Anda tidak perlu pergi ke negara Timur Tengah menikmati manisan Arab. Kunjungi sahaja di kedai Damas Sweets milik Ezat Al-Tahan dari Syria tetapi telah menetap di sini. Selain baklava macam-macam manisan Arab ada sini.
Semuanya dibakar segar dari oven oleh Chef dari negara Syria. Lokasinya di Persiaran Serdang Perdana , Serdang, Seri Kembangan dengan cawangan utamanya di Ampang Point, Ampang KL dan Veranda Plaza Shah Alam, Selangor.
Damas Sweets menyediakan lebih 40 manisan Arab dan baklava. Baklava itu sendiri terdiri daripada beberapa jenis seperti baklava gajus, balklava mabromah dan pelbagai variasi lain..Selain itu terdapat ais krim Arab, kunafa, basbosa dan puluhan jenis manisan lagi.
Dapur manisan beroperasi di kedai Damas Sweets di Serdang dan diagihkan untuk dijual di dua cawangannya di Shah Alam dan Ampang, KL. Menurut Ezat yang juga bekas jurutera mulanya di ke negara ini pada 2009 untuk menceburi perniagaan pembinaan .Semasa kunjungan pertama dia menyedari tiada manisan Arab di negara ini.
Pada kunjungan kedua, Ezat datang membawa baklava dan dikongsi bersama rakan-rakannya di negara ini. “Rakan Malaysia mengadu setiap kali teringinkan baklava mereka perlu berkirim kawan-kawan yang ingin ke negara Arab. Di situ timbul idea untuk mendirikan dapur kecil dan membuat baklava yang dibakar segar untuk berkongsi budaya manisan Syria dengan rakyat Malaysia.
Ads
Pada 2011 saya dan rakan-rakan kongsi merealisasikan idea ini dan tertubuhlah Damas Sweets. Damas adalah dari nama ibu kota Syria, Damacus, yang terkenal dengan manisannya di seluruh dunia," katanya. Menurut Ezat lagi Chef dari Syria dengan dibantu tenaga tempatan membuat dan membakar manisan.
Resipi manisan ini diwarisi dari keluarga dan juga teknik baru resipi yang menepati tahap kemanisan dan rasa yang memenuhi citarasa rakyat Malaysia. Damas Sweets juga membekalkan manisan untuk syarikat katering, hotel lima bintang, restoran mewah, cenderahati korporat dan juga tempahan untuk pelanggan perseorangan dan majlis perkahwinan.
Lebih menarik di sini juga terdapat madu organik dan set peralatan hidangan teh dan kopi Syria.
Ads
INFO KEDAI :
Lokasi : Persiaran Serdang Perdana, Serdang, Seri Kembangan, Selangor
Ads
Waktu operasi :11 pagi hingga 11 malam, setiap hari
Pemilik : Ezat Tahan dan kenalan Syria
Tarikan dan Keistimewaan :
Baklava pistachio paling laris jualannya serta Baklava Creamery dan Baklava Campuran iaitu menjadi 95 peratus kegemaran pelanggan.
Memberikan sampel percuma untuk pelanggan merasai manisan.
Mengedar di negeri-negeri lain di Malaysia dan juga Singapura
Menyediakan hamper menarik set manisan .
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Hari ni min nak kongsi lokasi makan sedap untuk korang cuba. Mungkin korang pernah melepasi gerai D’Warees Resepi ni, bersebelahan Kilang Gula CSR dan stesen minyak Petron.
Buat warga Shah Alam tak jauh tempatnya iaitu di Batu 3. Waze jer nama D’Warees terus jumpa tempat ni.
Rata-rata pengunjung yang datang ke sini kerana tarikan kari kepala ikan yang memang terangkat sedapnya.
Antara jenis ikan yang ditawarkan ialah Kerapu, Jenahak dan Ikan Merah. Setiap hari 50 – 60 kepala ikan terjual. Menurut pemiliknya, Ahmad Tarmizi Khalid kari kepala ikan ini adalah resipi olahan mereka sendiri mengikut kesesuaian cita rasa masyarakat Melayu khusus dan rakyat Malaysia amnya.
Operasi bermula seawal 630 pagi. Kari Kepala ikan mula dijual bermula dari 10 pagi hingga 430 petang. Dibuka setiap hari kecuali Ahad.
Selain Itu Kari Kambing dan Asam pedas Ikan Mayong juga menjadi tarikan.
Harga kepala ikan bermula dari RM25-100 mengikut jenis dan saiz ikan. Setiap hari gerai ini mampu menjual sehingga 50-70 ketul kepala ikan.
Korang juga wajib cuba kuih onde-onde, pulut panggang, lepat, kuih bakar yang menjadi signature di sini.
Selebriti juga pernah datang ke sini antaranya Jaafar Onn, Dato’ Jamal Abdillah, Wan Maimunah, Linda Rafar, Nelydia Senrose & Zaidi Omar.
Boleh je terjah ke gerai ini tetapi dinasihatkan datang awal untuk dapat tempat duduk, Kalau tak kenalah menunggu.
Bagi penduduk Seksyen 22 Shah Alam, Kafe Igauan bukanlah lagi asing. Kafe ini menyediakan hidangan utama dalam versi santai yang sungguh menepati cita rasa. Suasana dalaman kafe juga minimalis yang membuatkan pelanggan berasa selesa untuk duduk makan bersama keluarga.
Antara menu menarik hati adalah Pad Kara Pao Beef With Telur Goyang dan Nasi Ayam Kicap Palembang. Hidangan bercirikan makanan Siam dan Palembang ini memang sangat best untuk dicuba.
Jom Layan Gambar
.
.
.
.
.
.
.
Jom singgah!
Waktu Operasi:
Isnin-sabtu (11.30 pagi – 10.00 malam)
Lokasi:
G.03, Alam Idaman Serviced Apartmen, Jalan Budiman 22/3, 40300 Shah Alam, Selangor, Malaysia
Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Semuanya menarik, jom klik link ni untuk cuci mata. Mana tahu ada yang berkenan kan? Klik sini (saya nak beli periuk baru la)
Anda penggemar nasi ayam? Kunjungan ke Jeremy’s Chicks pasti memenuhi cita rasa anda.Nikmati hidangan ayam yang dimasak sempurna sehingga lembut dan berjus. Idea merealisasikan Jeremy’s Chicks berlaku pada permulaan tempoh PKP oleh pengasas bersama, Jeremy.
Di Jeremy’s Chicks, terdapat pelbagai jenis ayam Hainan asli rebus, panggang dan lain-lain untuk dihidangkan kepada semua pencinta nasi ayam di Malaysia.
Selain itu menu seperti Mi Wantan , Pak Choy, Sup Bebola Ikan dan lain-lain boleh anda pesan untuk melengkapkan hidangan anda.
Dan kali ini, hos Makan Di Mana mencuba ayam percik di restoran ini, diolah dengan enak menggunakan rempah ratus terpilih, dihidangkan bersama nasi ayam beraroma.
Ayam percik yang sedap diperap dalam sos pedas dan dihidangkan bersama nasi ayam yang gebu.Menu di sini ringkas dengan harga yang berpatutan.
Nasi wangi yang gebu adalah sesuatu yang tidak boleh dilepaskan. Ia sangat wangi yang anda tidak akan berhenti mengunyah mereka bersama-sama dengan hirisan ayam yang lazat.
Selain itu cili buatan sendiri adalah satu lagi keistimewaan di restoran ini, dengan rasa pedas yang sesuai digabungkan dengan ayam anda.
Jadi, jika anda sedang mencari hidangan lazat untuk makan tengahari atau makan malam, bolehlah berkunjung atau menempah hidangan dari Jeremy’s Chicks.
Cuba resipi ayam perap mayo sedap dan mudah ini! Diperap dengan madu, mayones dan sos tiram, dijamin lembut, berlemak dan menjilat jari. Klik untuk langkah penuh.