Kerepek pisang sira ini sering kita temui dijual di gerai atau kedai pembuatan kerepek. Rasanya manis dan sedap. Rasa gulanya yang mencair di atas pisang lalu digoreng, memang unik.
Sesetengah orang tidak tahu cara pembuatannya. Lazimnya sebelum ini, ramai yang menjual kerepek pisang dan berkongsi cara membuat kerepek pisang. Kali ini, kita berkongsi pula cara menghasilkan kerepek pisang sira yang masih ramai tidak tahu.
Ikuti perkongsian daripada Ismail Ismail untuk menghasilkan Kerepek Pisang Sira yang sedap ini.
KEREPEK PISANG SIRA
BAHAN-BAHAN:
Pisang nipah/ pisang nangka
Gula (secukupnya) – Boleh beli online di sini
Minyak (untuk menggoreng) – Boleh beli online di sini
CARA MEMASAK:
Sagat pisang nipah atau pisang nangka seperti hasilnya di dalam gambar.
Kemudian, taburkan gula di atas pisang yang disagat tersebut.
Tabur rata-rata di atas pisang. Kuantiti gula, agak-agak pisang tersebut manis.
Setelah itu, biarkan gula mencair di atas pisang.
Apabila gula dah cair, barulah digoreng dengan minyak yang banyak dan panas.
Kacau sampai pisang berubah warna keperangan, barulah angkat dan toskan.
Buat sendiri lagi menjimatkan kos dan dapat banyak kuantitinya. Bolehlah dimasukkan ke dalam balang atau bekas kedap udara.
Selamat mencuba.
Kredit: Ismail Ismail
[ Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Mudahnya Cara Buat Ikan Siakap Stim, Rasa Ala Makan Di Restoran
Segarkan Tekak Dengan Air Tembikai Lemon Laici, Tambah Ketulan Ais!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
https://www.dailymotion.com/video/x8k9q2v
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI