Resipi Sup Bebola Tepung Pulutperkongsian saudari Zurina Zulkeflini nampak sangat sedap. Sesuai dinikmati dikala musim hujan. Bila sebut mengenai tepung pulut, ia biasanya digunakan untuk membuat manisan seperti Butir Nangka, Badak Berendam dan Tang Yuan. Namun bagi anda yang kurang gemar makanan manis, boleh mencuba resipi Sup Bebola yang berinti ayam ni. Seakan Dumpling tetapi teksturnya lebih kenyal dan berisi. Mudah je resipinya. Jom cuba!
RESEPI SUP BEBOLA TEPUNG PULUT
BAHAN INTI: 2 ketul ayam saiz potongan sup – cincang 1/2 batang lobak merah – potong dadu 2 tangkai daun bawang – potong halus 1 sudu teh serbuk lada sulah – beli online disini (Satukan semua bahan dan sebatikan. Boleh tambah cendawan shiitake)
Ads
BAHAN TEPUNG: 1 cawan tepung pulut – beli online disini 2 sudu makan tepung gandum – beli online disini Secubit garam (Tuang air sedikit demi sedikit. Uli sehingga menjadi doh.)
CARA MEMBUAT BEBOLA DAN SUP: 1. Letakkan sesudu kecil inti ayam ke atas doh tepung dan bulatkan menjadi bebola. Buat hingga habis adunan doh dan juga inti.
2. Rebus bebola di dalam air yang sedang mendidih dan biarkan sehingga doh timbul. Ia menandakan bebola tepung pulut sudah masak luar dan dalam. 3. Tak perlu angkat bebola tersebut, cuma perisakan sup dengan perencah sama ada kiub ayam atau ikan bilis. 4. Untuk menyedapkan lagi rasa, boleh titiskan minyak bijan atau minyak bawang putih ke dalam sup. 5. Sup Bebola Tepung Pulut Berinti Ayam sedia dihidang dengan minyak cili untuk rasa pedas.
RESIPI MINYAK CILI: Minyak masak/minyak sayuran 2 sudu makan chili flakes / cili kering yang dikisar kasar – bukan serbuk cili – beli online disini 3 ulas bawang putih – dicincang – beli online disini Garam secukupnya
CARA MEMASAK: 1. Campurkan bawang putih bersama chilli flakes. Taburkan dua cubit garam. 2. Panaskan minyak masak di atas kuali sehingga gelegak @betul-betul panas. 3. Akhir sekali tuangkan minyak panas tersebut ke atas chilli flakes yang dicampur bawang putih tadi. 4. Gaul rata dan sedia untuk dimakan bersama Sup Bebola Tepung Pulut.
Masak Lemak dan Asam Pedas memang antara hidangan kegemaran rakyat Malaysia. Lauk ringkas dan biasa-biasa je tapi rasa dia memang luar biasa. Terasa nak masak menu ni hari ni? Jom cuba resipi yang admin kongsikan ni.
1. MASAK LEMAK IKAN MASIN KURAU DENGAN NANAS
BAHAN-BAHAN:
500gm tulang ikan masin kurau | rendam
1/4 biji nanas | kupas dan hiris nipis
300 ml santan
1 keping asam gelugor
1 batang serai | titik
1 helai daun kunyit | carik dan simpul
600ml air
Perasa secukupnya
BAHAN KISAR:
3 ulas bawang merah
1/2 inci halia
3cm kunyit hidup
10 biji cili padi
CARA MEMASAK:
Rebus nanas dengan air hingga mendidih. Angkat dan toskan.
Bersihkan tulang ikan masin yang telah direndam, masukkan dalam periuk.
Seterusnya masukkan bahan kisar, daun kunyit, asam gelugor dan serai titik.
Tambahkan santan dan didik atas api sederhana. (Sentiasa kacau untuk elak santan pecah).
Setelah mendidih masukkan nanas yang telah direbus tadi.
Kecilkan api dan perasakan dengan serbuk perasa. Jika kurang masin tambahkan sedikit garam .
Setelah masak, angkat dan hidangkan.
INFO CHEF: Tulang ikan masin boleh juga digoreng dahulu.
2. ASAM PEDAS IKAN PARI
BAHAN-BAHAN:
800gm ikan pari | cuci bersih dan tos
1 biji terung bulat | belah empat
1 kuntum bunga kantan | belah empat
3 tangkai daun kesum | asingkan dari tangkai
150gm pes cili kering
1 sudu makan serbuk lada hitam
500ml air
Air asam Jawa secukupnya
Garam dan serbuk perasa secukupnya
Minyak masak secukupnya untuk menumis
BAHAN KISAR:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3cm halia
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga naik bau.
Masukkan pes cili dan kacau lagi.
Seterusnya masukkan serbuk lada hitam, daun kesum, bunga kantan.
Diikuti pula dengan memasukkan air asam Jawa, air .
Apabila mendidih masukkan ikan pari.
Setelah mendidih, perasakan dengan garam dan perasa secukupnya.
Kecilkan api dan masukkan terung.
Biarkan kuah mereneh hingga sedikit pekat dan pecah minyak.
Tutup api dan asam pedas sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Ada sesetengah orang memasukkan kerisik di dalam masakan asam pedas.
Sedapnya Sup Daging ori Thai ni. Sedikit berbeza dengan sup yang biasa kita masak. Malah penggunaan sos ikan memang bagi rasa ‘kick’ pada masakan. Memang padu. Nak rasa? Resipi perkongsian saudara Ahmad Shinoda ini boleh anda cuba.
SUP DAGING ORI THAI
BAHAN A:
300gm daging tetel – hiris
3 inci halia – tumbuk kasar
3 hiris lengkuas
2 pokok akar ketumbar
1 biji bawang Holland kecil
Sedikit kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1 sudu teh gula
Air secukupnya
BAHAN B:
3-4 ulas bawang putih – ketuk
2 batang serai
Cili padi secukupnya
Daun limau purut
1 biji bawang Holland
Daun ketumbar – hiris
½ biji tomato
2 biji jus limau nipis
3-4 sudu makan sos ikan
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
1. Satukan bahan A dan rebus hingga empuk.
2. Dalam kuali lain, panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga kekuningan.
3. Kemudian masukkan serai, bawang Holland, cili padi dan daun limau purut. Tumis sampai layu dan wangi.
4. Masukkan bahan tumisan serta tomato ke dalam sup berisi daging tadi.
5. Tambahkan juga sos ikan dan jus limau nipis.
6. Biar 2-3 minit. Tutup api dan tabur daun ketumbar.
Hidangan kerabu sering kali dijadikan hidangan pembuka selera atau hidangan sampingan ketika menikmati juadah utama. Kerabu yang ada rasa masam dan pedas, biasanya disediakan segar, membuatkan selera seseorang bertambah.
1. KERABU TOMATO BILIS
BAHAN-BAHAN:
200gm ikan bilis
1 biji tomato hijau | hiris
1 biji tomato merah | hiris
1 labu bawang besar | mayang halus
1 batang serai muda | mayang halus
2 biji cili merah | hiris nipis
4-5 biji cili padi | hiris nipis
2 biji limau kasturi | perah airnya
Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
Ikan bilis digoreng garing dan toskan.
Satukan tomato hijau, tomato merah, bawang besar, serai, cili merah dan cili padi di dalam mangkuk.
Tambah bilis goreng dan kaup-balikkan sebati.
Tambah garam, gula secukup rasa.
Tambah perahan limau dan gaul. Sedia dihidangkan.
2. KERABU TAUGEH KASAR DAN SOTONG KERING
BAHAN-BAHAN:
200gm tauge kasar
5 ekor sotong kering | hiris kecil, rendam dan goreng
1 labu bawang besar | mayang halus
2 batang kacang panjang | hiris nipis
2 biji cili merah |hiris nipis
4-5 biji cili padi | hiris nipis
2 biji limau kasturi | perah airnya
1 sudu makan kelapa parut | panggang
Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
Tauge kasar dibersihkan, celur sebentar dan toskan.
Satukan tauge kasar, sotong, bawang besar, cili merah dan cili padi di dalam mangkuk.
Tambah kelapa panggang dan kaup-balikkan sebati.
Tambah garam, gula secukup rasa.
Tambah perahan limau kasturi dan gaul. Sedia dihidangkan.
3. KERABU SUHUN KACANG GAJUS
BAHAN-BAHAN:
200gm suhun | rendam dan celur
2 biji cili merah | mayang halus
4 biji cili padi | mayang halus
1 labu bawang besar | mayang halus
2 batang serai muda | mayang halus
1 sudu makan perahan limau
Garam dan gula secukupnya
Cincangan kacang gajus panggang secukupnya
Bijan hitam panggang secukupnya
CARA MEMASAK:
Satukan semua bahan di dalam mangkuk.
Gaul sebati kesemuanya.
Sesuaikan rasa dengan menambah garam dan gula secukup rasa.
4. KERABU DAGING LIMAU PURUT
BAHAN-BAHAN:
200gm daging
1 biji tomato hijau | hiris
1 labu bawang besar | mayang halus
1 batang serai muda | mayang halus
2 biji cili merah | hiris nipis
4-5 biji cili padi | hiris nipis
2 biji limau kasturi | perah airnya
3 helai daun limau purut | hiris halus
Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
Daging direbus empuk dan hiris nipis.
Satukan tomato hijau, bawang besar, serai, cili merah dan cili padi di dalam mangkuk.
Tambah daging rebus berserta hirisan daun limau purut dan kaup-balikkan sebati.
Tambah garam, gula secukup rasa.
Tambah perahan limau dan gaul. Sedia dihidangkan.
5. KERABU SOTONG SIAM
BAHAN-BAHAN:
300gm sotong | potong kecil dan celur
1 biji tomato | cincang nipis
2 biji cili merah |mayang halus
4 biji cili padi | mayang halus
1 labu bawang besar | mayang halus
1 batang serai | mayang halus
1 sudu makan cincangan daun ketumbar
1 sudu makan air perahan limau nipis
Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
Satukan semua bahan di dalam mangkuk.
Gaul sebati kesemuanya.
Sesuaikan rasa dengan menambah garam dan gula secukup rasa.
Selain sedap dibuat sambal, goreng kunyit atau dimasuk dalam tomyam sotong juga enak dibuat masak lemak. Jika nak lebih sedap dan istimewa boleh cuba buat sotong masak lemak Padang.