Sup sederhana masak ala cina yang menyegarkan dan sesuai makan ketika masih hangat.
SUP MI SUAH ALA CINA
BAHAN-BAHAN:
- *5 biji bawang merah (ditumbuk)
- *8 biji bawang putih (ditumbuk)
- *Sedikit halia muda (ditumbuk)
- Sos tiram
- Minyak Bijan
- Garam
- Lada sulah
- Ayam (terpulang suka bahagian mana)
- Daun sup
- 1 kiub pati ayam
- Sawi
- 2 biji telur
- Lobak merah
CARA MEMASAK:
1. Panaskan sedikit minyak dan renjiskan dalam 3 kali renjis minyak bijan dan tumiskan bahan yang sudah ditumbuk.
2. Bila sudah naik bauk letakkan 3 sudu besar sos tiram dan satu kiub pati ayam.
3. Masukkan bahan-bahan lain seperti lobak merah, bebola ikan dan ayam.
5. Sudah mendidih dan masak dalam 20minit sup itu, masuk sayur dan pecahkan 2 biji telur. Biar masak sekejap.
6. Kemudian masukkan mi suah. Masuk tidak sampai seminit, kacau dan tutup api. Mi suah jangan bagi kembang nanti kurang sedap. Renjiskan sedikit lada sulah ikut citarasa anda.
7. Akhir sekali taburkan daun sup dan bawang goreng (kalau suka)
INFO: Untuk rasa pedas boleh makan bersama cili potong dengan kicap cair.
KREDIT RESIPI & GAMBAR: Aisha Shukor
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Wanita Ini Buat Laksa Style Abang Terlajak Laris, Sedap Yakmat Katanya
Selepas menyaksikan live Dato Seri Aliff Syukri atau lebih dikenali sebagai Abang Terlajak Laris membuat laksa, wanita yang menggunakan akaun facebook Deyana Hatazad telah membuat sendiri laksa mengikut resipi yang diberikan.
Melalui facebook live, Deyana mengatakan memang sedap sungguh laksa yang dimasak ikut resipi usahawan kosmetik tersebut. Cuma ada sedikit yang diubah iaitu laksa digantikan dengan pasta angle hair. Jom try masak.
LAKSA STYLE ABANG TERLAJAK LARIS
BAHAN-BAHAN
5 ekor ikan kembung
4 ekor ikan selayang
7 keping asam keping
Sedikit garam
1 labu bawang besar
5 sudu cili kering
4 biji cili api merah
3 inci belacan
Sedikit air
1 kuntum bunga kantan
Daun kesum secukupnya
2 batang serai
1 mangkuk kecil ikan bilis
Garam secukupnya
1 sudu kecil asam jawa
1 sudu kecil gula merah
BAHAN HIASAN
Bunga kantan (hiris)
Telur ayam (rebus)
Limau nipis (belah 2)
Bawang (hiris)
Salad (hiris)
Timun (hiris)
CARA MEMBUAT
1. Rebus ikan kembung dan ikan selayang bersama asam keping dan sedikit garam. Kemudian ambil isi ikan dan kisar kasar. Masukkan dalam periuk bersama air ikan rebus tadi
2. Masak kuah ikan dengan api pelahan. Kacau kuah ikan sentiasa.
3. Kisar bawang besar, cili kering, cili api merah dan belacan dengan sedikit air. Masukkan dalam periuk berisi kuah ikan tadi.
4. Masukkan bunga kantan, daun kesum dan serai.
5. Kisar ikan bilis dan masukkan dalam periuk.
6. Apabila kuah mendidih, masukkan garam jika masih belum cukup masin, asam jawa dan gula merah.
Resipi OLeh Deyana Hatazad
Wanita Ini Kongsi Tip Sarapan Sihat, Berat Turun Dari 68 Kg Kepada 55 Kg
Bagi menyediakan hidangan sarapan, kita perlukan sesuatu yang menyihatkan tetapi tetap sedap. Jika sebelum ini kita kerap makan nasi lemak atau roti canai, kali ini apa kata kita makan pasta. Cara masaknya pula kita kurangkan minyak dan banyakkan sayuran.
Surirumah dari Shah Alam, Suria Rashid berkongsi empat resipi memasak pasta dengan cara yang sedap namun tetap sedap. Menurut Suria, sarapan yang sihat amat penting untuk memulakan hari dengan lebih bertenaga. Hidangan yang sihat tak semestinya tak sedap. Banyak cara untuk mengekalkan keenakan sesuatu makanan tanpa menjadikan ia sebagai satu makanan yang tinggi kalori.
“Sarapan sihat boleh tambah tenaga dan kawal pengambilan kalori. Semua orang perlu ambil sarapan untuk kekalkan kadar metabolisme badan. Pengambilan sarapan sihat penting untuk badan lebih sihat. Jangan sesekali skip sarapan,” katanya.
Ibu kepada tiga orang anak ini pernah bertambah berat badan sehingga 68 kilogram. Namun dengan mengamalkan pemakanan sihat dan menjaga pengambilan sarapan yang tinggi khasiat, dia berjaya mendapat berat idaman iaitu 55 kilogram pada masa sekarang.
TIP PASTA LEBIH SIHAT
“Salad dan pasta adalah salah satu hidangan sarapan yang saya selalu makan. Ada cara untuk menjadikan pasta dan salad tu meriah, rasanya sedap dan tak muak ketika dimakan. Saya kongsikan tiga tip untuk kita masak pasta dengan lebih sihat,” kata Suria yang kini sedang cuba untuk kekal 50 kilogram sahaja.
1. Guna pasta organik dan pasta yang tinggi serat.
2. Elakkan penggunaan keju atau sumber krim apabila memasak pasta. Boleh ganti dengan minyak zaitun.
3. Masak pasta dengan pelbagai sumber serat seperti sayur.
PASTA SALMON
.
BAHAN LEMON MENTEGA
3 ulas bawang putih (racik halus)
2 sudu besar jus perahan lemon
2 sudu besar mentega
Sedikit serbuk cili kasar
CARA MEMBUAT LEMON MENTEGA
1. Tumis bawang putih. Masukkan air perahan lemon, mentega dan serbuk cili kasar.
2. Matikan api dan ketepikan.
BAHAN SALMON PANGGANG
1 keping ikan salmon
Sedikit garam
Sedikit serbuk lada hitam
CARA MEMASAK SALMON PANGGANG
1. Gaulkan ikan salmon bersama garam dan lada hitam. Letakkan di atas aluminium foil.
2. Panggang salmon di atas kuali sehingga masak.
3. Masukkan separuh campuran lemon dan mentega ke atas ikan salmon.
4. Biarkan sebati, ketepikan.
BAHAN PASTA
1/2 bawang holand (potong dadu)
250 gram pasta (direbus sampai lembut)
Garam secukup rasa
Sedikit lada hitam
Sedikit daun sup
Sedikit sayur pilihan
CARA PENYEDIAAN PASTA
1. Panaskan kuali. Tumis bawang holand dan baki separuh lagi lemon mentega.
2. Masukkan pasta dan 1/4 cawan air rebusan pasta tadi.
3. Masukkan garam dan lada hitam.
4. Masukkan daun sup dan sayur pilihan.
5. Sedia dihidang bersama salmon panggang tadi.
SPRING ROLL MAKARONI BERKEJU
.
BAHAN-BAHAN
150 gram makaroni
Minyak zaitun untuk menumis
3 ulas bawang putih (diracik)
1/2 labu bawang besar (potong dadu)
100 gram sayur campur
10 ekor udang saiz sederhana (dihancurkan)
10 ketul jejari ketam (dihiris halus)
100 gram sos bolognese
Garam secukup rasa
Herba Itali secukup rasa
Sedikit daun ketumbar (hiris halus)
1/2 cawan keju cheddar
1/2 cawan keju mozarella
Kulit popia secukupnya
Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMBUAT
1. Rebus pasta sehingga masak dan toskan. Ketepikan.
2. Panaskan minyak zaitun dalam kuali.
3. Tumis bawang putih dan bawang besar. Masukkan sayur campur.
4. Masukkan udang dan jejari ketam.
5. Masukkan sos bolognese, garam, herba Itali dan daun ketumbar.
6. Tutup api. Masukkan keju dan pasta. Gaul sebati. Ketepikan.
7. Ambil sekeping kulit popia. Letakkan campuran pasta tadi. Balut kulit popia dengan kemas.
8. Panaskan minyak masak. Goreng popia sehingga garing.
9. Hidangkan dengan keju nachos.
* Hidangan ini kurang sesuai untuk diet tapi boleh dimakan ketika cheat day. Jadi tak delah korang bosan sangat.
SALAD PASTA
.
BAHAN-BAHAN
150 gram pasta spiral
100 gram jejari ketam
100 gram udang
Batang seleri
Kacang pis hijau
Lobak merah
Jagung
Lada benggala
Tomato ceri
1/2 biji lemon (perah jus)
1 cawan mayones
Garam secukupnya
Lada hitam secukupnya
CARA MEMBUAT
1. Masak pasta sehingga lembut dan toskan. Ketepikan.
2. Rebus jejari ketam dan udang. Ketepikan.
3. Campurkan semua sayur dan makanan laut.
4. Masukkan perahan lemon dan mayones.
5. Gaul sebati dan tabur sedikit garam dan lada hitam sebagai penambah rasa.
6. Sedia untuk dinikmati.
PASTA BERKRIM DENGAN UDANG
.
BAHAN-BAHAN
200 gram pasta bowtie
10 ekor udang saiz sederhana
1 sudu besar minyak zaitun
2 ulas bawang putih (diracik)
1/2 biji bawang besar
1/2 cawan krim keju
1/2 biji lemon (perah jusnya)
1 cawan kacang pis
Daun sup secukupnya
Daun bawang secukupnya
CARA MEMBUAT
1. Rebus pasta dan toskan. Ketepikan.
2. Gaul udang bersama garam dan lada hitam.
3. Panaskan minyak zaitun dalam kuali. Tumis bawang putih dan bawang besar.
4. Masukkan udang. Masak selama 2 minit.
5. Masukkan krim keju, perahan lemon, 1/4 air rebusan pasta dan kacang pis.
6. Masukkan daun sup dan daun bawang.
CARA PENYEDIAAN
1. Sediakan pasta. Tuangkan kuah udang berkrim keju ke atasnya.
2. Siap untuk dihidangkan.
Selamat mecuba!
Untuk dapatkan lebih resipi, boleh dapatkan majalah RASA edisi Oktober pada harga RM7.20 senaskhkah di mana-mana kedai buku berhampiran anda.
Dua Resipi Mi Yang Sedap, Tak Caya Cubalah Buat
Bila tengok di instagram My Kitchen Diary dua resipi mi yang dimasak ni, terasa alahai sedapnya. Ditambah pula dengan sotong dan sayur-sayur yang sangat sesuai dicampurkan dalam mi yang dimasak itu. My Kitchen Diary ni dikenali juga dengan Siti Kitchen. RASA mendapat izin untuk memaparkan dua resipi mi yang sangat sedap dan senang nak dibuat ni. Nanti korang bolehlah cuba.
KUETIAU LADNA
BAHAN-BAHAN
1 peket kuetiau (bersihkan dan goreng sekejap tanpa minyak bersama sedikit kicap manis. Ketepikan.)
5 ulas bawang putih (ditumbuk bersama 5 biji cili api)
Sedikit air
1 kiub ayam
Sedikit sos tiram
Bunga kobis
Lobak merah
Putik jagung
5 biji fishball
2 keping fish cake
5 ekor udang
3 ekor sotong
Sawi
Garam
Serbuk lada sulah
1 sb tepung jagung dibancuh dengan sedikit air
1 biji telur
CARA MEMBUAT
1. Tumis bawang putih dan cili api sehingga naik bau.
2. Masukkan air secukupnya bersama kiub ayam dan sos tiram dan biarkan mendidih.
3. Masukkan bunga kobis, lobak merah dan putik jagung.
Biarkan sekejap.
Masukkan fish ball, fish cake, udang dan sotong.
Masukkan sawi, garam, serbuk lada sulah dan bancuhan tepung jagung.
Masukkan telur dan segera tutup api.
Curahkan ke atas kuay teow tadi.
Boleh tabur bawang goreng & daun sup.
KARI MI SEGERA
BAHAN-BAHAN
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
5 biji cili api
Minyak masak untuk menumis
Air secukupnya
1 peket mi segera perasa kari
3 ekor udang
2 ekor sotong
1 ikat sawi
1 biji telur
CARA MEMBUAT
1. Bawang merah, bawang putih dan cili api ditumbuk.
Panaskan minyak.
Tumis bahan tumbuk hingga naik bau.
Masukkan air dan perencah.
Biarkan hingga mendidih.
Masukkan udang dan sotong.
Biarkan sekejap baru masukkan sawi.
Masukkan mi.
Akhir sekali masukkan telur.
Resipi Mi Ladna dan Kari Mi Segera Oleh My Kitchen Diary