Tak Jawa Kalau Tak Makan Sambal Tempe

Share

Tempe ni sinonim dengan masyarakat Jawa. Orang Jawa memang suka makan tempe. Kadang digoreng dan dimakan bersama sambal kicap. Kali ini RASA ingin kongsikan resipi sambal tempe dengan ikan bilis.

Sambal tempe ikan bilis ni kena buat manis-manis sikit. Selain sedap dimakan dengan nasi, boleh juga ratah macam tu je. Ada yang buat kering dan rangup dijadikan sebagai kudapan. Resipi yang dikongsikan ni sangat senang, tapi tetap sedap. Tempe ni kesukaan masyarakat jawa. Jadi kalau ada yang nak cuba, RASA berikan resipi di sini. Mudah untuk korang cuba masak sendiri. Try tau.

SAMBAL TEMPE IKAN BILIS

BAHAN-BAHAN
• Minyak masak
• Tempe (dipotong nipis)
• Ikan bilis (digoreng garing)
• 3 ulas bawang putih (cencang halus)
• Cili kering (dikisar dapatkan 4 sudu besar)
• 1 biji bawang besar (dipotong bulat)
• Garam secukupnya
• 3 sudu besar gula
• 1 sudu besar gula merah

CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak. Goreng tempe, ketepikan.
2. Goreng ikan bilis, ketepikan.
3. Kurangkan minyak masak tadi. Tumis bawang putih sampai kuning. Masukkan cili kering. Tumis sampai garing.
4. Masukan bawang besar, garam, gula, gula merah. Masak sehingga bawang besar layu dan tumisan nampak warna gelap.
5. Tutup api. Biarkan sambal ni betul-betul sejuk.
6. Akhir sekali, gaulkan tempe dan ikan bilis dengan sambal sehingga rata. Siap.

Selamat mencuba!

Sumber Resipi oleh Asiah Jafar dari Telegram KakiMakan

Korang nak beli BLENDER baru tak? Jom klik sini untuk tengok BLENDER BARU. Nanti boleh kisar bawang nak masak daging masak hitam dengan blender.

Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Semuanya menarik, jom klik link ni untuk cuci mata. Mana tahu ada yang berkenan kan? Klik sini (saya nak beli periuk baru la)

NAK RESIPI LAIN? Klik sini:
https://rasa.my/nak-petua-bantu-masalah-angin-dalam-badan-jom-buat-dua-jus-kesihatan-ini/
https://rasa.my/jom-try-buat-ikan-kembung-rebus-air-asam-memang-syok/
https://rasa.my/perghhh-mantap-sungguh-gulai-ikan-tenggiri-paling-power-ni/

Jom tengok video ni
https://www.youtube.com/watch?v=8z9E4CUDm5Q&list=PLeFxvDQwYge2Z4S3GiUhGD-X4hTKVMcL_&index=7

Published by
Siti Mariam Elias