
Terung bakar bersantan memang lauk simple tapi rasanya luar biasa sedap. Kalau sebelum ini biasa makan terung goreng atau masak berlada, kali ini jom cuba cara lain pula.
Cara penyediaannya pun sangat mudah. Bakar terung, sediakan kuah santan dengan tumbukan cili dan belacan, lepas tu siram terus atas terung. Siap hidang, memang tak cukup sepinggan nasi!
Resipi Terung Bakar Bersantan

Bahan utama
2 biji terung (bakar hingga masak, buang kulit hangus dan belah dua)
Bahan Tumbuk
2 biji cili api merah
3 biji cili api hijau
3 ulas bawang putih
2 biji bawang merah kecil
½ sudu kecil belacan

Bahan Kuah
100ml santan (½ kotak kecil)
¼ cawan air masak
½ sudu kecil serbuk cukup rasa
½ sudu kecil gula
½ sudu kecil air limau nipis
Cara Penyediaan Terung Bakar Bersantan
1. Bakar terung sehingga masak, buang kulit hangit dan belah dua.
2. Tumbuk bahan tumbuk hingga lumat.
3. Campurkan bahan tumbuk dengan santan, air, serbuk cukup rasa, gula dan air limau nipis.

4. Masak sekejap di atas api hingga kuah sedikit pekat.
5. Siram kuah atas terung bakar tadi.
6. Sedia untuk dihidangkan bersama nasi panas dengan ikan goreng.
Tip Ekstra
- Kalau suka rasa lebih wangi, boleh masukkan sedikit hirisan daun kunyit ke dalam kuah.
- Pastikan terung dibakar hingga betul-betul lembut supaya kuah lebih meresap.
- Kalau suka pedas, boleh tambah lebih banyak cili api.
Kredit resipi & foto: El Ellaura Tijani
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA

Dapatkan Santan Sedia Guna sekarang
Tak perlu risau santan basi, gunalah Santan Sedia Guna ini. Pekat, wangi, dan tahan lama!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Resipi Kentang Bilis Berlada, Lauk Simple Tapi Sedap

Kalau takde idea nak memasak, boleh cuba masak lauk ni. Lauk kentang dan bilis berlada ni boleh dikatakan sebagai lauk legend yang mudah nak disediakan. Goreng je kentang dan ikan bilis kemudian tumis dengan bawang dan lada.
KENTANG DAN BILIS BERLADA

kentang berlada.
BAHAN-BAHAN
100 gram ikan bilis (digoreng garing)
3 biji ubi kentang (dipotong baji dan digoreng)
3 sudu makan minyak masak (untuk menumis)
1/2 sudu teh garam
100 gram cili merah (dikisar)
50 gram cili padi merah (dikisar)
1 biji bawang besar (dikisar)
1 helai limau purut (dikisar)
CARA MEMASAK
1. Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar sehingga garing.
2. Masukkan garam. Kacau rata.
3. Kemudian masukkan ikan bilis dan kentang yang telah digoreng tadi. Gaul rata.
4. Sedia untuk dihidangkan.
Selamat mencuba!
Pecal Pucuk Ubi Pembuka Selera Ala Kampung


Nampak ringkas hidanganpucuk ubi ini cukup menyelerakan dengan rasa kekacang kuah pecal yang enak.
PECAL PUCUK UBI
BAHAN-BAHAN:
- 300gm pucuk ubi |dibuang tangkai
BAHAN KUAH KACANG:
- 150gm kacang tanah | goreng tanpa minyak
- 3 sudu besar gula perang atau pasir
- 1 biji cili merah | dihiris
- 5 biji cili padi
- 2 ulas bawang putih | dihiris
- 2 biji bawang merah | dihiris
- 1cm halia | dihiris
- Sedikit belacan
- Sedikit air asam jawa
- Garam secukup rasa
- Air panas secukupnya
- Sedikit minyak masak
CARA MEMASAK:
- Goreng kacang tanah tanpa minyak hingga keperangan. Angkat dan ketepikan.
- Masak air di dalam periuk dan celur pucuk ubi hingga lembut. Kemudian angkat, tos dan ketepikan.
- Panaskan sedikit minyak, goreng bawang merah, putih, halia, cili merah dan cili padi hingga kekuningan. Angkat dan toskan minyaknya.
- Goreng pula belacan, angkat dan ketepikan.
- Kacang yang telah digoreng tadi buangkan kulitnya, kemudian tumbuk hingga hancur, ketepikan.
- Selepas kacang, tumbuk pula bahan goreng tadi hingga sebati. Tambahkan sedikit air asam dan garam secukupnya.
- Masukkan bahan ini dalam bekas berisi kacang tumbuk tadi bersama gula perang atau putih. Gaul rata hingga sebati.
- Bancuh sambal pecal dengan air panas sehingga menjadi kuah yang tidak terlalu cair atau pekat. Jika kurang garam atau gula boleh tambah.
- Akhir sekali tuangkan kuah kacang atas pucuk ubi, gaul rata dan sedia dihidangkan.
Ketahui 6 Jenis Labu Yang Berkhasiat Dan Resipi Berasaskan Labu, Sedap Dan Menarik!

Labu kuning (pumpkin) agak mudah untuk diperoleh di negara kita. Labu kuning mengandung zat seperti Beta karoten, vitamin A, vitamin C, zink, selenium dan tanaman ini berkhasiat sebagai antioksidan yang baik.
Dengan memakan buah labu secara teratur akan memperbaiki fungsi dan kerja pankreas akan baik dan insulin dapat melaksanakan tugasnya dengan baik. Selain itu buah tersebut tidak menaikkan zat gula darah dalam tubuh sehingga sangat baik untuk mencegah penyakit diabetes.
Labu kuning memiliki manfaat untuk melindungi sistem pencernaan agar mampu berperanan dengan baik kerana kandungan serat yang tinggi. Serat itu dapat membantu menjauhkan kita daripada sembelit, buasir dan masalah pencernaan lainnya. Serat juga sangat disarankan di dalam diet sihat, diet untuk mengontrol kolesterol, diet penurunan berat badan dan diet untuk diabetes.
Labu juga sangat baik untuk kesihatan buah pinggang dan mampu mencegah penuaan awal kerana mengandung antioksidan dan mengubati bisul.
Labu kaya akan vitamin A, C dan E dan mineral, yang berfungsi untuk membantu meningkatkan kekebalan tubuh dan anti radikal bebas.
Antara jenis labu:

- Labu Air – Teksturnya keras, warna kulit kehijauan, dan isi buah berwarna putih. Ia boleh dijadikan manisan kering atau dimasak menjadi lauk. Labu jenis ini mengandung getah yang lebih banyak dibandingkan labu lain. Oleh kerana itu, kupaslah labu di bawah air mengalir. Labu air mengandung kalsium, zat besi, dan vitamin C. Selain itu labu air kaya dengan serat, mineral, dan kalsium..

- Butternut Squash – Rasa dan warnanya mirip dengan labu kuning, tetapi bentuknya oval dengan tekstur isi buah lebih lembut. Sangat sesuai dijadikan pelbagai hidangan pencuci mulut seperti seperti pudding dan kek. Seperti labu kuning, Butternut Squash juga sangat kaya vitamin A, C, mineral, dan serat.

- Courgette – Courgette (Cucurbita Pepo) sangat popular di Eropah dan Timur Tengah. pelbagai masakan lazat tercipta daripada labu yang mirip mentimun ini. Labu yang masih muda sangat sesuai digunakan dalam masakan. Labu ini sangat lazat jika diisi dengan daging, campuran salad, ataupun ditumis dengan makanan laut.

- Labu Mi – Dipanggil labu mi atau labu spageti kerana isinya seperti mi bila dikeluarkan.Bentuknya pula mirip labu kuning. Semakin tua, tekstur isi buahnya akan semakin padat menyerupai mi. Labu ini sangat enak dibuat aneka puding, kuih, atau diolah menjadi sayuran, dipanggang dengan daging ataupun ditumis.

- Kabucha – Labu ini dipercayai berasal dari Jepun. Di pasaran ada dua jenis yang hanya berbeza bentuk. Acorn Squash berbentuk oval dan Kabucha pula berbentuk bulat. Enak dimasak menjadi sup, stew sayuran, atau hidangan penutup.

- Labu Siam(Sechium Edule) – Bentuk labu siam (Sechium Edule) lebih kecil daripada jenis labu lain. Sifatnya pun bergetah dengan permukaan yang berbiku-biku. Labu ini sesuai dijadikan masakan sayur, seperti sambal goreng, sayur bersantan atau dikukus sebagai kudapan.
Selain masak lemak, pelbagai juadah lain boleh disediakan dengan menggunakan labu kuning. Kami kongsikan empat resipi yang boleh anda cuba.

PUMPKIN CAKE WITH BUTTERSCOTCH SAUCE
PUMPKIN CAKE
BAHAN-BAHAN:
- 200gm puri labu
- 300gm tepung gandum
- 250gm gula perang
- ½ sudu teh esen vanila
- 2 sudu teh serbuk penaik
- 150gm marjerin
- 3 biji telur
- 150gm cip coklat
BAHAN UNTUK SOS BUTTERSCOTCH:
- 250gm krim putar
- 120gm gula perang
- 50gm mentega
BAHAN UNTUK HIASAN:
- Kepingan badam secukupnya
- Cip coklat secukupnya
CARA MEMASAK:
- Untuk membuat kek puri labu; Pukul marjerin dan gula perang hingga kembang di dalam mangkuk.
- Kemudian masukkan telur, serbuk penaik dan esen vanila, pukul hingga sebati.
- Seterusnya masukkan puri labu ke dalam adunan tadi dan gaul sebati diikuti tepung gandum. Gaul lagi hingga adunan sekata.
- Masukkan cip coklat dan gaul sebati.
- Tuangkan ke dalam Loyang bersaiz 7×7 dan jika inginkan sedikit nipis, gunakan Loyang 10×10.
- Kemudian taburkan kepingan badam dan cip coklat di atas adunan.
- Bakar pada suhu 170˚c selama 35-45 minit.
- Keluarkan setelah kek cukup masak. Sejukkan dan ketepikan.
- Untuk membuat sos butterscotch; Cairkan mentega dan masukkan gula perang di dalam kuali leper kecil.
- Apabila gula perang mula cair, masukkan krim putar dan masak hingga berbuih dan likat. Tutup api dan angkat.
- Biar sos sejuk dahulu sebelum dipaipkan ke atas kek. Sedia dihidangkan.
Info chef: Untuk membuat puri labu; Buang biji dan kulit labu, potong kepada ketulan kecil dan rebus sehingga lembut. Angkat dan toskan labu tadi dan kisar hingga menjadi halus.
PAI LABU

BAHAN-BAHAN KULIT PAI:
- 12gm tepung gandum
- 55gm mentega
- 40ml air
- Secubit garam
- Air secukupnya
CARA MEMASAK:
- Di dalam satu mangkuk, satukan tepung, garam dan mentega dan ramas hingga menjadi seperti serbuk roti.
- Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh.
- Bentukkan kulit pai di dalam acuan pai bersaiz 16 cm.
- Cucuk dengan garpu di bahagian tengah pai dan bakar pada suhu 180˚C selama 20 minit.
- Angkat dan ketepikan.
BAHAN INTI:
- 65gm gula
- 1 sudu teh serbuk kulit kayu manis
- ½ sudu teh garam
- 100gm puri labu
- 100gm susu segar
- 1 biji telur
CARA MEMASAK:
- Satukan semua bahan dan gaul hingga sebati.
- Tuangkan ke dalam kulit pai yang dibakar tadi dan bakar semula pada suhu 180˚C selama 50 minit.
- Angkat dan sedia dihidangkan.
Info chef: Untuk menjimatkan masa, boleh membeli pastri segera yang sedia terjual di pasaran.
BURGER BERGEDEL LABU
BAHAN MEMBUAT ROTI BURGER:
- 250gm tepung roti/tepung high protein
- 5gm yis
- 10gm gula kastor
- 13gm marjerin
- ½ sudu teh garam
- 150gm air
UNTUK HIASAN:
- Oat, bijan putih dan bijan hitam secukupnya
BAHAN UNTUK BERGEDEL LABU:
- ½ kg labu | dibuang kulit dan biji, dipotong.
- Sedikit garam
- Serbuk lada putih
- Daun bawang potong halus
- Bawang merah cincang halus
- 2 biji telur
CARA MEMASAK:
- Untuk membuat bergedel labu; Potong labu kepada ketulan kecil dan goreng hingga masak dan lembut.
- Angkat dan lecek labu menggunakan garpu hingga hancur.
- Perasakan dengan garam dan lada putih.
- Masukkan daun bawang dan bawang cincang.
- Bahagikan kepada 15 bahagian. Bulat dan leperkan. Jika lembik, tepukkan sedikit tepung.
- Celup ke dalam telur dan goreng semula hingga perang keemasan. Angkat, tos dan ketepikan. Ulangi langkah hingga selesai.
- Untuk membuat roti burger; Satukan bahan kering kecuali garam. Gaul sebati dan barulah masukkan garam.
- Masukkan marjerin dan gaul sebati. Kemudian masukkan air dan uli hingga menjadi doh.
- Bahagikan doh kepada 15 biji dengan anggaran berat satu doh 30 gram dan bulatkan. Hiaskan atas roti dengan cara mencelupkan sedikit permukaan roti pada air dan celupkan ke dalam bekas berisi hiasan.
- Tutup doh dengan plastik atau kain lembap. Biarkan doh kembang kepada dua kali ganda selama lebih kurang 45 minit.
- Bakar pada suhu 180˚C selama 20 hingga 25 minit sehingga roti perang keemasan. Keluarkan dan biarkan sejuk.
- Untuk menyediakan burger; belah di bahagian tengah roti. Letakkan bergedel labu di bahagian tengah dan tambahkan sos dan mayones. Sedia dihidangkan.
Info chef: Boleh juga ditambah sayuran seperti daun salad.
MASAK LEMAK LABU KACANG PANJANG
BAHAN-BAHAN:
- ½ biji labu | potong
- 6 tangkai kacang panjang | potong
- 1 batang serai
- 400ml santan cair
- 400ml santan pekat
- 1 biji bawang besar
- 3 ulas bawang putih
- ½ sudu teh serbuk kunyit
- 5-10 tangkai cili padi
- Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
- Kisarkan cili padi, bawang besar dan bawang putih hingga hancur.
- Masukkan santan cair ke dalam peruk dan tuang bahan kisar ke dalam periuk tersebut bersama serai yang dititik.. Gaul sekata.
- Masukkan kepingan dan masak hingga kuah mendidih.
- Apabila labu sedikit lembut, masukkan kacang panjang dan santan pekat. Gaul sebati.
- Tambahkan sedikit serbuk kunyit dan perasakan dengan gula dan garam secukup rasa. Gaul sebati dan biar ia mereneh.
- Apabila labu sudah empuk, matikan api dan hidangkan.
Info chef: Boleh lebihkan cili padi jika inginkan rasa lebih pedas.
ROASTED PUMPKIN WITH ITALIAN HERBS

BAHAN-BAHAN:
- 5 potong labu
- 1 labu bawang putih | cincang halus
- 2 sudu makan jus lemon
- 3-4 sudu besar minyak zaitun
- Sedikit serbuk Thyme
- Sedikit serbuk Oregano
- Sedikit Daun bay kering
- Lada hitam secukupnya
- Garam secukupnya
Langkah penyediaan:
- Susun labu di dalam Loyang dan tuangkan minyak zaitun di atas dan sekeliling labu.
- Taburkan bawang putih cincang dan taburkan herba-herba Itali iaitu Thyme, Oregano dan daun Bay.
- Taburkan lada hitam, garam diikuti jus lemon.
- Bakar di dalam ketuhar pada suhu 200˚C selama 35 hingga 40 minit hingga labu empuk.
- Setelah labu masak sepenuhnya, bolehlah keluarkan dan dihidang.
Info chef: Cara memastikan labu sudah empuk, cucuk dengan garpu.
Kongsi Resipi: Terima kasih Mohamad Norazlan bin Husin dan Megat Isahmudin bin Suliman, Kolej INSTECH Koperasi Belia Islam.

