Kalau dulu telur pindang adalah satu jenis hidangan yang perlu ada dalam majlis perkahwinan. Telur pindang dimasak, dibungkus cantik-cantik dan dijadikan sebagai buah tangan kepada tetamu yang hadir. Dikatakan sebagai simbolik kepada kesuburan pasangan pengantin baharu supaya cepat memperolehi anak.
Telur pindang bukan saja unik kerana warnanya yang gelap namun turut lebih sedap berbanding telur rebus biasa. Senang kata, telur pindang sudah semakin dilupakan kerana hendak membuatnya susah dan memerlukan kesabaran. Bahan-bahan untuk dijadikan ramuan juga sudah semakin susah untuk ditemui misalnya daun senduduk.
Melalui facebook Rasa Share Resepi, Anie Hamid berkongsi cara membuat telur pindang yang menjadi kebanggaan masyarakat Melayu pada suatu ketika dahulu. Masih ada telur pindang dibuat untuk meraikan pengantin, namun sudah semakin jarang ditemui.
"Nak buat telur pindang kena ada kesabaran yang tinggi. Kena ada langkah demi langkah diikut. Pelbagai jenis daun misalnya daun senduduk, daun jambu, daun serai dan daun lengkuas. Semua daun ini saya dapatkan dari kampung."
TELUR PINDANG
BAHAN-BAHAN
Daun senduduk
Daun jambu
Daun serai
Daun lengkuas
Serai
Lengkuas
Bawang merah kecil
Rempah-ratus
Telur ayam
Air secukupnya
Ads
CARA MEMBUAT
1. Lurutkan daun senduduk, daun jambu, daun serai dan daun lengkus sehelai demi sehelai. Cuci bersih dan toskan.
2. Telur ayam dicuci bersih dan ditoskan.
3. Dalam periuk, susun daun berselang seli selapis demi selapis dengan telur ayam berserta rempah ratus.
4. Isikan air secukupnya. Hidupkan api dan rebus. Tempoh merebus ambil masa sehingga 3 hari bergantung pada kuantiti telur.
Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Semuanya menarik, jom klik link ni untuk cuci mata. Mana tahu ada yang berkenan kan? Klik sini (saya nak beli periuk baru la)
Buat Datin Umi Kalsom Abd Latib makan bersama keluarga adalah saat yang dinantikan dan tidak mahu dilepaskan. Di ketika inilah pelbagai cerita dikongsi bersama dan secara tidak langsung merapatkan hubungan sekeluarga.
Empat resipi dikongsi beliau ini sering menjadi hidangan sekeluarga. Cerita beliau Daging Goreng Masak Hitam antara menu yang digemarinya kerana resipi itu yang keluarga gemari. Istimewanya lagi resipi ini diperoleh dari ibu mertua yang mengajar beliau cara memasaknya. “ Walaupun cara memasaknya agak rumit tapi bila makan sangat sedap rasa. Daging tersebut perlu dipotong nipis dan ditumbuk halia dan kemudian diperap seketika. Goreng pula tidak boleh terlalu lembut dan terlalu garing. Masa menggorengnya juga agak lama,” akuinya.
Sementara resipi gulai udang ini adalah resipi orang Nogori dan memang resipi tradisi ibunda beliau sendiri. Tambah menyelerakan bila dipadu dengan kerabu pucuk pegaga. Menurut beliau ,membuat kerabu lain orang lain caranya. Cara beliau, kelapa digoreng terlebih dahulu tanpa minyak dan ia tidak terlalu halus. Itulah kelainan kerabu air tangan beliau.
DAGING GORENG MASAK HITAM Bahan-bahan
1 kilo daging
7cm halia
7 biji bawang putih
2 sudu kecil serbuk cili
4 sudu besar kicap pekat
2 tangkai daun kari
Cara memasak:
Daging dihiris nipis dan kecil.
Perap daging bersama halia dan bawang putih yang telah ditumbuk halus sebentar selama 10 minit.
Panaskan sedikit minyak ke dalam kuali dan goreng daging sedikit- sedikit hingga garing dan toskan. Ulang sehingga daging habis digoreng.
Tambah minyak bila perlu sedikit demi sedikit hanya untunk mencukupi gorengan daging tadi sehingga habis.
Tumis daun kari menggunakan sedikit minyak daging yang sedikit tadi , masukkan daging , serbuk cili dan kicap , gaul rata hingga secukup rasa angkat dan hidangkan.
GULAI UDANG BERSAMA CENDAWAN BUTANG
Bahan-bahan
10 ekor udang kertas.
10 ulas bawang merah. }
3 ulas bawang putih. } ditumbuk halus
10 biji cili padi. }
5cm kunyit hidup. }
3 kotak santan.
1½ cawan air.
2 paket cendawan butang (belah dua).
1 batang serai (diketuk).
1 keping asam gelugur.
Cara memasak:
Dalam periuk (lebih enak jika menggunakan periuk tradisional yang perbuat dari tanah liat) masukkan bahan yang ditumbuk tadi bersama 1½ cawan air.
Masukkan santan , garam , bila gulai sudah mendidih baru masukkan udang yang sudah dibersihkan tadi dan cendawan yang dibelah dua.
Juga masukkan keping asam gelugur dan serai yang sudah diketuk ke dalam periuk gulai.
Masukkan garam,gula secukup rasa jangan biarkan gulai mendidih terlalu lama sebab udang akan mengecil dan keras.
Sedia dihidangkan.
PUDING ICE-CREAM
Bahan-bahan
1 packet agar-agar
5 tin air sejuk
1 tin susu cair
¼ tin santan
1 tin gula (kurangkan jika tidak suka manis)
4 biji telur ayam (asingkan putih telur dan kuning telur)
1 sudu kecil asen vanilla
Pewarna merah (sedikit sahaja)
Cara memasak:
Masakkan agar-agar bersama gula sampai mendidih.
Asingkan putih telur dengan kuning telur.
Pukul putih telur sehingga kembang.
Masukkan putih telur tersebut ke dalam agar-agar dan bahagikan dua bekas.
Campurkan asen vanila serta perwarna merah kepada satu bahagian.
Satukan bahagian lagi dicampurkan dengan kuning telur , susu cair dan santan.
Masakkan bahagian kuning telur tersebut didapur (api perlahan) sebentar.
Tuangkan ke dalam adunan merah tadi.
Akhir sekali masukkan ke dalam acuan sejukkan dalam peti sejuk.
KERABU PUCUK PEGAGA
Bahan-bahan
2 ikat pegaga
¼ kelapa parut (digoreng hingga kuning tanpa minyak) dan (ditumbuk kasar).
1 biji bawang merah besar (dipotong halus).
3 biji cili merah (dihiris halus)
3 sudu kecil udang kering (ditumbuk halus)
½ limau nipis (ambil airnya)
Garam,gula secukup rasa.
Cara memasak:
Rendam dalam air sebentar pucuk pegaga, bersihkan dan tos. Potong kecil-kecil.
Masukkan dalam bekas pucuk pegaga,kelapa goreng yang sudah ditumbuk tadi , udang kering, bawang merah , cili merah, garam, sedikit gula dan air limau nipis. Gaul rata.
Sedia untuk dihidangkan.
Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Klik sini
Cili boh atau cili kisarhomemade adalah bahan masak yang boleh menyedapkan masakan. Walaupun terdapat pelbagai jenama cili kisaryang ada di pasaran namun cili kisar yang dibuat sendiri ni antara yang terbaik. Memang tak dinafikan, cili kisar yang diadun sendiri ni memang punya rasa yang lebih power. Namun, salah satu masalah yang dihadapi ialah ia cepat berkulat walaupun disimpan dalam peti sejuk. Kadang-kadang ada yang tak sampai seminggu dan naik kulat putih dan berbau masam. Menerusi perkongsian PuanMim Nazihah, beliau kongsikan cara hasilkan cilikisar homemade yang tahan lebih lama. Sangat berbaloi untuk dicuba.
PETUA CILI KISAR TAHAN LAMA
Kak mim nak share cara buat cili kisar yang tahan berbulan tak berkulat. Mesti ramai yang dah tau kan tapi tak apa. Nak share jugaklah. Mungkin ada sorang dua yang masih tak tau.
Selalukan kalau kita kisar cili kering, simpan dalam peti ais, tak sampai seminggu ia dah masam dan naik kulat putih. Guna cara ni InsyaAllah tahan lama. Sebulan dua tak berkulat.
BAHAN-BAHAN:
Cili kering
Bawang putih
Air tapis
CARA-CARA:
1. Potong cili kering dan kupas bawang putih. Cuci bersih.
2. Rebus cili kering bersama bawang putih sampai lembut cili tu.Kemudian toskan.(tak perlu basuh lagi ye, cuma tos saja, sebab tadi kita dah cuci bersih, kalau basuh balik guna air paip nanti cili kisar tak tahan lama).
3. Biarkan sekejap agak cili dah sejuk sikit, kemudian kisar dengan menggunakan air tapis. Jangan guna air paip. Malah bawang putih pun bertindak sebagai anti kulat.
4. Letak cili kisar dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk. Hasilnya cili akan tahan lama dan tak berkulat. Selamat mencuba…
Adakala selera kita dah tak mampu nak menghadap makanan berlemak santan, berminyak, dan berkuah. Mulalah rasa macam nak cari sambal. Nak makan lauk yang kering-kering kan. Jangan bimbang, sambal getuk berapi pasti membuka selera.
Resipi ini memang paling mudah. Guna empat bahan asas yang memang ada di dapur sahaja. Tapi, tak sedar nasi dah habis sepinggan.
Sedap tak terkata. Makan dengan nasi panas, telur mata, dan kicap, memang syahdu. Jom cuba perkongsian resipi daripada Nuraini Hazirah Zulkefli Parenzas ini. Mudah sahaja cara membuatnya.