Laksa homemade memang mempunyai tekstur yang berbeza jika dibandingkan dengan laksa kering. Teringin nak buat laksa sendiri? Boleh cuba resipi di bawah ini.
BAHAN-BAHAN:
- 2 cawan tepung beras
- 1 sudu besar tepung gandum
- 1 sudu kecil minyak masak
- Air panas mendidih secukupnya | bergantung jumlah tepung
CARA MEMASAK:
1.Gaul semua bahan menggunakan sudip kayu sehingga menjadi doh.
2. Bahagikan tepung mengikut acuan laksa. Uli doh menggunakan tangan apabila doh menjadi suam. Jangan biar sampai tepung sejuk. ( Sapu sedikit minyak di tangan untuk elakkan tepung melekat)
3. Masukkan doh ke dalam acuan dan tekan ke dalam periuk kukusan. Sapu sedikit minyak pada pengukus bagi mengelakkan laksa melekat.
4. Kukus selama 20 minit. Pastikan air dalam kukusan betul-betul mendidih sebelum mengukus laksa. Bila tepung kelihatan berkilat, ia menandakan laksa telah masak.
5. Angkat dan rendam dalam air sejuk. Biar seketika.
6. Setelah laksa sejuk, lerai-leraikan laksa tersebut. Masukkan laksa kecdalam penapis dan alirkan di bawah air mengalir. Toskan. Sedia untuk dinikmati mengikut citarasa anda,.
Kredit Resipi & Foto: Nora Sheka
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jom Masak & Makan! Resipi Chicken Chop, Pasta Dan Fish&Chip Macam Yang Makan Di Restoran.
Ramai yang bertanyakan resipi-resipi masakan Western yang dijual di restoran-restoran. Khas buat anda, RASA kongsikan tiga resipi makanan barat popular di negara kita. Jadi tak perlulah selalu makan di kedai. Anda pun boleh masak sendiri di rumah. Senang je!
1. CHICKEN CHOP CAMPUR
BAHAN-BAHAN:
- 2 keping isi paha ayam tanpa tulang
- 1 biji telur
- 1 cawan tepung goreng ayam segera
- Minyak masak secukupnya untuk menggoreng
- Sosej ayam
- Potongan ubi kentang ( fries)
BAHAN SOS PERANG :
- 3 ulas bawang putih | cincang halus
- 1 biji bawang besar | cincang halus
- 1 sudu makan serbuk lada hitam
- 1/2 cawan Demi Glace Brown Sauce ( serbuk sos perang) – boleh dibeli di pasaraya
- 1 sudu makan mentega
- 1/2 cawan air – untuk bancuh sos perang
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Cara untuk menyediakan chicken chop, celup ayam dengan telur, kemudian gaul dengan tepung goreng ayam.
- Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga masak. Angkat dan toskan.
- Seterusnya goreng sosej dan kentang. Angkat dan ketepikan.
- Bagi menyediakan sos, panaskan kuali dan cairkan metega. Tumiskan bawang putih dan merah hingga wangi.
- Masukkan serbuk sos perang yang telah dibancuh dengan air tadi.
- Kacau rata dan perasakan dengan serbuk lada hitam dan sedikit garam secukupnya. Setelah kuah pekat, padamkan api.
- Hidang ayam, sosej dan kentang goreng dalam pinggan.
- Tuangkan sos dan sedia dihidangkan panas-panas.
INFO CHEF: Bahan sampingan Chicken Chop boleh pelbagaikan ikut citarasa. Anda boleh tukar dengan coslow, kentang putar atau salad.
2. FISH & CHIP
BAHAN PERAPAN IKAN DORI:
- 4 keping ikan dori
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
- 1 sudu teh serbuk lada sulah
- Sedikit perahan jus lemon
BAHAN SALUTAN IKAN DORI:
- 1 cawan air
- 1 cawan tepung gandum
- 1/4 cawan tepung jagung
- 1 sudu teh baking powder
- Garam secukup rasa
- 1 cawan serbuk roti
- Minyak masak | untuk menggoreng
BAHAN SAMPINGAN:
- Sosej
- Kentang goreng
- Mayones
- Sos cili
CARA MEMASAK:
- Untuk menyediakan perapan ikan dori, keringkankan ikan terlebih dahulu dengan menggunakan tisu dapur.
- Kemudian lumurkan dengan serbuk lada hitam, lada sulah dan garam. Perahkan jus leman. Perapkan seketika.
- Untuk menyediakan bahan adunan ikan, satukan tepung gandum, tepung jagung, baking powder dan garam ke dalam bekas yang besar.
- Masukkan air sedikit demi sedikit kacau hingga sebati dan tidak berketul.
- Panaskan minyak masak. Sementara itu, celup ikan dori ke dalam adunan tadi.
- Lumur ikan dengan serbuk roti. Gaul rata hingga keseluruhan ikan tersalut serbuk roti.
- Perlahan-lahan masukkan ke dalam minyak dan oreng hingga keemasan.
- Angkat dan toskan lebihan minyak. Sedia dihidang dengan kentang goreng, sos cili dan mayones.
INFO CHEF: Untuk lebih mudah, anda boleh menggunakan tepung segera untuk perap dan salut ikan dori sebelum digoreng.
3. SPAGETI MEATBALL MOZA
BAHAN-BAHAN:
- 1 paket spageti | rebus hingga masak
- 6 ulas bawang merah | cincang
- 2 ulas bawang putih | cincang
- 2 biji tomato | potong dadu
- 500gm daging kisar
- 1/2 batang lobak merah | potong dada halus
- 4 biji cendawan butang | potong dadu
- 250gm puri tomato
- 250gm sos tomato
- ½ cawan susu segar
- 1 cawan air
- Sedikit Italian Herbs
- 1 kiub stok@pati daging lembu
- 100gm mozarella
- 10 biji meatball / bebola daging
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dan goreng meatball hingga keperangan. Angkat dan ketepikan.
- Kemudian tumis bawang merah dan putih hingga wangi.
- Masukkan daging kisar, terus kacau hingga daging bertukar warna keperangan.
- Seterusnya masukkan hirisan lobak merah, cendawan butang dan tomato.
- Setelah sayur layu, masukkan sos tomato, puri tomato, air dan susu, Kacau hingga sekata.
- Apabila mendidih, masukkan Italian Herbs dan stok daging lembu. Tambahkan sedikit garam jika tidak masin.
- Biarkan kuah mereneh atas api perlahan hingga kuah pekat.
- Letak spageti dalam pinggan hidangan dan tuangkan kuah bolognese di atasnya.
- Akhir sekali taburkan keju mozarella serta meatball. Masukkan ke dalam ketuhar gelombang selama dua minit untuk mencairkan keju.
- Sedia dihidangkan panas-panas.
INFO CHEF: Anda boleh juga mengguna kuah Carbonara untuk resipi dan cara memasak yang sama.
Cara Masak Laksa Johor Sedap Kau-Kau, Sesuai Untuk Raya.
Laksa Johor satu-satunya laksa yang disediakan di Malaysia yang menggunakan spageti sebagai laksanya. Walaupun cara membuatnya sedikit rumit atau tenyah, tapi bila rasa memang berbaloi masak. Kalau anda ingin mencuba, kali ini RASA kongsikan resipi yang disediakan oleh Mat Gebu, anak jati Johor untuk anda semua cuba. Mana tau dah cuba sekali nak cuba lagi.
LAKSA JOHOR
BAHAN-BAHAN:
800 gram ikan Japanese Mackeral @ ikan kembong
250 gram isi udang
Isi ikan kurau masin sebesar 3 inci x 3 inci, rendam
4 sudu besar udang kering, rendam hingga lembut.
2 sudu besar kerisik
1/2 inci lengkuas | dititik
3 keping asam gelugor
1 biji bawang besar | kisar halus
2 ulas bawang putih | kisar halus
2 sudu besar cili kisar
2 sudu besar rempah kari daging
2 sudu besar ketumbar serbuk
1 sudu besar jintan manis serbuk
1 1/2 liter santan kelapa
1 genggam daun kesom
2 kuntum bunga kantan, belah dua setiap satu
Sedikit daun selasih
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN-BAHAN ULAMAN:
Taugeh, dibuang ekor | cuci dan toskan
Kacang panjang | dihiris halus
Daun kesom | hiris halus
Daun selasih | hiris halus
Timun, ambil bahagian luar dan buang empulurnya | hiris halus
Bawang besar | hiris halus
BAHAN LAIN:
Spaghetti| direbus hingga lembut dan toskan, kemudian di “chap” (dibuat sanggul)
Sambal belacan secukupnya
Limau kasturi secukupnya | dibelah dua
CARA MEMBUAT:
- Untuk kuah: Satukan rempah kari, ketumbar serbuk, jintan manis serbuk, cili kisar dan bahan kisar halus, kacau rata dan ketepikan.
- Udang dicelur, asingkan kulitnya, kisar halus, ikan direbus, asingkan dari tulang, kisar halus.
- Udang kering ditoskan, isi ikan kurau masin juga ditoskan dan potong kecil. Kisar halus udang kering dan isi ikan kurau masin tadi. Ketepikan.
- Panaskan minyak dalam periuk. Tumis lengkus, bahan kisar + rempah ratus tadi hingga harum, dan terbit minyak.
- Guna api kecil dan kacau selalu. Tuang santan dan juga stok air rebusan udang dan ikan. Kacau rata.
- Masukkan isi ikan kisar, udang kisar dan udang kering + isi ikan masin kurau kisar. Kacau hingga semua rata dan mesra. Biar mendidih.
- Masukkan kersik, asam gelugor, bunga kantan, daun kesom dan sedikit daun selasih.
- Kacau dan biar hingga sedikit pekat. Tambah garam secukup rasa dan gula secukupnya.
- Masak sekejap lagi, rasa dan jika ok boleh matikan api. Ketepikan.
10. Cara menghidangkan: Ambil secukupnya spaghetti yang telah di chap tadi ke dalam bekas sesuai.
11. Tuang kuah laksa secukupnya, kemudian hias dengan bahan ulaman, letak sambal belacan dan juga belahan limau kasturi.
12. Sedia dihidangkan.
INFO: Untuk sambal belacan tu, anda tumbuk 4 biji cili merah + 6 biji cili padi + 1 inci belacan yang dibakar harum + secubit garam = tumbuk hingga halus, boleh hidangkan bersama laksa Johor tadi.
Kredit: Dapur Tanpa Sempadan/www.tiffimbiru.com
Chef Sue Arukin Kongsi Cara Buat Flat Noodle Homemade Paling Mudah.
Suka makan mi? Jom belajar cara-cara menyediakan hidangan ini secara homemade. Bagi yang belum pernah cuba, percayalah, masakan homemade ni memang rasa sangat lain dari yang lain. Rasanya lebih segar, sedap malah lebih diyakini dari sudut kebersihan. Malah lebih jimat berbanding dengan yang dibeli. Anda teringin nak cuba buat mi sendiri? Jom cuba resipi step by step perkongsian Chef Sue M Arukin ni. Hanya perlukan empat bahan asas sahaja. Mudah dan berbaloi untuk dicuba.
CARA BUAT HOMEMADE FLAT NOODLES
BAHAN-BAHAN:
- 400gm tepung gandum
- 1 biji telur
- Secubit garam
- Air secukupnya (kena pandai agak semasa menguli)
CARA MEMBUAT:
1. Gaul tepung bersama telur dan garam. Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang boleh dibentuk.
2. Setelah doh sebati dan tidak melekat pada bekas, rehatkan selama satu jam sebelum dicanai.
3. Tabur tepung pada papan pencanai dan letak doh. Canai doh hingga nipis.
4. Kemudian potong doh mengikut saiz yang disukai dengan menggunakan pemotong piza.
5. Jika tiada pemotong piza, boleh juga guna pisau biasa atau mesin pasta.
6. Celur doh yang dipotong tadi hingga masak. Tanda doh telah masak ialah ia akan menjadi kenyal. Kemudian angkat mi, masukkan ke dalam air sejuk selama beberapa minit dan toskan.
7. Mi yang telah siap dicelur. Bolehlah dimasak mengikut citarasa dan selera masing-masing.
8. Salah satu menu yang boleh dibuat: Flat NoodlesSoup With Chicken.
9. Atau boleh juga hasilkan, Aglio Olio Flat Noodles with Prawn. Selamat mencuba!
Info chef:
- Jika suka perisa tambahan, boleh tambah masa menguli doh. Contohnya: kisar daun bayam jadikan puri (dalam setengah cawan). Kemudian campurkan dalam campuran tepung tadi dan uli macam biasa. Maka jadilah spinach noodles.
- Boleh pelbagaikan perisa noodles dengan bahan-bahan lain yang disukai seperti tomato, lobak dan sebagainya.
- Malah mi ini juga boleh dipelbagaikan cara memasaknya. Ia boleh dijadikan noodles soup, digoreng dan bermacam-macam lagi.
Kredit resipi & foto: Chef Sue M Arukin