Terdapat pelbagai jenis menu sup tulang. Ada yang berempah, masam-masam pedas, dan ada yang tidak terlalu beraroma. Apapun terpulang pada cita rasa anda semua, kepada yang ingin mencuba Sup Tulang Ala Thai, di sini Rasa sharekan resipinya.

Ads

SUP TULANG ALA THAI
BAHAN-BAHAN:
1kilo tulang lembu
2 biji bawang besar | kisar
4 ulas bawang putih | kisar
4cm halia | kisar
2 biji buah keras | kisar
2 biji bawang besar | hiris
2 sup bunjut tulang
2 sudu makan rempah sup
1sudu makan serbuk lada hitam
2 sudu makan cuka makan
2 biji tomato saiz besar | hiris

Cili padi secukupnya | ketuk
Garam secukupnya
BAHAN HIASAN:
Daun sup dan bawang | hiris
Bawang goreng
Limau kasturi | belah dua

Ads

CARA MEMBUAT:

Ads
  1. Menggunakan sedikit minyak, tumis bahan kisar.
  2. Setelah wangi masukkan, sup bunjut, rempah sup dan sedikit air. Kacau rata.
  3. Masaukkan tulang, cuka, lada hitam, garam dan air secukupnya.
  4. Renehkan tulang hingga lembut dan isi tanggal dari tulang (ambil masa 1-2 jam merebus jika reneh atas dapur biasa.
  5. Jika ingin cepat boleh gunakan pressure cooker (lebih kurang 30-45 minit).
  6. Setelah empuk, masukkan tomato, cili padi yang telah diketuk, serbuk lada hitam, garam dan perasa secukup rasa.
  7. Masukkan dalam mangkuk, taburkan bawang goreng dan hirisan daun sup dan bawang.
  8. Sup sedia dihidangkan.Kredit resepi masakan
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI