Sesuai untuk kudapan berbuka puasa, gabungan tauhu dicampur dengan  bihun campur cukup mengenyangkan. Makan dua ketul pun dah puas hati.Tauhu berinti bihun menggunakan tauhu putih yang biasa digunakan untuk membuat tauhu sumbat. Ia dibelah dan diisi dengan bihun. Bagi peminat tauhu dan juga bihun goreng, jom kita buat menu simple ini.

TAUHU SUMBAT ISI BIHUN

Bahan-bahan:

8 keping tauhu-potong dua

3 bungkus Nuuna Bihun Goreng Segera Pedas – celur seketika

1 batang daun bawang -cincang halus

Ads

2 sudu makan udang kering -rendam dan tumbuk halus

3 ulas bawang merah kecil- hiris halus

3 ulas bawang putih – cincang halus

½ sudu teh serbuk lada hitam

Serbuk perasa secukupnya – dalam paket bihun

Bahan salut:

100gm tepung beras

50gm tepung gandum

3 ulas bawang putih -tumbuk halus

1 sudu teh ketumbar-tumbuk halus

3 biji buah keras-tumbuk halus

Ads

½ sudu teh garam

½ sudu teh serbuk kunyit

Air secukupnya

Cara memasak:

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau.
  2. Kemudian masukkan udang kering,lada hitam dan serbuk perasa. Gaul sebati.
  3. Masukkan bihun, perencah Nuuna, daun bawang dan bawang goreng. Goreng hingga sebati. Ketepikan.
  4. Satukan bahan-bahan salut dan tambahkan air dengan secukupnya. Pastikan adunan tidak terlalu cair atau pekat.
  5. Belah tauhu dan isikan dengan bihun tadi.
  6. Celup kepingan tauhu ke dalam bancuhan tepung salut tadi dan goreng dalam minyak hingga keperangan.
  7. Angkat dan sedia untuk dinikmati.

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Ads

Selain Ayam, Boleh Juga Buat Sambal Bilis Geprek. Pedas Dah Tentu, Ini Cara Membuatnya

Sambal Bilis Garing Krup Krap Buat Stok Untuk Bulan Puasa. Buka Selera Makan Waktu Sahur

Resipi Sambal Tempoyak Daun Kayu Cara Paling Ringkas, Guna Daun Apa Yang Ada

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

https://www.youtube.com/watch?v=-8aU7mcTs2M

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI