Sedapnya Sup Ayam. Jika anda menggemari Sup Ayam yang pekat berempah, resipi perkongsian saudari Zurina Zulkeflini antara yang boleh dicuba. Sangat mudah dan tidak menggunakan banyak bahan. Menu ini tentunya menjadi pilihan para ibu kerana tidak renyah. Tidak perlu kisar bawang. Cukup sekadar hiris dan tumbuk sahaja. Jom cuba! Anda pun pasti gemarkan rasanya.
Bila badan rasa tak sihat, nafsu makan juga turun. Serba tak kena, semua yang dimakan terasa pahit. Apa kata buat sup lada hitam.Bila hirup sup ni panas-panas , gerenti berpeluh badan.Sup ni bukan untuk orang tak sihat saja, orang yang sihat pun boleh makan untuk segarkan badan. Lagi-lagi mereka yang nak berdiet. Kalau rasa demam, batuk, selsema bolehlah hidangkan sup ni. Orang sedang berpantang pun boleh makan sup ni. Paling best sup ni TANPA minyak.
SUP TANPA MINYAK
Bahan-bahan:
Ayam
Bawang putih
Bawang merah
Serai
Lada hitam kasar
Garam & gula
Cara membuat:
1.Tumbuk kasar bahan-bahan, satukan semua dengan ayam.
2.Kemudian didihkan saja.Dah la mudah, sedap pula tu
Tip : Didihkan dengan api perlahan hingga ayam tu masak.Jika suka ada rasa masam, boleh tambahkan sedikit asam keping saiz yang paling kecil.Nak tambah lada putih pun boleh.Gunakan lada hitam yang ditumbuk kasar, jangan guna lada hitam serbuk nanti rasanya berbeza pula.
Kalau makan sup ayam di restoran Thai, rasanya sup ayamnya masam-masam kan? Beza dengan selalu yang kita buat. Sedap kalau dapat hirup kuahnya. Kalau anda nak masak sendiri di rumah, boleh masak ikut resipi yang dikongsi oleh saudari Vidda Waheda Ismail ini.
SUP AYAM ALA THAI
BAHAN-BAHAN:
Bawang putih
Bawang merah
Bawang besar
Halia
Serai
Cili padi
Kiub ayam
Sup bunjut
Garam
Gula
Serbuk perasa
Sos ikan
Saderi
Lobak merah
Daun ketumbar
Bawang besar | dihiris
Cili potong
Tomato
Daun limau purut
Perahan asam limau nipis
Ayam
Sedikit hirisan lemak ayam
CARA PENYEDIAAN:
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih, halia, bawang merah, bawang besar, serai dan cili. Campurkan hirisan lemak ayam dan tumis sehingga wangi.
2. Tambahkan air dan perasakan dengan kiub ayam, sup bunjut, garam, gula, serbuk perasa dan sedikit sos ikan.
3. Bila sudah mendidih, masukkan ayam. Tutup periuk dan biar ayam masak seketika. Kemudian, masukkan saderi dan lobak merah.
4. Akhir sekali, masukkan daun ketumbar, hirisan bawang besar, cili potong, tomato, daun limau purut dan perahan air asam limau nipis.
Biasanya rendang dinikmati kala hari istimewa seperti lebaran. Namun jika menyukai masakan rendang tidak usah menunggu hingga tiba hari tersebut. Ia boleh dinikmati bila-bila sahaja. Daun kunyit memberi rasa asli dan aroma yang menyelerakan. Sajian asli rendang minang dengan paduan rempah khas Minang dan santan memang melengkapkan sajian. RASA kongsikan resipi aneka jenis rendang untuk anda cuba.
RENDANG AYAM DAUN KUNYIT
BAHAN-BAHAN:
1kg ayam | potong sederhana
500ml santan pekat
1 helai daun kunyit | dicarik-carik
1 keping asam gelugur
Garam dan gula secukupnya
Minyak untuk menumis
BAHAN KISAR:
10 tangkai cili kering
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2cm lengkuas
2cm halia
CARA MEMASAK:
Bersihkan ayam, kemudian toskan.
Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak.
Masukkan ayam, kacau lagi hingga ayam kecut dan airnya kering.
Seterusnya masukkan santan dan asam gelugur, biarkan mereneh.
Apabila ayam empuk, keluarkan dan ketepikan seketika.
Masukkan garam dan gula. Biarkan mereneh hingga kuah pekat.
Masukkan semua ayam bersama daun kunyit.
Kecilkan api. Biarkan ia mereneh di atas api sederhana sehingga rendang mengeluarkan minyak.
Sedia dihidangkan bersama Nasi Tomato.
RENDANG AYAM NOGORI SEMBILAN
BAHAN-BAHAN:
500gm ayam | potong sederhana
500ml santan
3 batang serai |titik
2 sudu makan kerisik
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
2cm lengkuas
2cm kunyit hidup
15 tangkai cili padi
CARA MEMASAK:
1. Masukkan ayam dalam kuali kemudian campurkan bahan kisar.
2. Seterusnya masukkan santan. Biarkan mendidih.
3. Masukkan serai.
4. Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
5. Apabila kuah pekat, masukkan kerisik.
6. Kecilkan api dan terus kacau hingga pecah minyak.
7. Angkat dan hidangkan.
RENDANG AYAM CILI PADI
BAHAN-BAHAN
1 ekor ayam saiz L | potong ikut suka dan dibersihkan dan tos
2 1/2 biji kelapa | ambil santan pekatnya
½ biji kelapa | dibuat kerisik
5 batang serai | dititik
6 batang serai | dihiris
Garam secukup rasa
BAHAN KISAR
Segenggam cili padi | Anggaran 30 biji
10 biji bawang kecil
5 ulas bawang putih
3cm kunyit hidup
3cm halia
2cm lengkuas
CARA MEMASAK
Masukkan ayam dalam kuali besar dan gaulkan dengan bahan kisar serta serai titik. Hidupkan api dan biarkan sehingga air ayam sedikit kering.
Kemudian masukkan santan dan besarkan api. Masak sehingga santan sedikit kering dan masukkan garam. Kacau rata dan kecilkan api.
Kemudian masukkan kerisik dan kacau rata.
Masak dengan api yang kecil hingga rendang agak pekat dan ayam masak . Kemudian masukkan hirisan serai.
Akhir sekali masukkan kerisik dan gaul rata. Masak sehingga rendang kering ataupun jika suka berkuah bolehlah ditutup apinya. Sedia dihidangkan.
RENDANG LIMPA BAHAN-BAHAN:
500gm limpa ] dipotong kepingan besar
1 biji kelapa ] diambil santan
8 tangkai cili kering ] dikisar
3 biji bawang merah ] dikisar
2 ulas bawang putih ] dikisar
1 biji bawang besar ] dikisar
2cm halia ] dikisar
2cm lengkuas ] dikisar
1 batang serai ]dikisar
2 sudu makan kerisik
1 sudu makan serbuk jintan manis
1 1/2 sudu makan serbuk ketumbar
1 batang serai ] dititik
1 keping asam gelugur
Air secukupnya ( jika perlu)
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Masukkan limpa, bahan-bahan kisar, santan, serbuk ketumbar, serbuk jintan manis, serai dan asam gelugur ke dalam kuali. Masak sehingga mendidih.
Apabila kuah sedikit kering kira-kira separuh dari jumlah asal, perasakan dengan garam serta gula dengan secukupnya. Gaul rata.
Kemudian masukkan kerisik. Gaul lagi hingga hampir kering. Perlahankan api.
Setelah rendang kelihatan semakin pecah minyak, padamkan api. Sedia untuk dinikmati.
RENDANG MINANG
BAHAN-BAHAN:
1 kg daging | dipotong kecil
4 batang serai | dititik
320ml santan pekat
2 cawan air
150gm kerisik
3 helai daun kunyit | dihiris halus
Beberapa helai daun limau purut | dibuang urat tengahnya
2 – 3 keping asam gelugur
2 sudu makan gula merah
1/2 kiub pati ayam
Minyak masak secukupnya untuk menumis
BAHAN KISAR:
3 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
5 biji cili merah | dibuang biji tengahnya
6 biji cili padi hijau dan merah
5cm halia
2cm lengkuas
5cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali. Tumis bahan kisar sehingga naik bau.
Kemudian masukkan daging, air, daun limau purut, serai dan daun kunyit.
Seterusnya masukkan santan, asam gelugur, gula merah, pati ayam dan kerisik. Kacau dan biarkan mereneh sehingga rendang kelihatan agak kering.
Selain sedap dibuat sambal, goreng kunyit atau dimasuk dalam tomyam sotong juga enak dibuat masak lemak. Jika nak lebih sedap dan istimewa boleh cuba buat sotong masak lemak Padang.