Kali ini RASA ingin kongsikan cara membuat mi goreng basah. Memang sedap kalau buat untuk dimakan ketika sarapan. Tak perlu letak garam dan gula. Ramuan yang digunakan sudah cukup menyelerakan, sudah cukup masin manisnya.
MI GORENG BASAH
BAHAN-BAHAN
2 sudu besar minyak masak untuk menumis
4 sudu besar cili kisar
5 sudu besar sos cili (BELI DI SINI)
1 sudu besar sos tiram (BELI DI SINI)
1 sudu besar sos ikan
1 sudu besar kicap pekat
5 sudu besar kicap manis
2 sudu besar kicap mi
10 ekor sotong (dibersihkan, potong dan tos)
1 peket bebola ikan (dibersihkan, potong dan tos)
1 cawan kecil air
1 ikat sayur sawi jepun (dibersihkan, potong dan tos)
1 bungkus mi kuning (basuh dan tos)
1 biji tomato (dibersihkan dan dibelah 6) BELI DI SINI
BAHAN TUMBUK PECAH-PECAH
10 biji cili api
3 ulas bawang putih (BELI DI SINI)
1. Panaskan kuali, masukkan minyak masak.
2. Tumiskan cili kisar dengan bahan tumbuk pecah-pecah sampai garing sedikit.
3. Masukkan sos cili, sos tiram, sos ikan, kicap pekat, kicap manis, kicap mi dan masukkan sotong dan bebola ikan.
4. Masukkan air.
.
Ads
5. Masak sekejap dan kacau sehingga sebati. Masukkan sayur sawi jepun dan kacau lagi.
6. Selepas itu, masukkan mi kuning dan tomato. Kacau bagi sebati dan masak. Siap.
.
Ads
INFO:
1. Mi goreng basah ini tidak guna garam dan gula kerana semua kicap dan sos yang digunakan sudah cukup cita rasanya.
2. Anda boleh tambah bahan lain seperti udang, hirisan daging atau kerang. Boleh tambah sedap lagi.
Sedapnya mi celup yang dicampur dengan daging dan perut. Lagi pedas lagi kaw rasanya. Confirm dapat semangkuk tersandar kekenyangan kata orang. Biasa orang belah Kelantan atau Thailand,gula dan garam mereka letak dalam mangkuk sup.
Mi Celup
Bahan-bahan:
2.5 liter air
1/2kg -1 kg tulang daging/daging lembu/ayam
Perut lembu
Bebola daging
2 inci halia
1/2 cawan sos ikan. * updated
4 sudu besar cuka *updated
2 batang serai diketuk
2 bunjut rempah sup tulang
2 batang kulit kayu manis*
4 biji buah pelaga*
4 biji bunga cengkih*
2 kiub stok ayam
2 sudu besar kicap
4 ulas bawang putih diketuk dan dipotong dadu*
1 biji bawang besar dihiris nipis*
Cara memasak:
Didihkan air dan tulang daging/ daging/ ayam, serai diketuk, sup bunjut, stok ayam, kicap sehingga daging empuk. Setelah empuk keluarkan daging/ayam/daging bolehlah dihiris nipis dan ayam boleh dicarik-carikkan.
Manakala perut pula perlulah direbus berasingan. Setelah perut sudah lembut baru boleh masukkan dalam kuah sup tadi. Renehkan sebentar baru diangkat dan dipotong nipis
Dalam kuali, panaskan sedikit minyak dan goreng bawang merah dan putih yang dihiris halus serta kulit kayu manis, buah pelaga dan cengkih sehingga naik bau kemudian masukkan ke dalam air rebusan daging. Siap.
Sambal Lada
1 genggam cili api merah
Sedikit cuka
(blend/kisar)
Lada Jeruk
10 biji lada hijau
1/2 cawan cuka
1/2 cawan air
Sedikit gula
Sedikit garam
Cara memasak:
1.Didihkan cuka dan air , masukkan lada hijau yang dipotong dan masukkan gula dan garam secukup rasa.Dah berubah warna lada tu, tutup api.
Minyak Bawang Putih
Bahan-bahan:
1 cawan minyak masak
1 labu bawang putih
Cara memasak:
1.Cuci bersih dan ketuk bawang putih dengan kulitnya sekali.Kemudian potong dadu kecil.
Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan bawang putih.Goreng hingga kekuningan tapi bukan hangus.Angkat dan simpan dalam botol.
Bahan lain:
Mi kuning
Kuey tiow
Bihun
Daun sup/bawang-dihiris nipis
Lobak asin direndam air panas sekejap dan dipotong dadu
Bawang goreng
Garam
Gula
Asam limau nipis
Sawi rebus
Tauge
Cara hidang:
1.Masukkan mi kuning, kuey teow atau bihun dalam mangkuk.
2.Masukkan daging yang dihiris nipis, perut yang dipotong kecil atau ayam yang dicarik-carik serta semua bahan-bahan dan baru letak kuah yang betul-betul panas.
Musim open house tiba lagi! Bagi yang belum tahu nak masak apa untuk tetamu, resipi yang RASA kongsikan ini pasti boleh membantu. Antara pilihan terbaik yang boleh anda cuba ialah Mi Rebus Johor resipi perkongsian Puan Faziatun Nisa Yusof Basha ni. Siap dengan resipi langkah demi langkah. Jadi senanglah ank cuba!
MI REBUS JOHOR
BAHAN-BAHAN:
1kg mi kuning- dicelur
BAHAN KISAR:
100g udang basah
3 sudu besar udang kering
2 biji bawang besar
3-4 ulas bawang putih
2 inci lengkuas
5-6 tangkai lada kering
BAHAN KUAH:
3 biji keledek- direbus dan dilecek
150-200g daging cincang/ daging tetel
1 batang serai
2 sudu besar serbuk kari daging
2 sudu besar taucu – kisar
Garam dan gula secukupnya
Air secukupnya
BAHAN HIASAN:
Tauge – dicelur
Tauhu goreng
Telur rebus
Bawang goreng
Lada potong
Daun bawang
CARA MEMASAK:
1. Rebus keledek dan lecek.
2. Tumis serai di belah dua.
3. Masukkan bahan blender. Tumis sehingga pecah minyak.
4. Masukkan serbuk kari dan tumis lagi.
5. Masukkan daging cincang dan tambah air.
6. Biar mendidih dan masukkan taucu kisar.
7. Masukkan keledek lecek, reneh sehingga kanji keledek memekatkan kuah.
8. Perasakan dengan garam dan gula.
9. Celur mi dan tauge. Goreng tahu dan rebus telur.
Tercari-cari resipi Creamy Ravioli yang mudah, sedap dan mudah masak? Resipi pasta homemadeperkongsian Chef Sue M Arukin ni antara yang boleh dicuba. Kalau makan di restoran, harganya memang mahal. Dengan adanya resipi ni, tak perlu risau lagi. Memang mudah. Kini anda boleh memasak sendiri hidangan Itali ni di rumah. Kos pun jauh lebih murah. Jom cuba.
RESIPI CREAMY RAVIOLI HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
400gm doh pasta segera |nyah bekukan
120gm dada ayam | cincang halus
120gm hirisan cendawan
50gm cincangan bayam muda ( baby spinach)
1 labu bawang besar | cincang halus
3 ulas bawang putih |cincang halus
6 sudu makan parutan keju romano
2 sudu makan cincangan daun basil segar
1 cawan krim masakan
2 biji telur | pukul dengan garpu
Secubit serbuk buah pala
Garam dan lada sulah secukup rasa
CARA MEMASAK:
Untuk membuat inti; Satukan ayam, separuh daripada bayam, bawang besar di dalam mesin pengisar hingga hancur. Tuang ke dalam mangkuk. Ketepikan.
Tambahkan separuh daripada keju, sebiji telur dan serbuk buah pala. Tambah garam dan lada sulah secukup rasa. Gaul sebati.
Doh pasta yang lebar dipotong dua. Sendukkan sesudu teh inti ayam tadi dan letakkan berjarak di atas dos pasta hingga menjadi 10-15 ketul. Ambil sekeping lagi doh pasta dan tutup ke atas doh yang berinti tadi. Potong setiap bahagian yang berinti menggunakan pemotong bergerigi dan membentuk ravioli segi empat sama bersaiz 4-5cm. Beruskan sebiji lagi telur ke bahagian tepi ravioli bagi mengelakkannya terbuka.
Sementara itu, di dalam periuk, panaskan air dalam kuantiti yang banyak lalu celur ravioli selama 5 minit dan toskan. Letak ravioli ke dalam pinggan menghidang. Ketepikan.
Di dalam kuali leper, panaskan krim masakan selama seminit. Tambah cincangan bawang putih, hirisan cendawan, lebihan daun bayam dan lebihan keju lalu didihkan seminit lagi. Sesuaikan rasanya dengan menambah garam dan lada sulah secukup rasa.
Tuang kuah krim ke atas ravioli dan hias dengan cincangan daun basil dan parutan keju. Hidangkan segera.
NAK LAGI RESIPI? MENU DI BAWAH INI BOLEH ANDA CUBA!
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!