Kehidupan sebagai orang bujang selalunya simple. Ketika lapar, boleh saja order melalui aplikasi penghantaran makanan. Ada Food Panda, ada Grab Food. Kalau jemu nak membeli, masak sajalah apa yang ada di dapur.

Salah satu resipi yang sedap adalah telur. Boleh cuba resipi telur sambal kari ini. Simple, tapi sedap.

TELUR MASAK SAMBAL KARI

Telur Masak Sambal Kari, Resipi Simple Untuk Orang Bujang

Ads

BAHAN-BAHAN
4 biji telur ayam
Minyak masak
Daun kari
2 biji bawang merah (dikisar)
2 sudu besar cili kering yang telah direbus (dikisar)
6 tangkai cili padi (dikisar)
Sedikit belacan (dikisar)
1 sudu besar serbuk kari dibancuh dengan sedikir air
Garam gula secukup rasa
1 labu bawang besar (dihiris bulat)
2 sudu kecil sos tomato

CARA MEMBUAT
1. Rebus telur ayam. Buang kulitnya dan goreng seketika.
2. Kurangkan minyak goreng telur tadi sehingga cukup-cukup untuk menumis.
3. Tumis daun kari. Kemudian masukkan bawang merah, cili kering, cili padi dan belacan yang sudah dikisar.
4. Masukkan serbuk kari yang telah dibancuh dengan sedikit air.
5. Tumis dengan api sederhana sehingga pecah minyak.
6. Kemudian, masukkan garam, gula, bawang besar dan sos tomato. Gaul rata.

Telur Masak Sambal Kari, Resipi Simple Untuk Orang Bujang
Keadaan sambal yang ditumis sebelum dimasukkan telur rebus yang telah digoreng.

7. Apabila bahan tumisan mula kering, masukkan telur rebus yang digoreng tadi dan gaul rata.
8. Siap untuk dihidangkan.

Ads

Selamat mencuba!

Ads

Sumber: Dapur Syira Lokman

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI