
Kita selalu kurang selera makan ketika demam. Rasa tak sedap badan dan tekak pun tak selesa nak menelan. Apa kata cuba buat sup telur yang diperkaya dengan kentang. Sedap sangat tau. RASA berikan resipi memasak sup telur yang dicampur kentang. Lauk yang jenis berkuah seperti sup ini boleh membantu mengurangkan rasa tak sedap badan dan membantu juga demam lebih cepat berlalu pergi.
SUP TELUR
sup telur fb.
BAHAN-BAHAN
• Minyak masak untuk menumis
• 2 biji bawang merah (hiris)
• 2 ulas bawang putih (hiris)
• 1 inci halia (hiris)
• Batang sederi (hiris)
• 2 biji ubi kentang potong kecil
• Cendawan kering (rendam air panas 15 minit sebelum dimasak)
• Sedikit suhun dan tauhu kering (direndam dulu)
• Garam
• 4 biji telur ayam
• Daun sup
CARA MEMBUAT
1. Tumis bahan hiris. Kemudian masukkan air ikut kepada sebanyak mana kuah yang kita mahu.
2. Masukkan ubi kentang dan biarkan empuk. Masukkan cendawan.
3. Masukkan suun dan tauhu kering yg di rendam seketika.
4. Masukkan garam. Pecahkan telur satu demi satu. Jangan kacau kerana tak nak telur pecah. Biarkan mendidih seketika.
5. Tabur daun sup.
Resipi oleh Cik Puan Julieta dari Telegram KakiMakan
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ramona ZamZam Kongsi Resipi Buat Buttermilk Meatballs Dengan Pasta! Simple Dan Cepat.

Siapa yang tidak mengenali Ramona Zamzam antara pelakon yang meningkat naik menerusi drama terkini dan juga filem. Terbaru beliau baru sahaja beraksi dalam filem aksi jenayah KL Special Force arahan Syafiq Yusoff yang telah di tayangkan di pawagam pada Mac lalu. Artis wanita dan ibu muda yang cantik berdarah kacukan Melayu, Pakistan, Jerman dan Thailand dan lahir di Bukit Mertajam ini baru sahaja melahirkan anak sulungnya yang bernama Ivanna Alashkar pada Disember 2017.
Siapa sangka ibu muda yang cantik ini pandai memasak dan baru-baru ini beliau ada berkongsi masakan western dalam halaman facebooknya. Peminat masakan western boleh cuba resipi Buttermilk Meatballs With Pasta Ramona Zamzam ni.
Hi!! Ada peminat meatballs tak kat sini? 🙋🏻
Boring makan nasi?
Dah taktau nak masak apa?
Nak pegi Ikea tapi malas?I’ve got a nice solution for yaaaa,
simple & quick sumpah!
The best part is kitchen pun tak belemoih from minyak yg kita selalu guna untuk goreng2 heheh.Punya la senang I think any of you can try this!
I shall call this :
Buttermilk Meatballs with Pasta ❤️
By Ramona Zamzam ok! By Ramona 😜
Cuz I altered the ingredients by myself 😁I could have taken more photos & videos, tapi susah la nak pegang phone time masak.. 😞
I try my best untuk explain se-details yg boleh, make sure you guys go through every photo & baca caption betul2 k..!
https://www.facebook.com/ramonazofficial/posts/1777713429211320
BAHAN-BAHAN:
Cara Memasak
1. Panaskan 2 sudu makan butter untuk menggoreng meatball.
2. Goreng garing kemudian ketepikan.
3. Panaskan 5 sudu makan butter dan tunggu sehinga ia cair kemudian masukkan tepung jagung 5-7 sudu makan.
4. Masukkan 1 kiub stok lembu dan kacau hingga sebati, kemudian masukkan pula 5 sudu makan stok ayam.
5. Masukkan pula buttermilk ranch dalam 4 sudu makan dan juga 2 sudu makan lada hitam.
6. Masukkan separuh kotak susu segar size kecil dan kacau hingga sebati.
7. Setelah itu masukkan meatballs yang telah digoreng kedalam kuah dengan api sederhana. tutup kuali seketika.
8. Sementara menyediakan meatballs tadi bolehla rebus pasta dan biarkan sehingga lembut.
9. Siap!
Nota: Resepi meatballs ni kuah dia bukan mcm kat ikea tau, this one more to mcm kuah carbonara.
Kongsi resipi: Ramona Zamzam
https://www.facebook.com/ramonazofficial/videos/1777713362544660/
https://www.facebook.com/ramonazofficial/videos/1777713362544660/
5 Resipi Sajian Air Asam Pembuka Selera. Memang Sedap!

Hidangan pencicah air asam ni memang sedap. Hanya menggunakan bahan yang ‘basic’, tapi hasilnya memang membuka selera. Pedas dan masam. Fuhhh… Kalau makan dengan ikan, daging bakar atau terung bakar memang sedap. Malah kalau cicah dengan aneka lauk pauk rebus pun sesuai. Terasa nak makan air asam? Ha… Jom kita tengok resipi-resipi yang mudah ni. Memang sedap.
1. AIR ASAM PUSAKA
BAHAN-BAHAN:
- 4 ulas bawang putih – dibakar
- 6 biji bawang merah saiz bola pingpong – dibakar
- 1 1/2 inci belacan – dibakar
- Beberapa biji cili padi
- 2 biji limau nipis saiz besar
- 3/4 sudu makan gula
- 3/4 sudu teh garam
- 3/4 sudu makan perencah Hilal – abaikan jika tiada
- 1/2 cawan air
CARA MEMBUAT:
1. Untuk menyediakan air asam, kupas bahan-bahan bakar dan tumbuk bersama cili padi hingga lumat.
2. Kemudian perasakan dengan garam, gula serta perencah. Gaul rata. Kuantiti bergantung pada citarasa. Kurangkan jika terlalu berperisa.
3. Perah jus limau nipis dan gaul sekali lagi hingga sebati. Guna tapis bagi mengelakkan biji masuk ke dalam air asam.
4. Tambahkan air masak. Gaul sekali lagi.
5. Siap dan sedia untuk dihidangkan bersama ikan bakar.
Kredit resipi & foto: Afy Al Habibi
2. AIR ASAM SEMPOI
BAHAN A:
- Bawang besar
- Tomato
- Cili padi hijau
- Cili merah
BAHAN B:
- Bawang besar
- Tomato
- Cili padi hijau
- Cili merah
- Belacan
- Air asam jawa
- Garam & gula secukup rasa
BAHAN C:
- Kerisik secukupnya
- Limau nipis |jumlah bergantung tahap kemasaman yang disukai
CARA MEMASAK:
1. Hiris bahan A. Masukkan ke dalam bekas.
2. Masukkan bahan B ke dalam blender. Tambah belacan, garam, gula dan air asam jawa secukupnya. Kisar.
3. Tuang bahan kisar ke dalam bekas berisi bahan hiris. Gaul rata.
4. Masukkan bahan C dengan secukupnya. Gaul lagi dan bolehlah dinikmati.
Kredit resipi & foto: Animas Nurjana Abdul Halim
3. AIR ASAM PERUT KITAB
BAHAN-BAHAN:
- 1/2 kg perut kitab – direbus sampai lembut
- 1 biji tomato – hiris kasar
- 1 tangkai daun kesum – hiris kasar
- Garam, ajinomoto dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR KASAR:
- 4 biji cili/ cabai- jika nak pedas, lebihkan.
- Jus limau nipis/asam jawa – nak masam, lebihkan.
- 4 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 1/2 biji bawang besar
CARA MEMASAK:
- Hiris perut menjadi kepingan kecil.
- Satukan perut, bahan kisar, bahan hiris dan perasakan secukupnya.
- Gaul rata. Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Norhasmiza Mohd Nor
4. DAGING AIR ASAM
BAHAN-BAHAN:
- 500gm daging
- 1 biji bawang besar – dihiris
- 2 biji tomato – dihiris
- 2 biji limau kasturi
- 8-10 biji cili padi – dihiris
- 1cm belacan – boleh lebihkan. Lagi sedap
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Bersihkan daging dan rebus hingga empuk.
- Satukan semua bahan hiris, belacan dan garam secukup rasa ke dalam mangkuk. Gaul rata.
- Perahkan jus limau kasturi. Pastikan biji dibuang terlebih dahulu.
- Bila daging dah empuk, hiris nipis kemudian masukkan ke dalam mangkuk beriis bahan-bahan yang dihiris tadi.
- Tambahkan air rebusan daging secukupnya bergantung pada jumlah daging.
- Rasa dan tambah perasa jika kurang. Jika suka rasa yang masam, tambahkan jus limau kasturi atau limau nipis ikut citarasa.
- Gaul rata dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Zurini Ismail
5. TERUNG BAKAQ AYAQ ASAM
BAHAN-BAHAN:
- Terung (bakar)
- 2 biji cili padi
- 2 biji cili besar
- Belacan (tumbuk kasar)
- Santan
- Perahan limau
- Garam gula
- Bawang besar-di mayang
- Cili padi-potong
CARA MEMASAK:
- Bakar terung (terbakar hitam itu yang buat lagi sedap)
- Cili padi, cili merah dan belacan ditumbuk kasar.
- Masukkan bahan tumbuk dalam mangkuk kecil.
- Selepas itu masukkan terung, santan, bawang besar, cili padi potong dan perahan limau. Gaul hingga sebati.
- Jangan lupa perasakan dengan garam dan gula.
- Bila rasa sudah sedap boleh makan dengan nasi panas.
Kredit resipi & foto:Arieza Riez
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Dijamin Sedap. Resipi Bendi Goreng Tumis Belacan Bersama Udang
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Masak Bubur Asyura Sedap Cara Orang Utara. Begini Resipinya

Enaknya Bubur Asyura. Bila tiba 10 Muharram, umat Islam akan mula membuat sajian istimewa ini bagi menandakan Hari Asyura. Ia merupakan bubur yang dihasilkan dari campuran pelbagai bahan seperti beras, aneka kekacang, daging dan sebagainya. Setiap negeri ada versi Bubur Asyura yang tersendiri. Ada yang teringin nak makan Bubur Asyura sedap versi orang Utara? Resipi perkongsian saudari Surina Abadi ni antara yang boleh dicuba. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI BUBUR ASYURA UTARA
BAHAN A:
2 cawan tepung beras – beli online disini
2 sudu makan tepung jagung – beli online disini
3 cawan pati santan
4 cawan air
1 sudu teh garam
Daun pandan
1 cawan gula putih – beli online disini
2 ketul kecil gula melaka – beli online disini
1 cawan air
BAHAN B:
1 tin jagung
1/2 biji labu sebelah – potong dadu
2 biji ubi keledek – potong dadu
1 cawan kacang hijau -rebus empuk terlebih dahulu
1 cawan kacang merah -rebus empuk terlebih dahulu
6 biji pisang – boleh lebihkan jika suka
CARA MEMASAK:
1. Satukan gula putih, gula melaka dan air. Masak hingga larut kemudian sejukkan.
2. Kemudian satukan semua bahan-bahan A dalam satu bekas. Bancuh hingga sebati kemudian tapis. Tuang terus ke dalam kuali.
3. Campur semua bahan B (kecuali pisang) ke dalam kuali berisi bahan A.
4. Masak guna api perlahan sambal sentiasa dikacau.
5. Bila Bubur Asyura hampir masak, masukkan pisang. Masak lagi hingga bubur nampak berkilat (anggaran masa 1 jam 20 minit), padamkan api.
6. Bubur Asyura Utara sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Surina Abadi
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Dijamin Sedap. Resipi Bendi Goreng Tumis Belacan Bersama Udang
Bakar 10 Minit Je. Resipi Cupcake Sarang Semut Ni Memang Mudah & Sedap!
Meraikan 20 Tahun Majalah Rasa Dengan KELAB RASA EMASKU BERSAMA MAGGI®
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official