Anak-anak tak suka tauhu? sedangkan tauhu adalah sumber protein baik dan murah. Mak-mak boleh cuba idea ini supaya khasiat tauhu ini dapat di manfaatkan dalam kudapan yang sedap dan mudah sangat disediakan. Sesuai ni kalau dijadikan bekal berkelah atau dijadikan hidangan sampingan di majlis keraian atau makan sambil menoton TV pun layan ye…Sebab tu kena cuba .
.
TAUHU GORENG MENTEGA RANGGUP
BAHAN-BAHAN:
- 3 keping tauhu biasa | potong dadu
- 1 cawan serbuk roti
- 3 sudu makan tepung jagung
- 6 ulas bawang putih | cincang halus
- 5 biji cili padi | hiris halus
- 1 pokok daun bawang | hiris 2cm
- Garam dan gula secukup rasa
- 2 sudu makan mentega
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Tauhu yang telah dipotong dadu digaulkan dengan tepung jagung dan sedikit garam. Gaul rata.
- Panaskan minyak, goreng tauhu hingga garing angkat dan ketepikan.
- Menggunakan kuali lain, panaskan mentega bersama 1 sudu makan minyak masak.
- Tumiskan bawang putih dan cili padi hingga wangi.
- Masukkan serbuk roti, tumis hingga kekuningan.
- Tambahkan di dalamnya hirisan daun bawang dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
- Setelag garing tutup , masukkan tauhu dan gaul rata.
- Sedia dihidangkan panas-panas.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cara Buat Cili Jeruk Homemade Yang Sedap, Rangup & Tak Lembik
Jom cuba buat cili jeruk homemade. Hidangan sampingan ni yang boleh menaikkan selera makan. Kalau makan nasi air, mi goreng, nasi goreng atau kuetiau goreng, memang sedap kalau dinikmati bersama cili jeruk ni. Kuah jeruk tu kalau cicah bersama ikan goreng pun sedap tau. Bagi anda yang belum tahu cara-cara nak buat cili jeruk yang sedap dan tahan lama, boleh cuba resipi perkongsian saudara Ben Safwan ni.
RESIPI CILI JERUK SEDAP & RANGUP
BAHAN-BAHAN:
Lada solok /cili hijau – jumlah ikut cita rasa (empunya resipi guna dalam 1.2-1.5kg)
Air secukupnya – untuk merendam
1/2 sudu makan kapur – beli online disini
4-5 cawan air
2 cawan cuka – beli online disini
5-6 sudu makan gula – beli online disini
2 sudu teh garam – beli online disini
CARA MEMASAK:
1.Potong lada solok ikut jumlah yang diingini.
2. Kemudian rendam dalam air dan masukkan kapur makan. Rendam 1 jam. Tujuan supaya cili tidak lembik nanti kekal rangup apabila dijeruk.
3. Kemudian tos bersih untuk membuang rasa kapur. Ketepikan.
4. Didihkan air dalam periuk kemudian padamkan api.
5. Masukkan hirisan lada dan kacau selama 30 saat. Ingat 30 saat sahaja. Kemudian segera buang airnya dan alirkan cili di bawah air paip.
6. Masukkan cili ke dalam bekas bersih.
7. Panaskan 4-5 cawan air dengan 2 cawan cuka, 5-6 sudu makan gula serta 2 sudu teh garam. Boleh lebih atau kurang bergantung pada kuantiti cili dan rasa.
8. Tak perlu tunggu mendidih. Bila sudah nampak gula dan garam larut, tutup api. Biarkan sejuk.
9. Bila sudah sejuk, tuang larutan cuka dalam bekas lada tadi dan biarkan semalaman. Pastikan air jeruk menenggelami lada.
10. Lada jeruk siap untuk dinikmati. Makin lama, makin sedap rasanya. Cara penyimpanannya cukup letak di luar (suhu bilik) sahaja.
Kredit resipi & foto: Ben Safwan
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Nasi Goreng Cili Padi Resipi Dari Mak, Simple Je Tapi Sangat Sedap
Daun Kesum 2 Minggu Masih Segar. Begini Cara Simpan Supaya Tahan Lama
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Resipi Step By Step Buat Sardin Roll Yang Sedap & Gerenti Menjadi
Sedapnya Sardin Roll ni. Makan panas-panas uih…sebiji memang tak cukup. Ramai yang ‘takut’ nak cuba kerana anggap Sardin Roll ni susah nak buat. Salah tu. Kalau kena gaya dan resipinya, mudah je. Resipi perkongsian saudari Norzaiha Razali ni antara yang mudah. Siap resipi dan gambar step by step tau. Senang nak ikut. Cubalah.
CARA BUAT SARDIN ROLL YANG SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN DOH KULIT:
1 1/2 sudu makan + lebihan sedikit planta
3 sudu makan minyak masak
3 cawan (rata) tepung gandum – beli online disini
Garam halus secukupnya
Air sejuk secukupnya
CARA MEMBUAT:
1.Mula-mula ambil 1 1/2 sudu makan planta.
2. Kemudian untuk sudu kedua, ambil sebanyak ini.
3. Cairkan planta bersama minyak masak. Bila cair, tutup api. Tujuan utk merangupkan kulit Sardin Roll.
4. Ambil tepung gandum 3 cawan rata. Letak dalam bekas besar supaya mudah untuk menguli nanti.
5. Letak planta yang cair tadi di tengah-tengah tepung. Buat lubang kecil di tengahnya supaya minyak bertakung.
6. Gaul tepung dengan sudu sebab planta masih panas.
7. Letak garam sebanyak ini 3 kali. Sukatan hujung sudu begini untuk 1 cawan tepung.
8. Bila telah sejuk, gaul tepung menggunakan tangan. Gaul rata sampai tepung jadi relai.
9. Masukkan air sejuk sedikit demi sedikit semasa menguli. Guna tak sampai secawan air pun. Letak sikit air, kemudian uli, letak sikit uli. Ulang sampai jadi doh. Jangan terlebih air, nanti doh lembik.
10. Uli sampai doh jadi macam ni dan tidak melekat di tangan.
11. Bahagikan doh kepada bebrapa bahagian dan bulatkan. Tujuannya untuk mudah menggelek nanti.
12. Akan dapat dalam 22 biji doh kecil.
13. Tutup doh dan biarkan seketika.
INFO: Lepas uli doh tidak boleh terus digelek. Sebab nanti doh akan mengecut. Biarkan seketika. Sementara tunggu doh rehat, boleh buat sambal sardin.
BAHAN SAMBAL SARDIN
1 tin sardin saiz sederhana – beli online disini
3 sudu makan kisaran bawang putih & bawang merah kisar
1 1/2 sudu makan cili boh – beli online disini
6 sudu maka minyak masak
1/3 sudu makan pes asam jawa – beli online disini
Sedikit air
Gula melaka secukupnya
Garam dan perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak dan tumis kisaran bawang dan cili boh hingga garing dan pecah minyak.
2. Ambil asam jawa sebanyak ini.
3. Bancuh asam jawa dengan sedikit air. Kemudian tuang ke dalam periuk menumis tadi.
4. Gaul lagi bahan tumisan. Jika kering, tambah sedikit sahaja air supaya tumisan tidak terlalu kering.
5. Masukan manisan @ gula melaka sebanyak ini. Gula melaka boleh dilenyek atau disagat terlebih dahulu supaya cepat larut.
6. Ambil sardin saiz sederhana seperti ini. Saiz ni memang cukup inti untuk doh 3 cawan tepung.
7. Masukkan sardin bersama kuahnya sekali. Kemudian letak garam secukupnya.
8. Kacau sambal sambal meleyek ikan sardin. Ia bertujuan untuk mencepatkan kuah kering.
9. Bila sambal telah kering. Padamkan api. (empunya resipi suka sambal sedikit basah jadi sambalnya tidak kelihatan terlalu kering. Jika suka pedas, boleh tambah cili mengikut cita rasa)
CARA MEMASAK SARDIN ROLL:
1.Taburkan tepung dalam bekas supaya Sardin Roll tidak melekat.
2. Ambil satu doh yang dibulatkan tadi.
3. Gelek macam ni terlebih dahulu.
4. Kemudian pusing melintang.
5. Gelek ke atas bagi membentuk muncung macam ni.
6. Seterusnya gelek ke bawah pula.
7. Gelek rata dan nipis sampai bentuk jadi macam ni. Pastikan gelek sehabis nipis ya. Sebab nanti doh akan digulung. Jika tidak nipis, nanti bila gulung, kulit Sardin Roll jadi tebal dan tak sedap.
8. Hiris doh macam ni. Tujuannya untuk corak sahaja. Kalau tak mahu hiris pun tidak mengapa.
9. Letak inti di bawah.
10. Boleh mula menggulung.
11. Pegang hujung kiri dan kanan semasa menggulung. Tempat ank panah tu. Jangan pegang di tengah semasa gulung.
12. Gulung sampai jadi macam ni. Ulang langkah sama hingga habis doh dan inti.
13. Susun sardin roll dalam bekas. Tabur sedikit tepung gandum.
14. Jika buat inti sardin sedikit basah, hujung sardin roll perlu lipat dan picit sedikit supaya cecair inti tidak keluar.
15. Panaskan minyak dan goreng sampai kekuningan dengan api perlahan.
16. Sardin gulung yang sudah siap untuk dimakan.
INFO: Tak boleh goreng Sardin Roll guna api besar nanti kulit jadi gelembung. Tak cantik. Tip nak bagi rangup lama, jangan letak dalam bekas tertutup ketika Sardin Roll tengah panas. Tutup bila sudah sejuk.
Kredit resipi & foto: Norzaiha Razali
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tambah 1 Bahan Ni, Barulah Kuah Tomyam Jadi Lebih Sedap & Kaw
Cucur Roti Sandwic Viral Buat Anak Berebut Makan. Garing Di Luar Lembut Di Dalam
Resepi Sambal Ikan Bilis Nasi Lemak Paling Simple Tapi Sedap
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Resipi Mango Cheese Cake Super Sedap Versi Mini
Sedapnya dapat sejuk-sejuk Mango Cheese Cake ni. Memang patutlah jadi favourite ramai orang, sebab gabungan rasa masam, manis dan lemak mangga dengan cheese memang mengancam.
Nak buat pun senang je, tak perlu bakar. Hanya simpan di dalam peti sejuk semalaman atau 3-4 jam, dah boleh makan. Jom kita buat dengan resipi yang dikongsi saudari Nor Al Fatihah.
MINI MANGO CHEESE CAKE
CRUST BISKUT:
1 paket biskut Marie | dikisar halus – beli online di sini
1 cawan bijirin Nestum (optional, boleh abaikan jika tak suka) – beli online di sini
150gm mentega | dicairkan – beli online di sini
TONTON Muffin Coklat Biscoff Lotus Bersama Siti Norliza Mohd Misni
TONTON Roti Wholemeal Walnut Bersama Chef Ritzuwan Syde Rosmada
CREAM CHEESE:
500gm cream cheese | biarkan pada suhu bilik 1 jam @ hingga lembut
200ml dairy whipping cream
1 cawan gula kastor – beli online di sini
1 ½ biji mangga susu | kisar dengan ½ cawan air masak
½ biji mangga susu | dipotong kiub
3 sudu besar gelatin halal
½ cawan air panas
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
PURI MANGGA:
1 biji mangga susu | dipotong dadu (untuk hiasan)
1 ½ biji mangga susu | dipotong kecil
½ cawan gula pasir – beli online di sini
½ cawan air masak
3 sudu besar gelatin halal
½ cawan air panas
Pewarna kuning (optional)
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
CARA-CARA:
1. Crust biskut: kisar halus biskut marie dan campur bersama bijirin nestum.
2. Cairkan mentega. Campur ke dalam biskut dan bijirin Nestum tadi. Kacau rata.
3. Masukkan crust biskut ke dalam bekas mini dan tekan bagi padat sikit. Simpan di dalam peti ais selama 1-2 jam.
4. Cream cheese: Potong 1 biji mangga, kisar dengan air dan gula hingga halus. ½ biji lagi dipotong kiub. Saya guna mangga susu yang bersaiz sederhana besar ye.
5. Pukul cream cheese dan gula hingga kembang.
6. Di dalam bekas lain, pukul whipping cream hingga kental. Kemudian, campur ke dalam cream cheese tadi. Pukul lagi hingga kembang.
7. Sementara itu, larutkan gelatin dengan air panas. Biarkan seketika.
8. Masukkan mangga yang telah dikisar tadi dan gelatin. Pukul rata.
9. Campur mangga yang dipotong kiub. Kacau dengan senduk hingga sebati. Tuang adunan ke atas crust biskut. Sejukkan di dalam peti ais selama 3-4 jam hingga keras.
10. Puri mangga: Kisar 1 ½ biji mangga dengan gula dan air masak hingga halus. 1 biji lagi dipotong dadu untuk hiasan/topping.
11. Larutkan gelatin dengan air panas. Biarkan seketika. Kemudian, campur ke dalam puri mangga berserta pewarna kuning. Kacau sebati.
12. Tuang ke atas cream cheese dan tabur dengan mangga. Simpan di dalam peti ais selama 2 jam hingga set. Sedia dinikmati sejuk-sejuk dari peti ais.
Kredit resipi: Nor Al Fatihah
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Rupanya Guna Bahan Ini, Barulah Air Cocktail Sedap Ada ‘Kick’
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official: