
Pagi ni RASA nak share satu resipi legend yang simple tapi sedap sesangat tau. Sotong bercili kalau dimakan dengan nasi panas-panas, memang tak nampak kiri kanan dah. Tak payah ada banyak lauk. Cukup lauk ni saja. Jom try buat!
SOTONG TUMIS BERCILI

Bahan-bahan:
Sepinggan sotong (bersihkan)
Minyak untuk menumis
5 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
10 biji cili padi
Garam secukup rasa
1 sudu besar serbuk kunyit
Cara membuat:
1) Tumis sotong tanpa minyak dan tos airnya. Ketepikan.
2) Tumiskan bawang putih dan bawang merah.
3) Masukkan cili padi.
4) Masukkan sotong dan masak lagi.
5) Masukkan garam dan serbuk kunyit.
6) Masak lagi sehingga kering.
Selamat mencuba!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
3 Resipi Istimewa Sempena Hari Bapa

Dalam hal memasak kini lelaki juga tidak kalah. Banyak saja idea kreatif yang dihasilkan seperti pemilik instagram daddyisthechef. Kreatif dan sungguh melekakan bila melihat idea masakan di dalam instagram.
Mereka yang tidak tahu memasak pun terdorong untuk mempelajari cara memasak bila gambar masakan yang dimuat naik membuat kita rasa terliur nak merasa. Sempena hari bapa yang bakal tiba dikongsikan resipi yang enak hasil olahannya.

Scallop Buttermilk Pasta
Bahan-bahan:
1 paket mix vege pasta
10-12 scallop
1 cawan susu sejat
2 ulas bawang putih | dicincang
2 sudu makan + 1 sudu teh mentega
1 tangkai daun kari
1 sudu teh serbuk Cayenne pepper atau Paprika
1/2 sudu makan Parmesan cheese (sebagai pilihan)
Secubit garam
Secubit serbuk lada hitam
Cara memasak:
1. Panaskan air yang penuh hingga mendidih di dalam periuk dan rebus spageti sehingga masak.
2. Tos dan ketepikan.
3. Bersihkan scallop dengan lemon.
4. Masukkan ke dalam kuali tidak melekat.
5. Letakkan satu sudu teh mentega di atas scallop.
6. Taburkan sedikit serbuk cayenne dan garam.
7. Buka api perlahan, kemudian tutup kuali dan biarkan selama 6-8 minit. Ketepikan.
8. Panaskan mentega sehingga cair dan tumis bawang putih dan daun kari sehingga naik bau.
9. Masukkan susu sejat dan serbuk cayenne. Kacau rata.
10. Masak dengan api sederhana hingga susu mendidih.
11. Kecilkan api, masukkan parmesan dan kacau rata.
12. Kemudian masukkan secubit garam serta lada hitam.
13. Masak sehingga kuah sedikit pekat. Tutup api.
14. Hidangkan pasta dan scallop dalam mangkuk dan tuangkan sos ke dalamnya.

Ketam Masak Cili
Bahan A: (dikisar)
4 hiris lengkuas
8 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
10 biji cili kering
3 biji cili padi
5 biji cili merah
6 biji buah keras
1 sudu makan belacan (yang telah dibakar)
Air limau (1 biji limau)
Bahan B:
2 ekor ketam – dibersihkan dan dipotong 2 atau 4
5 sudu makan minyak
5 sudu makan sos tomato
1 sudu teh taucu
1/2 sudu teh garam
3 sudu makan gula
1 cawan air panas
2 biji telur
Cara memasak:
1. Panaskan minyak di dalam kuali leper.
2. Masukkan bahan A dan goreng sampai pecah minyak dan naik bau.
3. Masukkan bahan B dimulakan dengan sos tomato, taucu, garam dan gula. Kacau rata
4. Kemudian masukkan ketam. Kacau dan sebatikan.
5. Tuangkan air panas dan tutup kuali dengan penutup.
6. Biarkan selama 10 minit dengan api sederhana.
7. Bancuhkan telur di dalam mangkuk dan masukkan ke dalam kuali. Kacau rata dan sebatikan.
8. Tutup api dan boleh dihidangkan.

Sotong Sumbat Percik
Bahan-bahan:
5 ekor sotong
1/2 cawan kacang peas (boleh juga gunakan segenggam bayam)
2 biji telur
Sedikit garam
Sedikit lada hitam
Cara memasak:
1. Rebus kacang peas sehingga empuk
2. Pukul telur bersama garam dan lada hitam.
3. Kemudian tuangkan telur tadi ke dalam kuali dan kacau telur sehingga menjadi telur hancur (scramble egg). Tetapi jangan terlalu masak, biarkan telur sedikit basah.
4. Masukkan kacang peas ke dalam kuali dan gaulkan sekali dengan telur tadi. Ketepikan
5. Rebus air di dalam periuk kecil sehingga mendidih. Matikan api dan masukkan sotong yang telah dibersihkan ke dalam periuk tadi selama dua minit.
6. Angkat sotong, toskan dan sumbat telur di dalam sotong sehingga padat tetapi 3/4 penuh.
7. Sambungkan kepala sotong dan cucuk dengan pencungkil gigi untuk melekatkannya.
Bahan kuah percik:
1 kotak santan pekat (200ml)
8 ulas bawang merah
1 inci halia
1 batang serai
3-5 tangkai cili kering – ikut kepedasan masing-masing
1 1/2 sudu makan gula merah
1 keping asam keping
Garam secukup rasa
Cara memasak:
1. Kisar bawang, serai, halia dan cili kering
2. Masukkan bahan kisar bersama santan dan setengah cawan air ke dalam periuk
3. Kemudian masak atas dapur dengan api perlahan sambil terus dikacau.
4. Masak sehingga kuah pekat (kuah menjadi lebih kurang separuh daripada kuah sebelum dimasak)
5. Masukkan garam, gula dan asam keping
6. Sesuaikan rasa, tutup api dan bolehlah diangkat. Kemudian keluarkan asam keping tadi.
Proses merecik:
1. Bakar sotong seketika sambil balik-balikkan sotong supaya masak sekata.
2. Apabila sotong mulai sedikit garing, lumur bahan kuah ke badan sotong dan bakar seketika sambil dibalik-balikkan sotong.
3. Kemudian masukkan sotong ke dalam pinggan dan tuang lebihan bahan kuah ke atas sotong.
*kalau tak nak bakar sotong, boleh digoreng dengan mentega tetapi pastikan sotong itu dibalik-balikkan dan lumur bahan kuah apabila sotong mulai garing.
Foto&Resipi : Muhamad Azlan Hassan
Menu Udang Masak Lemak Cili Padi & Nenas Memang Buat Bertambah Makan
Udang Goreng Kunyit Berlada Cepat DiMasak, Hidang Masa Buka.

Udang goreng kunyit berlada memang sedap, lagi lagi pulak rasa pedas padu. Masaknya dah lah senang, ekspres pulak siapnyanya, tak sampai 20 minit dah siap.
Ni resipi udang goreng kunyit berlada yang dikongsi Mohd Azmi dari Sweety Rose Cafe. Walaupun ini adalah resipi niaganya tapi dia tak lokek berkongsi dengan para pelayar FB. Berbaloi dicuba resipi ini, memang pedas gerenti teramat sedap.
UDANG GORENG KUNYIT BERLADA

BAHAN-BAHAN :
1kg udang
1 biji bawang merah
1/2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
5 biji cili merah
1 biji cili kering
1 biji tomato
3 sudu besar sos cili
Garam secukup rasa
Sedikit air
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK :
1. Udang digaul garam kunyit, dan goreng. Tidak perlu goreng terlalu lama, isi udang boleh menjadi keras
Kemudian toskan.
2. Semua bahan diatas dikisar kasar. Tumis sehingga naik wangi..
Masukkan sedikit air dan masukkan udang seketika gaul sebati.
(tidak perlu air byk, supaya udang kelihatan basah selepas digaul dan tidak berkuah)
3. Siap untuk dihidangkan.
Kredit : Mohd Azmi & Atie, Sweety Rose Cafe
FB : Mohd Azmi
ANDA MUNGKIN JUGA SUKA RESIPI INI :
DAN JUGA RESIPI INI :
https://www.rasa.my/cucur-udang-rangup-makan-tak-henti-2/
Udang Kam Heong, Sekali Hadap Licin Sepinggan

Menu udang sering menjadi kegemaran ramai. Goreng dengan garam dan kunyit pun pun sedang. Sebaiknya menu seafood carilah udang yang segar barulah rasanya sedap dan puas hati nak makan. Udang ikut la saiz yang bagaimana. Bagi yang suka pedas, boleh buat udang masak kam heong. Masak udang ni bahagian kepala jangan dibuang tapi dicuci bersih, manis udang tu akan lebih terasa. Masakan ni pasti licin sepinggan bila dihidang dengan nasi panas.
UDANG KAM HEONG

Bahan-bahan:
Udang
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1 genggam udang kering
1 paket rempah kari
Air
Daun kari
1 sudu makan kicap manis
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan sos cili
1 sudu makan gula
3 biji cili padi
Cara memasak:

1.Siang udang hingga bersih, sebab ada celahan udang kalau tak bersih udang akan berbau. Bahagian kepala udang cuci bersih. Tengah tu tarik hitam jalur.

2.Bedakkan udang dengan garam kunyit. Masak sekejap, jangan lama. Hilang manis.

3.Pakai minyak udang tadi je.Tumis bawang putih 2 ulas.

4.Bawang besar 1 biji dimayang.

5.Udang kering segenggam rendam air panas dan cuci bersih. Kemudian tumbuk.

6.Rempah kari 1 peket. Tumis sehingga pecah minyak.

7.Sukatan air penuh plastik. Tumis lagi.

8.Daun kari taburkan.

9.Kicap manis kipas udang. Anggaran 1 sudu makan.

10.Masukkan sos tiram.

11.Masukkan sos cili.

12.Letakkan cili padi, nak pedas tambah lagi.

13.Masukkan gula.

14.Akhir sekali masukkan udang.

15.Siap untuk dihidang.
Kredit: Ameera
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Paprik Sardin & Telur Dadar Gebu, Lauk Simple Tapi Sedap!
Resipi Baby Pancake Viral. Mudah Je, Dah Sejuk Pun Masih Lembut
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa

