Tiada ketuhar bukan alasan tidak boleh buat kuih raya ye. Sebenarnya boleh sahaja anda gunakan kuali atau periuk yang berpenutup dan bakar guna dapur gas sahaja. Bagaimana caranya, anda hanya perlu ikut cara berikut:-
- Boleh gunakan pan/kuali atau periuk bertutup. Alas pelapik besi untuk sokong alas dulang serta dapur gas. Pastikan penutup kuali atau periuk pastikan ada aliran udara supaya biskut naik cantik dan sekata masaknya.
- Tak perlu letak air atau pasir dalam pan, sebab anda telah letak alas pelapik besi sebagai sokongan untuk dulang biskut.
- Sebelum mulakan kerja membakar, panaskan sekejap kuali dan alas pelapik besi dalam 10 minit, kemudian baru letakkan dulang untuk bakar biskut.
- Gunakan api paling kecil sepanjang proses membakar.
- Tempoh masa membakar ikut jenis biskut, Contohnya biskut bunga cina atau semprit. Ia ambil masa 15 minit atau sehingga ia kekuningan.
- Tak perlu sapu minyak pad dulang biskut.
Selamat mencuba!
Kredit : Resepi Masakan