
Kuih Boko Ubi Kayu ini antara kuih yang mendapat perhatian ramai sejak kebelakangan ini. Jika di negeri Kelantan, ia lebih dikenali dengan nama Tepung Boko Ubi Kayu. Ia merupakan sajian tradisional yang dihasilkan menggunakan ubi kayu parut dan dinikmati bersama kuah santan yang dimasak likat ( kepala santan). Nak cuba? Jom lihat resipi perkongsian saudari Sue Abdullah ini.
RESIPI KUIH BOKO UBI KAYU VIRAL
BAHAN-BAHAN:
- 2 cawan ubi kayu yang sudah diparut
- 1 cawan gula merah (*)
- 1 cawan air (*)
- 3 helai daun pandan (*)
- 1/2 cawan gula (*)
BAHAN KEPALA SANTAN (SOS PUTIH):
- 1 cawan santan pekat (1 kotak)
- 1 cawan air
- 3 sudu makan tepung beras
- 1 sudu makan gula
- 1/2 sudu teh garam
CARA MEMASAK:
- Untuk menyediakan ubi kayu, masak bahan-bahan bertanda (*) hingga larut. Kemudian tapis dan sejukkan.
- Dalam loyang bersesuaian, campurkan parutan ubi kayu dengan bahan yang dimasak tadi. Kukus hingga masak.
- Bagi menyediakan kepala santan, satukan semua bahan ke dalam periuk dan kacau hingga larut.
- Seterusnya, buka api perlahan dan masak hingga pekat.
- Untuk menikmatinya, ambik sedikit ubi kayu kukus tadi dan tuang kepala santan secukupnya.
Kredit resipi & foto: Sue Abdullah
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kuih Bengkang Beras Gula Merah Resipi Orang Lama, Hanya Guna 5 Bahan

Isi Kandungan
ToggleBagi penggemar hidangan kuih muih tradisional, pastinya menyukai rasa Kuih Bengkang Beras Gula Merah. Sangat sedap! Rasanya yang lemak manis memang buat tak puas makan. Nak cuba buat sendiri? Saudari Rohani Ronnie ada kongsikan resipinya. Jom lihat cara-caranya.
RESIPI KUIH BENGKANG BERAS GULA MERAH YANG SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN:
2 cawan beras – direndam – beli online disini
1 cawan tepung beras – beli online disini
1 cawan air gula merah – beli online disini
Gula pasir ikut manis
5 cawan santan
Secubit garam untuk rasa sedikit lemak
CARA MEMASAK:
1.Rendam beras selama 3 jam dan kisar dengan 1 cawan air hingga halus.
2. Masukkan air gula merah, santan, tepung beras dan secubit garam. Kacau hingga sebati dan tak berketul.
3. Masukkan adunan dalam periuk, kacau di atas api sederhana panas hingga kental.
4. Ambil loyang atau dulang pembakar. Sapu sedikit minyak dan panaskan seketika loyang tersebut di dalam ketuhar.
5. Bila adunan sudah kental, tuang ke dalam dulang atau loyang pembakar yang telah dipanaskan sekejap tadi.
6. Ratakan adunan dan letak sedikit minyak di permukaan adunan supaya bila dibakar, bahagian atas kuih akan garing.
7. Bakar pada suhu 180C hingga masak.

8. Bila kuih telah masak, biarkan hingga betul-betul sejuk sebelum dipotong. Potong semasa telah sejuk untuk mendapatkan potongan yang cantik dan licin.
INFO: Kalau nak kuih cantik licin bila dipotong, biasanya buat kuih waktu malam dan esok pagi baru potong. Memang cantik dan licin hasilnya.
Kredit resipi & foto: Rohani Ronnie
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Kek Keju Meleleh Pandan Kukus. Lembut Gebu Memang Sedap
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Resipi Step By Step Buat Sardin Roll Yang Sedap & Gerenti Menjadi

Sedapnya Sardin Roll ni. Makan panas-panas uih…sebiji memang tak cukup. Ramai yang ‘takut’ nak cuba kerana anggap Sardin Roll ni susah nak buat. Salah tu. Kalau kena gaya dan resipinya, mudah je. Resipi perkongsian saudari Norzaiha Razali ni antara yang mudah. Siap resipi dan gambar step by step tau. Senang nak ikut. Cubalah.
CARA BUAT SARDIN ROLL YANG SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN DOH KULIT:
1 1/2 sudu makan + lebihan sedikit planta
3 sudu makan minyak masak
3 cawan (rata) tepung gandum – beli online disini
Garam halus secukupnya
Air sejuk secukupnya
CARA MEMBUAT:
1.Mula-mula ambil 1 1/2 sudu makan planta.
2. Kemudian untuk sudu kedua, ambil sebanyak ini.
3. Cairkan planta bersama minyak masak. Bila cair, tutup api. Tujuan utk merangupkan kulit Sardin Roll.
4. Ambil tepung gandum 3 cawan rata. Letak dalam bekas besar supaya mudah untuk menguli nanti.
5. Letak planta yang cair tadi di tengah-tengah tepung. Buat lubang kecil di tengahnya supaya minyak bertakung.
6. Gaul tepung dengan sudu sebab planta masih panas.
7. Letak garam sebanyak ini 3 kali. Sukatan hujung sudu begini untuk 1 cawan tepung.
8. Bila telah sejuk, gaul tepung menggunakan tangan. Gaul rata sampai tepung jadi relai.
9. Masukkan air sejuk sedikit demi sedikit semasa menguli. Guna tak sampai secawan air pun. Letak sikit air, kemudian uli, letak sikit uli. Ulang sampai jadi doh. Jangan terlebih air, nanti doh lembik.
10. Uli sampai doh jadi macam ni dan tidak melekat di tangan.
11. Bahagikan doh kepada bebrapa bahagian dan bulatkan. Tujuannya untuk mudah menggelek nanti.
12. Akan dapat dalam 22 biji doh kecil.
13. Tutup doh dan biarkan seketika.
INFO: Lepas uli doh tidak boleh terus digelek. Sebab nanti doh akan mengecut. Biarkan seketika. Sementara tunggu doh rehat, boleh buat sambal sardin.
BAHAN SAMBAL SARDIN
1 tin sardin saiz sederhana – beli online disini
3 sudu makan kisaran bawang putih & bawang merah kisar
1 1/2 sudu makan cili boh – beli online disini
6 sudu maka minyak masak
1/3 sudu makan pes asam jawa – beli online disini
Sedikit air
Gula melaka secukupnya
Garam dan perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak dan tumis kisaran bawang dan cili boh hingga garing dan pecah minyak.
2. Ambil asam jawa sebanyak ini.
3. Bancuh asam jawa dengan sedikit air. Kemudian tuang ke dalam periuk menumis tadi.
4. Gaul lagi bahan tumisan. Jika kering, tambah sedikit sahaja air supaya tumisan tidak terlalu kering.
5. Masukan manisan @ gula melaka sebanyak ini. Gula melaka boleh dilenyek atau disagat terlebih dahulu supaya cepat larut.
6. Ambil sardin saiz sederhana seperti ini. Saiz ni memang cukup inti untuk doh 3 cawan tepung.
7. Masukkan sardin bersama kuahnya sekali. Kemudian letak garam secukupnya.
8. Kacau sambal sambal meleyek ikan sardin. Ia bertujuan untuk mencepatkan kuah kering.
9. Bila sambal telah kering. Padamkan api. (empunya resipi suka sambal sedikit basah jadi sambalnya tidak kelihatan terlalu kering. Jika suka pedas, boleh tambah cili mengikut cita rasa)
CARA MEMASAK SARDIN ROLL:
1.Taburkan tepung dalam bekas supaya Sardin Roll tidak melekat.
2. Ambil satu doh yang dibulatkan tadi.
3. Gelek macam ni terlebih dahulu.
4. Kemudian pusing melintang.
5. Gelek ke atas bagi membentuk muncung macam ni.
6. Seterusnya gelek ke bawah pula.
7. Gelek rata dan nipis sampai bentuk jadi macam ni. Pastikan gelek sehabis nipis ya. Sebab nanti doh akan digulung. Jika tidak nipis, nanti bila gulung, kulit Sardin Roll jadi tebal dan tak sedap.
8. Hiris doh macam ni. Tujuannya untuk corak sahaja. Kalau tak mahu hiris pun tidak mengapa.
9. Letak inti di bawah.
10. Boleh mula menggulung.
11. Pegang hujung kiri dan kanan semasa menggulung. Tempat ank panah tu. Jangan pegang di tengah semasa gulung.
12. Gulung sampai jadi macam ni. Ulang langkah sama hingga habis doh dan inti.
13. Susun sardin roll dalam bekas. Tabur sedikit tepung gandum.
14. Jika buat inti sardin sedikit basah, hujung sardin roll perlu lipat dan picit sedikit supaya cecair inti tidak keluar.
15. Panaskan minyak dan goreng sampai kekuningan dengan api perlahan.
16. Sardin gulung yang sudah siap untuk dimakan.
INFO: Tak boleh goreng Sardin Roll guna api besar nanti kulit jadi gelembung. Tak cantik. Tip nak bagi rangup lama, jangan letak dalam bekas tertutup ketika Sardin Roll tengah panas. Tutup bila sudah sejuk.
Kredit resipi & foto: Norzaiha Razali
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tambah 1 Bahan Ni, Barulah Kuah Tomyam Jadi Lebih Sedap & Kaw
Cucur Roti Sandwic Viral Buat Anak Berebut Makan. Garing Di Luar Lembut Di Dalam
Resepi Sambal Ikan Bilis Nasi Lemak Paling Simple Tapi Sedap
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Nasi Lemak Sambal Tumis Sotong Kering Dan Cucur Udang Kesukaan Dato’ Jalaluddin Hassan

Terkenal dengan jolokan hero malaya suatu ketika dahulu dan juga hos Who Wants To Be A Millionaire Dato’ Jalaluddin Hassan turut mewarnai Rasa Nostalgia Ramadan bersama Datuk Chef Wan. Aura pelakon lama memang berbeza melihat gaya percakapannya juga tidak sama dengan pelakon masa kini.
Istimewa di bulan Ramadan Chef Wan memasak menu kesukaan Dato’ Jalal ketika berbuka iaitu Nasi Lemak Sambal Tumis Sotong Kering dan Cucur Udang. Menurut Chef Wan untuk mendapat rasa yang enak pada sambal tumis, sotong kering sebaiknya direndam semalaman.
Keduanya turut berkongsi nostalgia Ramadan dan mengimbau makanan yang disukai mereka. Menariknya juga di sepanjang program ini, Chef Wan tidak lokek berkongsi tip masakan yang memang dinantikan oleh semua. Rugi jika tak menonton Rasa Nostalgia Ramadan jam 5 petang, Isnin hingga Jumaat sepanjang ramadan di Astro Prima HD 105 & 125.
NASI LEMAK
Bahan-bahan:
600gm beras
1.1 liter santan
2 inci halia (hiris nipis)
3 helai daun pandan
Kacang tanah goreng
Telur rebus
Garam
Sedikit air
Cara memasak:
1. Masukkan beras ke dalam periuk.
2. Masukkan daun pandan.
3. Masukkan halia.
4. Masukkan garam.
5. Masukkan santan. Pastikan sukatan nisbah santan dan nasi adalah 1:1 cawan.
6. Tambahkan sedikit air.
7. Letakkan air di atas dapur dan biarkan ia sehingga mendidih.
SAMBAL TUMIS SOTONG KERING
Bahan-bahan:
500gm sotong kering yang telah direndam
4 sudu minyak
5 sudu besar air asam jawa
Cili kisar
Garam
Gula
Santan (optional)
Gula merah
Kacang tanah (tumbuk)
Bahan kisar:
8 biji bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
1⁄2 sudu makan belacan
1 biji bawang besar
Cara memasak:
1. Kisar bawang merah, bawang besar dan bawang putih bersama sedikit air serta belacan.
2. Panaskan minyak.
3. Tumiskan bahan yang telah dikisar.
4. Masukkan cili kisar.
5. Seterusnya masukkan sotong yang telah direndam.
6. Masukkan gula merah.
7. Kemudian, masukkan air asam jawa.
8. Masukkan kacang tanah yang telah ditumbuk halus.
9. Tambahkan air.
10. Masukkan garam dan gula.
CUCUR UDANG
Bahan-bahan:
150gm kacang dal (rebus dan toskan)
Minyak
75gm udang kering (rendam dahulu sebelum disangai dan ditumbuk)
300gm tepung gandum
2 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh serbuk kunyit
200gm udang (buang kulit dan belah belakang)
1 labu bawang merah (cincang)
1 biji tomato (dipotong dadu)
150g taugeh
2 biji cili hijau (cincang)
Segenggam daun kucai (potong)
2 biji telur
Garam
Air
Cara memasak:
1. Masukkan tepung gandum ke dalam mangkuk yang besar.
2. Masukkan serbuk penaik dan serbuk kunyit.
3. Masukkan garam.
4. Masukkan udang kering yang telah direndam dan disangai serta ditumbuk.
5. Kemudian masukkan kacang dal yang telah direbus dan ditoskan airnya.
6. Masukkan cili hijau dan bawang merah yang telah dicincang.
7. Masukkan segenggam daun kucai yang telah dipotong dan sebiji tomato yang telah
dipotong dadu.
8. Masukkan 2 biji telur yang telah dipukul.
9. Masukkan udang yang telah dibuang kulitnya dan dibelah belakang.
10. Masukkan air dan taugeh.
11. Gaul kesemua bahan yang telah dicampur ke dalam mangkuk tersebut.
12. Panaskan minyak.
13. Masukkan adunan yang telah dicampur ke dalam minyak yang panas.
14. Goreng cucur udang sehingga menjadi kuning keemasan.
15. Angkat cucur udang tersebut dan sedia untuk dihidang.