

Resipi Singgang Daging Tak Pernah Tak Sedap 
BAHAN-BAHAN:
- Daging (taknak daging boleh tukar pada ikan)
- Halia *
- Lengkuas *
- Bawang putih *
- Ketumbar *
- Cili padi
- Asam keping
- Cili kering
- Bawang holland
- Tomato
CARA-CARA:
- Rebus daging sampai empuk (guna daging tetel pon sedap), lepastu bahan * masukkan halia, lengkuas, bawang putih dan ketumbar (semua bahan2 ni diketuk tapi jgn hancur sangat)
- Masukkan 4 batang serai yg dihiris, asam keping, sedikit Nissang(gula melaka), cili kering 3 btg yg dipotong, masukkan bawang holland dan tomato yg dihiris.
- Masukkan garam, perasa tambahan (juka perlu), gula dan cili padi. Siap!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
3 Resipi Sihat Olahan Dari Timun

Timun dengan ciri yang menyejukkan sering digunakan secara meluas di dalam masakan. Selain itu ada yang makannya secara mentah atau membuat jus. Timun boleh dipelbagaikan hidangannya dan enak rasa.
Timun merupakan makanan yang sangat baik untuk kesihatan. Lupakan makanan ringan dan kerepek kentang, mulai hari ini jadikan timun sebagai ‘makanan’ utama anda. Berikut beberapa alasan mengapa anda perlu membiasakan makan timun.
Merawat masalah kulit
Timun memiliki sifat diuretik dan pembersih yang bermanfaat bagi kulit. Kandungan air yang tinggi vitamin A, B, dan C serta mineral, seperti magnesium, kalium, mangan dan silika membuat timun menjadi bahagian penting dalam perawatan kulit. Masker wajah yang mengandungi timun digunakan untuk menganjalkan kulit. Asid caffeic yang hadir dalam timun dapat menurunkan paras retensi air yang mengurangkan pembengkakan di sekitar mata.
Membunuh bakteria di dalam mulut
Jus timun boleh membantu menyembuhkan dan menyegarkan sakit gusi. Untuk membunuh bakteria di dalam mulut dan untuk menyegarkan nafas, dapatkan kepingan timun dan tekan ke lelangit mulut anda dengan lidah selama 1/2 (setengah) minit, phytochemcials dalam timun akan membunuh bakteria di dalam mulut anda yang bertanggungjawab menyebabkan nafas yang tidak menyenangkan.
Fungsi pencernaan
Masalah pencernaan seperti gastrik dapat disembuhkan dengan meminum jus timun segar setiap hari. Kandungan serat makanan dalam timun dapat mengusir racun dari sistem pencernaan sehingga meningkatkan proses pencernaan. Oleh itu, dengan penggunaan timun setiap hari ia dapat dijadikan sebagai ubat sembelit.
Membekalkan keperluan vitamin
Timun mengandungi tiga vitamin utama yang sering diperlukan oleh badan setiap hari. Vitamin A,B,C tersebut akan memperkuatkan sistem imun yang melindungi tubuh sehari-hari.untuk dapatkan hasil yang maksimum, timun boleh dijadikan jus bersama bayam dan lobak merah. Sebaiknya, timun tidak dikupas kerana bahagian itulah yang mengandungi 12% vitamin C, yang cukup untuk keperluan harian anda.
Menyembuhkan kencing manis, mengurangkan kolestrol dan mengawal tekanan darah
Jus timun mengandungi hormon yang diperlukan oleh sel-sel pankreas bagi menghasilkan insulin untuk manfaat kepada pesakit kencing manis. Timun boleh membantu penurunan tahap kolesterol. Timun mengandungi banyak serat, kalium dan magnesium yang berkesan bagi mengawal tekanan darah. Oleh itu timun baik untuk merawat kedua-dua tekanan darah tinggi dan tekanan darah rendah.
Membantu dalam penurunan berat badan dan penghadaman
Disebabkan kandungan air yang tinggi dan kalori yang rendah, timun adalah sumber yang ideal untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan. Gunakan timun dalam sup dan salad anda. Boleh juga dijadikan makanan ringan kegemaran anda, anda boleh makan potongan timun yang dicicah dengan yogurt.
Membekalkan mineral pada kulit
Timun mengandungi kandungan tinggi kalium, magnesium dan silikon yang sangat berguna untuk kesihatan dan kecantikan kulit. Sebab itu banyak terdapat rawatan spa yang berasaskan timun.
JUS TIMUN KISAR
BAHAN-BAHAN:
- 2 biji timun
- 250ml air
- 3 sudu makan air gula
- Ais secukupnya
- Daun pudina
CARA MEMASAK:
- Timun dipotong dibuang kulit dan empulurnya lalu dipotong dadu.
- Masukkan timun ke dalam mesin pengisar bersama air, air gula dan ais secukupnya.
- Kisar timun hingga ais hancur.
- Tuang ke dalam gelas dan hias dengan daun pudina.
MI SIAM SINGAPURA
BAHAN-BAHAN:
- 200gm bihun | direndam hingga lembut
- 2 genggam tauge | dibuang ekornya
- 100 gm kucai | dipotong tiga cm
- 1 sudu makan sos tomato
- 3 sudu makan cili kisar
- 150 gram udang saiz kecil | kupas kulitnya
Bahan Kisar:
- 1 biji bawang besar
- 5 biji bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 100gm1 genggam udang kering | cuci dan rendam
- Secubit belacan | dibakar
- Garam dan gula secukup rasa
Bahan Kuah:
- 1/2 bahagian perencah untuk menggoreng mi siam
- 3/4 sudu makan tauco | lecek hingga hancur
- 3/4 sudu teh pes asam jawa
- 1 batang serai | dititik
- 2 keping hirisan lengkuas | dititik
- 1 liter air rebusan kulit udang
- 2 sudu makan kacang tanah tumbuk
- 1/4 cawan santan
- Garam dan gula secukup rasa
- Air jika perlu
Bahan Sampingan:
- Telur rebus | dibelah dua
- Tauhu goreng | dihiris
- Hirisan daun bawang
- Timun |dihiris memanjang
- Limau kasturi | dibelah dua
- Sambal tumis | jika suka
CARA MEMASAK:
1. Untuk Mi Siam: Panaskan minyak dalam kuali, tumis kisar halus hingga wangi.
2. Masukkan cili kisar dan masak hingga garing dan terbit minyak. Guna api kecil dan kacau selalu.
3. Kemudian keluarkan 1/2 bahagian untuk digunakan sebagai perencah dalam kuah. Tambah sos tomato dalam kuali menganadungi baki perencah tadi. Masukkan udang dan kacau rata.
4. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Kacau dan masukkan bihun.
5. Gaul hingga rata, masak hingga bihun lembut. Tambah tauge dan kucai, gaul rata dan matikan api. Ketepikan.
6. Untuk Kuah Siam: Masukkan 1/2 bahagian perencah yang diasingkan tadi ke dalam periuk, bersama dengan taucho, serai, lengkuas dan pes asam jawa.
7. Kacau rata dan masak sekejap. Tuang air rebusan kulit udang (jika perlu boleh tambah sedikit air). Kacau dan biar mendidih.
8. Masukkan santan, perasakan dengan garam (anda rasa dulu, kalau perlu baru tambah garam) dan gula secukup rasa, biasanya kuah sedikit manis.
9. Akhir sekali tambah kacang tanah tumbuk. Masak hingga mendidih.
10. Angkat dan hidangkan.
SUP TIMUN
BAHAN-BAHAN:
1 sudu makan minyak zaitun
5 ulas bawang putih |cincang halus
1 biji bawang Holland saiz kecil |cincang halus
1 sudu makan lemon jus
1 batang timun saiz sederhana |buang isi tengah dan potong dadu kecil
½ sudu teh garam
125gm yogurt asli
CARA MEMASAK:
- Tumis bawang putih dengan minyak zaitun bersama bawang Holland, kemudian masukkan timun.
- Masukkan pula jus limau dan garam. Kecilkan api dan biar sejuk seketika. Ketepikan.
- Kisar semua bahan yang ditumis tadi hingga halus dan tuangkan ke dalam yogurt. Gaul sebati.
- Boleh dihidangkan secara suam atau disejukkan terlebih dahulu.
Sukat Guna Cawan Buat Kuih Bakar Daging, Comfirm Jadi & Sedap.

Mesti ramai sukakan kuih Bakar Daging atau dikenali juga sebagai Kuih Bakar Berlauk. Kali ini RASA sharekan resipinya dengan cara membuat yang sangat mudah, sukat guna cawan je. Bahan-bahan pun hampir setiap dapur rumah kita ada menyimpannya. Apa lagi petang ni korang boleh cuba, taka da acuan, boleh guna loyang je.
KUIH BAKAR DAGING
BAHAN:
BAHAN INTI:
250 gm daging | dicincang halus
1 1/2 sudu makan rempah daging | jenama ikut pilihan
1 labu bawang besar | dicincang
Sedikit daun sup/ketumbar | boleh lebih jika suka
Garam dan perasa secukup rasa
BAHAN ADUNAN TEPUNG:
3 cawan tepung gandum
3 cawan santan cair/susu cair/susu rendah lemak
3 cawan air
5 biji telur
Sedikit garam
Sedikit pewarna kuning
Daun bawang
Minyak sapi/marjerin
CARA MEMBUAT:
- Sediakan inti: Panaskan kuali dan masukkan satu makan minyak dan tumis bawang sehingga kekuningan.
- Masukkan rempah dan goreng sampai wangi.
- Kemudian masukkan daging dan masak sehingga kering.
- Angkat dan sejukkan. Ketepikan.
- Untuk adunan tepung: Pukul telur hingga kembang. Masukkan semua bahan cecair ( susu dan air ). Kacau sampai rata
- Masukkan tepung dan kacau hingga sebati. Kalau tak halus, masukkan dalam blender dan kisar supaya halus.
- Tambah sedikit pewarna kuning dan sedikit garam ( Jangan banyak sangat garam sebab lauk daging tadi kan dah ada perisa).
- Panaskan oven suhu 160 darjah. Lauk daging dibahagi kepada 3 bahagian sebab bancuhan ini jadi 3 kuih bakar.
- Ambil acuan kuih bakar. Letakkan di atas dapur, bubuh 1/2 sudu besar minyak sapi atau marjerin. Panaskan.
- Bila minyak sudah panas, perlahankan api dan tuangkan bancuhan tepung tadi hingga paras 3/4 penuh ke dalam acuan.
- Biar kira-kira satu minit, kemudian sudukan lauk daging ke dalam bancuhan tepung dalam acuan perlahan-lahan dan taburkan hirisan daun sup atau ketumbar. Mula dibahagian tengah dan kemudian dalam setiap lekuk acuan.
- Bila nampak garing pada bahagian tepi kuih, masukkan ke dalam oven suhu 180 C, menggunakan api atas sahaja ( jika ada ) selama 15-20 minit. Keluarkan dari oven.
- Dengan menggunakan pisau, keluarkan kuih ketika masih panas.
- Buat begini sehingga bancuhan tepung habis.
- Hidang bersama sos cili.
Kredit: Resipi Dapur Kak Chah
Ikan Bakar Guna Kuali. Resipi Sedap & Mudah Dari Manado Indonesia

Sedapnya Ikan Bakar Rica Manado masak guna kuali perkongsian resipi dari Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan ni. Nampak membuka selera. Istimewanya resipi ini, anda tidak perlu menggunakan arang untuk membakarnya. Cukup sekadar menggunakan kuali leper tapi rasa dan aromanya seakan dimasak menggunakan bara.
Menurut beliau lagi, Ikan Bakar Sambal Rica ini berasal dari Manado, Sulawesi. Biasanya dibakar atas bara api. Kemudian sambalnya di sapu atas ikan setelah ikan siap dibakar. Cumanya kali ini beliau berkongsi cara lebih mudah untuk menyediakan sajian sedap ini. Bakar atas kuali sahaja. Sesuai sangat cuba masak untuk makan tengahari nanti. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI IKAN BAKAR RICA MANADO SEDAP

BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan siakap
5 biji bawang merah – beli online disini
2 ulas bawang putih – beli online disini
2 batang serai
2 inci kunyit
1 inci halia
2 sudu besar cili kisar – beli online disini
2 helai daun limau purut
1 keping asam gelugor – beli online disini
1 biji limau nipis
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
1.Bersihkan ikan dan belah perutnya. Belah isi ikan di kanan dan kiri tulang tengah, kemudian keluarkan tulang tersebut. IA bertujuan supaya ikan kelihatan cantik dan isi cepat masak.
2. Untuk menyediakan bumbu (perencah) ikan bakar, bawang merah, bawang putih, halia, kunyit, serai dan cili kisar dikisar halus.

3. Tumis bahan kisar. Berbeza dengan ikan bakar sambal yang biasanya warna merah. ikan bakar ini akan berwarna kuning atau jingga. Tapi sejujurnya, rasa hidangan ini tidak berapa beza dari ikan bakar sambal.

4. Masukkan asam gelugor, garam, gula dan daun limau purut. Jika suka, boleh tambahkan belacan. Tumis sampai bahan-bahan masak sempurna. Kemudian sejukkan seketika.

5. Lumurkan bumbu pada ikan. Oleh kerana kita bakar atas kuali, susah nak sapu ikan bila ikan dah masak. Ia akan hancur kalau kita balik-balikkan banyak kali. Jadi empunya resipi lumur bumbu pada ikan terlebih dahulu.

6. Kemudian terbalikkan ikan dan lumurkan bumbu pada bahagian luar pula. Boleh alas ikan dengan daun pisang atau daun kunyit agar ikan tak melekat pada kuali. (empunya resipi guna kuali non-stick)

7. Bila masak nanti, ikan tidak akan diterbalikkan. Masak belah bawah sahaja. Untuk pastikan ikan ini masak sekata tanpa hangus, kena bakar dengan api kecil atau sederhana.

8. Tutup kuali. Jika ada tanda-tanda nak hangit, jangan panik. Buka penutup, masukkan 1 senduk air, gerak-gerakkan kuali agar air turun ke bawah daun. Tutup semula dan masak sampai air tadi kering.

9. Hasil Ikan Bakar Rica Manado yang telah siap dimasak. Tidak hangus, tidak melekat dan masak sempurna. Sedia untuk dinikmati.


INFO:
- Boleh hias dengan hirisan limau dan bawang jeruk. Ikan bakar ini memang sedap makan dengan benda masam.
- Rasa Ikan bakar ini tak berapa pedas. Bau daun pisang membangkitkan selera. Daun pisang yang hangus di tepi-tepi tu menyumbang kepada aroma smokiness (bau bakar). Itu penting!
Kredit resipi & foto: Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Cara Buat Kerisik Homemade Yang Sedap Berminyak & Wangi Tanpa Tumbuk
Buat Sendiri Aiskrim Goreng Sedap Guna Roti Sandwic. Mantap!
Resipi Nasi Goreng Sosej Paling Senang.Tak Letak Sayur, Tak Letak Bawang
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

