Telur Bungkus ala Kedai Tomyam, menu simple yang menjadi kegemaran ramai. Kalau buat sendiri kat rumah lagi puas hati, boleh letak isi ayam dan sayur banyak-banyak.
Kadang ada ketika buntu nak masak apa, menu telur bungkus ni antara masakan ringkas dan senang untuk dibuat.
Kalau tak cerewet cukup satu lauk ni sahaja, tak perlu masak banyak lauk. Makan dengan nasi panas-panas ada sambal belacan, memang tak pandang kiri kanan dah. Berbaloi untuk dicuba.
Telur Bungkus Ala Kedai Tomyam
BAHAN-BAHAN:
1 biji bawang holand – potong dadu
1 biji tomato – potong dadu
Sedikit lobak merah – potong dadu
3 ulas bawang putih – cincang
Ayam cincang
Ads
Daun bawang – hiris
Gula
Garam
Serbuk perasa
Sos ikan
Ads
Sos cili
Sos tiram
Cili kisar
3 biji telur
Ads
CARA MEMASAK:
Panaskn minyak dan tumiskan bawang putih. Masukkan isi ayam, masak seketika.
Masukkan cili kisar, cili sos, sos ikan dan sos tiram. Masak sehingga agak kering.
Kemudian masukkan lobak merah dan masak hingga agak lembut. Masukkan bawang holand dan tomato.
Masukkan gula, garam dan serbuk perasa. Kacau rata sebelum masukkan daun bawang. Kacau rata dan ketepikan.
Untuk telur, panaskan minyak dan masak telur dadar. Pastikan telur dadar agak nipis.
Sebagai peminat sambal, rasanya tak perlu ada lauk banyak-banyak pun dah boleh makan dengan berselera. Lagipun, kadang kita tak cukup masa nak masak banyak lauk. Mungkin nak cepat atau hari tu malas nak memasak. Jadi cukuplah satu lauk sahaja. Kalau macam tu situasi anda, apa kata masak sambal tumis petai dan dicampur dengan telur puyuh. RASA nak kongsikan resipi berasaskan telur puyuh. Kalau dimasak sambal, memang sedap. Tambah kalau ada petai. Perghhh. Tak terkata sedapnya. Peminat petai mesti suka lauk macam ni.
TELUR PUYUH SAMBAL PETAI BERSANTAN
BAHAN-BAHAN
10 biji telur puyuh (rebus, kupas dan goreng)
Minyak masak secukupnya
5 biji bawang merah (kisar)
2 ulas bawang putih (kisar)
2 sudu makan cili (kisar)
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air
Sedikit asam jawa
4 sudu makan santan pekat
10 ulas petai (buang kulit)
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili kisar. Tumis hingga terbit bau wangi.
2. Setelah naik bau, masukkan gula dan garam secukup rasa.
3. Masukkan sedikit air bersama perahan asam jawa diikuti dengan santan. Kacau perlahan hingga sebati.
4. Setelah mendidih, masukkan telur puyuh yang sudah siap direbus, dikupas dan digoreng tadi.
5. Akhir sekali, masukkan petai. Kacau sekejap dan angkat.
Pernah tak buntu tak tau nak masak lauk apa, apa lagi di hujung bulan di mana bajet pun ciput nak beli lauk pauk yang mahal-mahal. Apa kata korang cuba pelbagaikan menu telur, selain murah, telur juga sedap, mudah dimasak dan ramai yang menyukainya. Untuk lebih senang lagi, ini RASA kongsikan tujuh resipi telur yang mudah dan ringkas, bukan sekadar telur goreng mata atau telur dadar je tau…
RENDANG TELUR CILI KERING
BAHAN-BAHAN:
4 biji telur |rebus
6 biji bawang merah | kisar
3 ulas bawang putih| kisar
1 inci halia |kisar
1 inci kunyit hidup |kisar
2 batang serai| hiris
1 helai daun kunyit | hiris
3 sudu makan cili kering kisar
1 sudu makan kerisik
1 mangkuk santan
Sedikit minyak
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan kisar serta cili kisar hingga terbit wangi.
Setelah bahan tumisan garing dan pecah minyak.
Masukkan santan dan hirisan serai. Kacau sekata.
Masukkan telur dan biarkan mendidih hingga kuah pekat.
Akhir sekali masukkan hirisan daun kunyit dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Kacau sebati.
Angkat dan sedia dinikmati.
ASAM PEDAS TELUR MASIN
BAHAN-BAHAN:
2 biji telur masin
1 sudu teh halba
4 sudu makan cili kering kisar
5 biji bawang merah | kisar
2 ulas bawang putih|kisar
½ inci halia|kisar
½ inci kunyit hidup|kisar
Sedikit air asam jawa
2 tangkai daun kesum
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa
1 mangkuk air
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak di dalam kuali.
Tumiskan halba dan terus masukkan bahan kisar serta cili kering kisar.
Bila cili sudah garing dan pecah minyak, masukkan air dan perahan air asam jawa. Kacau sebati.
Bila kuah mendidih, pecahkan telur masin satu persatu.
Apabila telur sudah keras, masukkan daun kesum.
Kacau perlahan untuk menggelakkan telur hancur.
Biar ia mereneh dan perasakan dengan garam secukup rasa.
Angkat dan sedia dihidangkan.
KURMA TELUR
BAHAN-BAHAN:
4 biji telur | direbus
5 biji bawang merah | kisar
2 ulas bawang putih | kisar
1 inci kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
2 biji bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
1 mangkuk santan
3 sudu teh rempah kurma
1/2 inci halia
1 helai daun pandan
1 batang cili hijau
1 batang cili merah
Minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak di dalam kuali.
Tumiskan kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga seketika.
Masukkan bahan kisar, dan serbuk rempah kurma. Kacau sekata.
Bila bahan tumisan garing dan pecah minyak, masukkan santan.
Masukkan juga daun pandan. Kacau perlahan-lahan.
Apabila mendidih, masukkan telur. Masukkan cili merah dan cili cili hijau.
Biarkan selama kira-kira tiga minit, bolehlah diangkat.
TELUR PUYUH KRIM MENTEGA
BAHAN-BAHAN:
20 biji telur puyuh| rebus dan goreng
5 biji cili padi| dihiris
5 biji bawang merah| dihiris
2 ulas bawang putih | dihiris
1 tin susu cair
3 tangkai daun kari
2 sudu makan mentega
1 sudu minyak masak
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak bersama mentega di dalam kuali.
Masukkan pula bahan hiris dan daun kari. Kacau sebentar.
Apabila sudah naik baru, masukkan susu cair dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Akhir sekali masukkan telur puyuh. Gaul seketika.
Angkat dan sedia dinikmati.
SAMBAL TELUR BERSERAI
BAHAN-BAHAN:
4 biji telur | rebus dan goreng
8 biji cili merah | dikisar
5 biji bawang merah | dikisar
2 ulas bawang putih |dikisar
1 batang serai | titik
Sedikit air asam jawa
Sedikit air
Minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak di dalam kuali.
Masukkan bahan kisar.
Apabila sudah naik baru, masukkan serai, air asam jawa dan sedikit air. Kacau perlahan.
Akhir sekali masukkan telur.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Kacau seketika, angkat dan sedia dihidangkan.
PAIS TELUR MASIN
BAHAN-BAHAN:
2 biji telur masin
1 biji telur biasa
Sedikit hirisan daun kunyit
Sedikit hirisan daun limau purut
Sedikit hirisan serai
2 sudu makan santan pekat
Daun pisang untuk membungkus secukupnya
CARA MEMASAK:
Sediakan daun pisang.
Pecahkan telur masin satu persatu ke dalam daun pisang.
Kemudian pecahkan dan hancurkan telur ayam biasa dan tuang ke atas telur masin tadi.
Taburkan daun kunyit, daun limau purut dan serai yang telah dihiris.
Akhir sekali, tuangkan santan pekat. Kesemua bahan jangan dikacau. Bungkus telur tersebut.
Kukus kira-kira 5 minit dan selepas itu dibakar sekitar 5 minit lagi.
Keluarkan dan sedia dihidangkan.
SUP TELUR CENDAWAN TIRAM
BAHAN-BAHAN:
2 biji telur
5 biji bawang merah| dikisar
2 ulas bawang putih | dikisar
10 tangkai cendawan tiram |potong
Sedikit bunga kubis|potong
Sedikit daun sup|racik kasar
Sedikit suhun
1 mangkuk air
Garam secukup rasa
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan bahan kisar. Tumis hingga wangi.
Apabila sudah naik bau, masukkan air. Kacau perlahan.
Setelah kuah mendidih, masukkan cendawan tiram, bunga kubis dan suhun.
Kecilkan api untuk masukkan telur satu persatu. Biarkan kira-kira tiga minit.
Telur rebus yang dibalut dengan daging kisar dan digoreng hingga masak. Memang layan! Jika ingin cuba, selain dari menggunakan telur ayam, anda juga boleh menggunakan telur puyuh.
BAHAN-BAHAN:
400gm daging cincang
1 biji telur ayam
1 sudu teh serbuk lada hitam
50gm daun sup | dihiris halus
100gm serbuk roti
Garam dan serbuk perasa
2 biji telur ayam | direbus dan buang kulit
CARA MEMASAK:
Campurkan semua bahan di atas kecuali telur rebus. Gaul sebati.
Balut telur rebus dengan campuran daging kisar tadi dengan kemas.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.