan aromanya. Daun limau purut pula siat-siatkan. Buang batang tengahnya. 4. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang sudah ditumbuk halus. Masukkan juga serai yang dititik.
5. Kacau kesemuanya sehingga naik bau dan hampir garing.
6. Apabila bahan tumisan sudah agak garing, masukkan rempah yang telah disangai dan dikisar halus. Saya kisar kasar-kasar sebab suka tekstur macam tu.
7. Kacau bahan-bahan tumisan hingga garing. Kemudian masukkan cili kisar dan kacau.
8. Apabila cili kisar hampir garing, masukkan daun limau purut. Kacau lagi.
9. Setelah cili cukup garing dan pecah minyak, masukkan pula air asam jawa. Kacau hingga semua sebati.
10. Apabila kuah telah mendidih, masukkan ikan satu persatu. Kacau lagi.
11. Tunggu sehingga kuah mendidih sekali lagi. Dari semasa ke semasa, kacau kuah perlahan-perlahan.
12. Setelah kuah mendidih sekali lagi, masukkan kerisik dan kacau.
*Sebenarnya resipi original masak lada ni tak guna kerisik. Sebaliknya guna kelapa bakar. Kepingan kelapa tua dibakar, kikis dan diparut atau dihiris halus. Lepas tu tumbuk halus jadi tekstur macam kerisik. Dah siap tu campur ke dalam kuah. Rasanya lagi sedap dan wangi. *Saya gantikan dengan kerisik untuk memudahkan. Sekarang ni kan susah dah nak dapat kelapa. Lagipun, rasanya tak lah jauh lari. Masih ‘on point’.
13. Apabila kerisik dah mesra dalam kuah, masukkan garam dan bahan perisa (jika suka). Kacau lagi.
14. Akhir sekali, masukkan bendi. Kalau tak ada bendi, boleh juga masukkan terung. Biarkan selama kira-kira 2-3 minit. Saya suka bendi yang tak lembik, sebab tu tak biarkan lama sebelum tutup api. Terpulanglah kepada selera masing-masing.
* Sebelum tutup api, rasa kuah tu, cukup tak rasa garam, masam, rempah dan pedasnya. Kesemua rasa tu kena seimbang tau. Baru sedap. Hishh…kecur pulak air liur ni. Terbau-bau wangi daun limau purut bergabung dengan serai dan rempah-rempah tumis tu.
Sedapnya Kek Marble ni. Nampak lembut dan ‘moist’ kan? Menurut empunya resipi saudari Zahrah Hafiz, resipi Kek Marble Red Velvet Coklat yang dikongsi ni memang sangat sedap dan gebu. Haruman menteganya bila kek siap dibakar, memang sangat membuka selera. Sesuai sangat anda cuba buat untuk keluarga. Nak buatnya pun tidak sukar. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA MEMASAK: 1. Pukul gula dan mentega sampai gebu dengan menggunakan mixer. 2. Masukkan telur satu persatu. Masukkan juga susu pekat manis dan esen vanilla. Pukul sebati. 3. Masukkan tepung gandum dan baking powder yang telah diayak. Adun seketika dan sebatikan. 4. Bahagi adunan kepada 3 bahagian. Satu bahagian biarkan pada warna asal, satu bahagian dicampur dengan red velvet emulco dan satu bahagian lagi letakkan coklat emulco. 7. Sediakan loyang 8 inci yang telah dilapik baking paper dan dilenser dengan mentega. 8. Lapiskan adunan tadi berselang seli untuk dapatkan lapisan marble yang diingini. 9. Bakar adunan selama 50 minit menggunakan api atas bawah pada suhu 165 C. Masa mungkin berbeza mengikut ketuhar masing-masing. Pastikan ketuhar telah dipanaskan selama 5-10 minit sebelum dimasukkan kek.