Untuk tempoyak durian, ada orang suka makan yang masam dan ada yang suka dengan rasa durian.
Namun begitu, jika tidak kena gayanya tempoyak boleh cepat berkulat dan rosak. Jadi macam mana nak bagi tahan lama.
Menerusi perkongsian daripada Momo Chan, dia kongsikan bagaimana untuk membuat tempoyak supaya boleh simpan lama dan tidak berkulat.
Sebenarnya tempoyak ni masam, tapi ada orang, dia lebih suka dengan rasa durian kan.
Kalau yang suka dengan rasa durian wangi lemak, tak nak masam, asingkan isi dan biji. Masukkan dalam bekas, terus simpan dalam peti sejuk ye. Untuk makan harian, masukkan dalam bekas asing. Untuk simpanan, masukkan bekas lain, letak tempat beku.
Yang ni cara buat tempoyak. Ini tempoyak betul-betul yang rasa masam ye dan boleh tahan bertahun.
*Durian boleh guna yang orang jual murah-murah. Maksudnya buah yang pecah-pecah dan isinya nampak tak cantik. Kalau anda nak pakai durian musang king pun ikut suka la.
Ads
*Maksud tak elok tu, bukan kata berulat atau dah berkulat, tapi yang rasanya dah tak sedap dimakan begitu saja.
*Asingkan biji dan isi. Masukkan ke dalam penapis.
*Ni saya toskan 2 malam ya. Dekat luar peti ais, nampak tak ada kulat kan.
*Masukkan garam, gaul rata. Jangan bubuh garam banyak sangat. Agak-agak sesedap rasa saja.
Ads
*Akhir sekali, bubuh dalam balang. Bubuh penuh pun tak apa sebab bila kita tos kat luar, gas dia dah tak ada. Tempoyak dah kembang siap dah. Sebelum tutup bahagian atas, tabur sedikit gula. *Tempoyak ni, kalau nak simpan dalam peti ais boleh, simpan di luar pun boleh. *Ini tempoyak masam tau, bukan tempoyak yang anda nak rasa lemak wangi durian.
Telur bungkus antara lauk mudah untuk dimasak dan menjadi kegemaran ramai. Kalau ke kedai makan, menu ni antara yang paling banyak dipesan pelanggan. Terasa nak makan telur bungkus hari ni? Ini resipi step by step mudah perkongsian saudari Nor Shakinah Md Zainal yang boleh dicuba.
RESIPI TELUR BUNGKUS SEDAP
BAHAN INTI:
Isi ayam – dipotong kecil
2 ulas bawang putih – dicincang
1/2 biji bawang besar – dipotong dadu
1/4 batang lobak merah – dipotong dadu
1/2 biji tomato – dipotong dadu
Sedikit cili merah
BAHAN LAIN:
2 biji telur
2 sudu makan sos cili
2 sudu makan sos Thai
1 sudu makan sos tiram
Secubit garam
Sedikit air
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih.
2. Masukkan ayam dan kacau seketika.
3. Seterusnya masukkan sos cili, sos Thai, sos tiram. Kacau sebati. Tambahkan juga sedikit air dan secubit garam.
4. Masukkan lobak merah dan bawang besar. Biarkan masak selama 1-2 minit.
5. Tambahkan tomato dan cili. Kacau rata. Siap.
6. Pecahkan telur dalam mangkuk, tambah sedikit garam dan pukul sebati.
7. Panaskan kuali dengan sedikit minyak dan masukkan telur yang dipukul tadi.
8. Lenggang telur hingga nipis dan memenuhi kuali.
9. Isikan inti yang dimasak tadi. Bungkus dengan kemas.
10. Ambil pinggan dan letakkan seperti ini. Terbalikkan.
11. Siap untuk dinikmati.
Jika anda sedang mencari BARANGAN SEGAR, boleh klik DISINI.
Siapa sangka gabungan Serunding Tom Yam dan Makaroni Bakar mampu menghasilkan satu hidangan yang enak dan menyelerakan. Cukup segala rasa masam dan masin. Lebih enak apabila menggabungkan tiga jenis keju di dalamnya iaitu Keju Perfect Italiano Mozzarella, Keju Perfect Italiano Perfect Bakes dan Keju Perfect Italiano Perfect Melt. Apabila menggunakan keju-keju ini, ia akan memberi hasil regangan yang sempurna, kerak perang keemasan yang memukau serta menaikkan rasa dalam hidangan. Kombinasi yang cukup mantap.
MAKARONI BAKAR SERUNDING TOM YAM
Bahan-bahan:
180gram makaroni – rebus al-dente
200ml Fernleaf Susu UHT
250gram campuran Perfect Italiano Perfect Bakes, Melt & Mozzarella
Anchor Salted Butter secukupnya
Bahan-bahan Serunding:
100gram Anchor Salted Butter
200ml Anchor Cooking Cream
300gram daging – rebus dan siat-siat halus
2 sudu makan pes tomyam
2 sudu makan cili kisar
2 helai daun limau purut – hiris halus
Garam & gula secukupnya
Cara Memasak:
Untuk membuat serunding, cairkan mentega dalam kuali. Tumis cili kisar dan pes tomyam hingga wangi.
Masukkan daging dan Anchor Cooking Cream serta hirisan daun limau purut. Didihkan hingga semua bahan sebati.
Tambah garam dan gula secukupnya. Didihkan lagi dengan api perlahan hingga semua bahan masak sempurna dan kering. Ketepikan.
Di dalam mangkuk besar, satukan makaroni, serunding tomyam, Fernleaf Susu UHT dan campuran Perfect Italiano Perfect Bakes, Melt & Mozzarella. Gaul sebati.
Sediakan bekas/casserole tahan panas. Sapu mentega secukupnya. Tuang campuran makaroni serunding tadi ke dalam bekas dan ratakan. Tabur lebihan campuran Perfect Italiano Perfect Bakes, Melt & Mozzarella dan lebihan hirisan daun limau purut.
Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 190-200C selama 25-30 minit. Hidangkan panas.
Nasi kukus memang enak. Teksturnya yang gebu membuatkan ia tidak puas dimakan. Lebih-lebih lagi jika dinikmati bersama kuah gulai, ayam goreng berempah panas serta sambal. Bagi yang nak cuba buat nasi kukus ni, bolehlah guna teknik serta sukatan perkongsian saudari Yatie Tie. Resipi ni juga sesuai untuk berniaga. Selamat mencuba!
CARA-CARA MASAK NASI GUNA TEKNIK KUKUS
BAHAN-BAHAN:
Beras
Air
Bekas ( seperti dalam gambar)
CARA MEMASAK:
1. Basuh beras seperti biasa dan toskan airnya.
2. Sukat 1 bekas beras dan 1 bekas air. Guna sukatan yang sama untuk kedua-dua bahan ini.
3. Masukkan beras dan air ke dalam bekas kukusan dan kukus selama 30 minit. Jika menggunakan api yang besar, lagi cepat nasi masak.
4. Angkat dan nasi boleh dinikmati bersama ayam goreng berempah, sambal belacan dan kuah gulai/kari.
RESIPI SAMBAL:
Cili merah
Cili padi
Air Asam Jawa
Belacan
Garam secukup rasa
Perisa | jika suka
Limau nipis @ limau kasturi
*Jumlah bahan adalah mengikut kesesuaian dan citarasa masing-masing.
CARA-CARA:
1. Kisar cili merah, cili padi, asam jawa, belacan, garam dan serbuk perasa.
2. Kemudian perah limau nipis atau limau kasturi secukupnya.
3. Gaul rata dan sedia untuk dinikmati.
Info: Jika mahukan nasi yang lebih wangi, boleh mengukus nasi bersama daun pandan. Ia akan mengharumkan nasi serta mempunyai rasa lebih enak.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!