
Kalau kita ni baru nak belajar buat kek, kita mesti selalu panik kalau satu bahan tak ada terus batalkan niat. Apa lagi kalau bahan utama seperti tepung kek atau tepung naik sendiri tak ada. Semua ini memang selalu membuatkan semangat terus hilang. Tapi sebenarnya ada resipi yang boleh buat semangat anda tu kembali malah boleh berjimat lagi. Dan paling best, kek yang dibuat pun menjadi dan sedap pula rasanya. Jom kita buat sendiri!
CARA BUAT TEPUNG NAIK SENDIRI & TEPUNG KEK SECARA HOMEMADE
1. RESIPI TEPUNG NAIK SENDIRI
BAHAN-BAHAN:
- 500gm tepung gandum
- 7 sudu teh baking powder
- 1 sudu teh garam
CARA MEMBUAT:
- Campurkan semua bahan dan ayak sebanyak 3 kali.
- Simpan dalam bekas bertutup dan bila nak nak guna bolehlah guna tanpa was-was.
2. RESIPI TEPUNG KEK (untuk 1 cawan tepung kek)
BAHAN-BAHAN:
- 3/4 cawan tepung gandum
- 1/4 cawan tepung jagung
CARA MEMBUAT:
- Campur dan ayak kedua-dua bahan.
- Jika perlukan 2-3 cawan tepung kek, boleh gandakan jumlah bahan diatas.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Aneka Kek Pound Untuk Santapan Minum Petang

Tak ada idea nak sediakan hidangan apa untuk minum petang bersama keluarga? Boleh cuba 2 jenis kek pound ini..anak-anak pun mesti suka! Boleh juga hidangkan untuk tetamu yang hadir.
KEK POUND COKLAT
BAHAN-BAHAN:
- *1 1/3 cawan tepung kek/ tepung gandum pun boleh
- *1/3 cawan serbuk koko
- *1 2 sudu kecil serbuk penaik
- * 1/4 sudu kecil garam
- 2/3 cawan butter
- 1 1 /2 cawan gula kastor
- 2 biji telor A
- 1 sudu kecil essen vanilla
- 1 2 cawan susu segar ( mama guna fresh milk /nak guna susu cair pun okay )
CARA MEMASAK:
- Resipi ini menggunakan loyang 9×5 inci.
- Panaskan oven terlebih dahulu 170’c selama 10 minit.
- Ayak bahan yang bertanda * | ayak 2 kali.
- Pukul butter dan gula kastor hingga gebu.
- Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji..Pukul hingga sebati dan ringan.
- Seterusnya masukkkan tepung secara berselang seli dengan susu pukul adunan dengan kelajuan sederhana hingga habis.
- Bakar kek pound selama 35-45 minit dengan suhu 160’c (guna api bawah sahaja, atau bergantung pada jenis oven masing masing ya)
- Cucuk lidi untuk pastikan sama ada kek pound dah masak atau belum. Jika lidi keluar licin, itu tandanya dah masak, tetapi jika lidi masih melekat cecair adunan, tambahkan lagi masa bakingnya ya.
KEK POUND MARBLE
BAHAN-BAHAN:
- 110 gram butter
- 90 gram gula kastor
- 2 biji telur A
- 2 sudu kecil golden syrup ( kalau tidak ada, boleh gantikan dengan madu atau yogurt atau boleh skip. Golden syrup bertujuan hanya untuk beri tambahan perasa pada kek pound)
- *1 4 sudu kecil garam halus
- *85 gram tepung kek (tepung gandum biasa pun boleh)
- *1 sudu besar serbuk penaik
- 10g serbuk koko | larutkan dengan 2 sudu besar air panas
CARA MEMASAK:
- Bahan bertanda * di ayak sekali ya.
- Pukul butter and gula kastor sehingga gebu.
- Kemudian tambahkan telur satu persatu, pukul hingga sebati dan tambah golden syrup. Pukul lagi dengan kelajuan medium hingga adunan sebati dan gebu.
- Tambahkan tepung dan pukul hingga sebati.
- Seterusnya bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
- Satu bahagian kekalkan warna adunan dan satu bahagian lagi di campur dengan bancuhan serbuk koko.
- Marble kan adunan dalam loyang. Bila dah tambahkan semua adunan dalam loyang, dengan mengunakan lidi atau pisau, buat lorekkan ular pada kek untuk mencorakkannya.
- Bakar pada 170*C untuk 40-45 min . bergantung pada jenis oven masing masing ya.
Kredit: adamsufi mazri
Kurma Banyak Lagi Di Rumah? Boleh Buat Kek Kurma, Barulah Tak Membazir

Wahai mak-mak sekalian, cuba periksa ada kurma ke tidak di dapur? Ataupun tersimpan elok di dalam peti sejuk sejak dari bulan puasa yang lalu.
Tapi apa nak buat ye dengan kurma lebihan ni? Haa, jangan buang ye. Selain boleh dibuat sebagai minuman sihat, kurma boleh juga dijadikan salah satu bahan untuk kek!
Resipi perkongsian saudari Asmidar Nor, boleh dijadikan sebagai juadah makan petang sempena projek PKP di rumah.
Jom la komee kita buat Kek Kurma Homemade sendiri saja.
BAHAN-BAHAN:
6 biji telur gred D (kalau gred A/B guna 5 biji)
250g marjerin atau mentega – beli online di sini
2 cawan tepung gandum (ayak bersama soda bikarbonat dan baking powder) – beli online di sini
¾ cawan gula kastor – beli online di sini
Esen vanilla – beli online di sini
10 biji kurma lembik
Kurma keras
CARA-CARA:
1.Lenyekkan kurma lembik tetapi jangan terlalu kasar atau terlalu halus. Ketepikan.
2.Satukan marjerin dan gula. Kacau guna senduk sahaja sampai sebati. Masukkan telur satu persatu, jangan semua sekali ye. Kemudian, masukkan sedikit esen vanilla.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
3. Masukkan kurma yang telah dilenyekkan tadi. Kacau sebati. Kemudian, masukkan tepung yang diayakkan tadi. Kacau sebati sekali lagi.
4. Sapu loyang dengan minyak atau alas dengan baking paper. Tuang adunan ke dalam loyang. Kemudian, tabur kurma keras tadi ikut kreativiti masing-masing.
5. Bakar di dalam ketuhar dengan suhu 160C selama 55 minit. (bergantung kepada ketuhar masing-masing).
Kredit resipi & foto: Asmida Nor
Dapatkan lebih banyak resipi yang sedap, mudah dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Resipi Kuih Limas. Kuih Tradisional Negeri Perak Yang Sangat Sedap
Nasi Goreng Cili Padi Resipi Dari Mak, Simple Je Tapi Sangat Sedap
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:
https://www.youtube.com/watch?v=Nvb5g62e1b0
Kek Oren Moist Boleh Masak Secara Kukus Atau Dibakar

Teringin nak baking kek? Paling mudah min kongsikan resipi kek oren oleh Kuqhen, ringkas penyediaannya hanya menggunakan periuk nasi. Resipi kek oren lembap ini boleh dimasak dengan dua cara sama ada kukus ataupun boleh juga dibakar. Enak dimakan panas-panas lagi, anak-anak pun makan bertambah sedap.
Kek oren ni berasaskan daripada pati minuman sunquick, parutan kulit oren dan buah oren yang ditabur dalam kek yang belum dibakar lagi supaya rasanya lebih umppph.
Sedikit tip ingin dikongsi ialah cara penyimpanan kek supaya tahun lebih lama disebabkan kek ni tiada bahan pengawet, jadi anda kena simpan dalam bekas tupperware yang kedap udara dan simpannya di dalam peti ais.
Oppss lupa plak.. untuk pastikan kek sudah masak atau tidak caranya cucuk lidi atau buluh dalam kek dan keluarkan jika ia tidak melekat tandanya kek anda sudah masak.
Kek Oren Moist
Bahan-bahan:
3 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
★ Satukan ketiga-tiga bahan di atas, gaul sekejap dan ayak 2-3 kali untuk mendapatkan tekstur kek oren yang halus.
4 biji telur gred A Atau 5 biji telur gred B
2 sudu makan lapisan luar parutan kulit buah sunkist ( jangan parut sampai ke kulit putih, pahit kek nanti)
1/2 cawan pati sunquick
2/3 cawan gula
2/3 cawan susu pekat manis
1 cawan minyak sayuran
1 cawan air panas
1 sudu teh vanilla
Sedikit pewarna kuning lemon, kuning telur @ kaler oren
Cara memasak:
1. Dalam bekas, pecahkan telur dan buangkan tali pusat telur untuk elakkkan bau hanyir. Masukkan gula dan telur dan pukul sebati, barulah dimasukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis berselang-seli dengan minyak sambil dipukul sebati. Bole guna mixer mesin atau tangan.
2. Tambahkan susu, pukul sekejap dan masukkan air panas, pukul lagi hingga adunan kelihatan licin tidak berketul. Terus campurkan sunquick, pukul lagi hingga sebati dan adunan kelihatan mula kembang pada proses ini.
3. Akhir sekali letakkan parutan kulit oren juga pewarna. Pukul sekejap hingga warna sekata dan adunan kek oren boleh dimasak dengan cara kukus atau bakar. Tabur buah oren sikit supaya lebih sedap.
*Bakar dalam periuk nasi.
Selamat mencuba bagi yang mengidam kek oren.
Kredit :Kuqhen
INGIN MEMBELI ACUAN KEK, BOLEH BELI DI SINI.
Resipi Mudah Buat Kek Hokkaido Creamy Custard Honey Yang Sedap
Kek Span Perisa Coffemix Gebu ,Ikut Langkah Tepat Gerenti Jadi