Buntu memikirkan resipi lauk makan tengaharibertemakan menu kampung yang mudah tapi enak untuk dimasak setiap hari? Bila ulang menu yang sama, pasti jemu. Oleh itu jom cuba koleksi resipilauk pauk kampung sedap dan mudah yang RASA kongsikan ini. Sesuai untuk hidangan makan tengaharikeluarga tercinta. Jom cuba!
ANEKA RESIPI LAUK KAMPUNG SEDAP& MUDAH
1. GULAI LEMAK SEPUT SEDUT BERSAMA DAUN KADUK DAN KELEDEK
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minhyak dalam periuk, 2. Masukkan bahan kisar, dan tumis hingga wangi, kemudian masukkan santan. 3. Didikan di atas api sederhana bersama daun kaduk dan keledek. 4. Setelah mendidih masukkan serai dan asam gelugor. 5. Selepas dua minit masukkan siput sedut. 6. Kemudian perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa. 7. Tutup api dan gulai sedia dihidangkan.
Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng dan menumis
BAHAN KISAR:
6 biji cili merah
5 ulas bawang
3 ulas bawang putih
2cm halia
2 batang serai
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak, goreng paru yang telah direbus (jangan terlalu garing). Angkat dan ketepikan. 2. Menggunakan kuali lain, panaskan sedikit minyak, kemudian tumis bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak. 3. Masukkan air asam dan perasakan dengan garam, gula dan perasa secukup rasa. 4. Apabila kuah agak garing masukkan hirisan bawang Holland bersama paru. 5. Gaul rata kemudian tutup api. 6. Sambal paru sedia dihidangkan.
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar hingga garing. 2. Kemudian masukkan hirisan bawang putih, bawang besar, halia dan cili padi. Kacau sehingga naik bau. 3. Seterusnya masukkan kicap manis, kicap pekat, serbuk lada hitam dan sos cili. Kacau rata. Tambahkan sedikit air. Biarkan mendidih. 4. Masukkan ikan. Perasakan dengan garam jika perlu. Gaul rata dan biarkan mendidih seketika. 5. Sedia untuk dinikmati.
Siapa kata menu untuk diet tak sedap? Salah ye, banyak je menu sedap yang boleh diolah semula ikut cita rasa. Asalkan anda tahu kalori yang perlu diambil dan menggunakan cara memasak yang sihat. Berikut RASA bawakan dua resipi menu sihat yang pantas disediakan dan sihat.
SANDWICH PESTO AYAM
BAHAN-BAHAN:
1 cawan daun ketumbar
1 ulas bawang putih
15gm daun pudina
1 sudu makan kacang tanah, dibakar
1/3 cawan minyak zaitun
Garam dan lada hitam secukup rasa
1/4 cawan keju cheddar
1 biji limau nipis | diambil jus
2 keping dada ayam | direbus dan dicarik
1 buku roti Perancis
1 biji tomato | dihiris
3 helai daun salad | dihiris
CARA MEMASAK:
Kisar daun ketumbar, daun pudina, bawang putih dan kacang secara kasar.
Masukkan minyak zaitun secara sedikit demi sedikit secara perlahan-lahan. Kisarkan sehingga lumat.
Perasakan dengan garam, limau nipis dan lada hitam secukupnya.
Masukkan pesto ke dalam mangkuk berisi isi ayam. Gaul rata.
Potong roti Perancis dan susun daun salad serta tomato dengan secukupnya.
Sudukan pesto ayam. Sedia untuk dinikmati.
WRAP CAPATI KAMBING MASALA
BAHAN-BAHAN:
5-6 kepingan daging kambing (lamb chop)
250ml santan
Kepingan tortilla secukupnya
5 helai daun salad | dihiris
Sedikit daun ketumbar | dihiris
2 biji tomato | dihiris
Air secukupnya
BAHAN REMPAH:
2 sudu makan serbuk jintan putih
2 sudu makan serbuk ketumbar
2 sudu makan serbuk paprika
1 sudu makan serbuk cili
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh garam masala
1 sudu teh serbuk pala
2 sudu makan puri tomato
BAHAN TUMIS :
1 batang kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
2 biji bawang besar | dipotong dadu
2 biji buah tomato | dicincang
3 inci halia | ditumbuk lumat
6 ulas bawang putih | ditumbuk lumat
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Bagi menyediakan sos masala, panaskan minyak dan tumiskan kulit kayu manis serta buah pelaga sehingga naik bau. Kemudian masukkan bawang besar dan kacau perlahan sehingga garing.
Masukkan halia dan bawang putih yang telah ditumbuk. Kacau perlahan sehingga garing. Seterusnya masukkan bahan rempah dan sedikit air. Kacau perlahan sehingga pecah minyak.
Seterusnya masukkan puri tomato. Kacau lagi sehingga pecah minyak.
Akhir sekali masukkan santan. Kacau sehingga kuah pekat. Tutup api.
Sapukan sedikit kuah masala yang dimasak tadi ke atas kepingan kambing dan panggang hingga masak.
Ambil dagingnya, letakkan di atas tortilla. Taburkan hirisan salad, daun ketumbar dan tomato. Sudukan sedikit sos masala. Gulung kemas dan hidangkan.
Kita akan selalu guna santan kalau nak masak kari. Tetapi, untuk resipi kari daging yang dikongsi oleh Zurina Zulkefli ini memang istimewa kerana tidak menggunakan santan. Yang penting, kuah tetap pekat dan sedap. Boleh dimakan bersama nasi atau pun roti.
1. Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis bawang putih, halia, bawang merah, lada kering, cili hijau dan daun kari.
2. Kemudian, masukkan tomato dan masak sehingga tumisan menjadi lembap.
3. Masukkan air asam jawa. Jika tiada asam jawa, boleh guna yogurt.
4. Masukkan semua serbuk rempah ke dalam masakan. Gaul rata. Sukatannya adalah 1 paket rempah kari daging, 3 sudu kecil serbuk cili, 1 sudu kecil serbuk kunyit dan 1 sudu besar rempah jintan dan biji ketumbar yang ditumbuk.
5. Masukkan daging, lobak merah dan kentang. Gaul sebati dengan rempah.
6. Biarkan jus daging keluar pada suhu api paling kecil. Tutup periuk dan biarkan selama 10 minit.
7. Bila jus daging dah keluar, masukkan semangkuk kecil air. Pastikan api masih di suhu paling kecil.
8. Akhir sekali perasakan dengan garam. Sedia dihidang dengan nasi panas.
Ini salah satu hidangan yang paling syok nak dijadikan hidangan atas meja makan. Boleh buat gulai kawah ni sebagai hidangan yang istimewa untuk seisi keluarga. Selalunya gulai kawah ni ada time kenduri kahwin kan? So ada resipi ni bolehlah buat kat rumah pulak ya.
GULAI KAWAH
BAHAN TUMIS
Minyak masak untuk menumis
Kayu manis, bunga lawang, pelaga secukupnya
8 bawang merah | hiris
4 ulas bawan putih | hiris
1 inci halia | hiris
3 sudu besar rempah gulai kawah | bancuh dengan sedikit air
CARA MENUMIS
1. Panaskan minyak masak. Masukkan kayu manis, bunga lawang dan pelaga. Tumis seketika.
2. Masukkan bawang merah, bawang putih dan halis. Tumis lagi.
3. Masukkan bancuhan rempah gulai kawah. Tumis sehingga naik bau. Matikan api. Angkat dan ketepikan.
BAHAN GULAI
1 kg daging
Sedikit air
4 ulas bawang merah | dihiris
4 cawan santan
2 sudu besar gula melaka
Asam jawa secukupnya
Garam dan gula putih secukupnya
CARA MEMBUAT GULAI
1. Masukkan daging dalam periuk dan masak dengan sedikit air. Biarkan air agak kering dan daging empuk.
2. Masukkan Bahan Tumis dan gaul rata. Biarkan seketika.
3. Masukkan bawang merah. Kacau lagi.
4. Masukkan santan. Masak sehingga mendidih.
5. Tuangkan santan. Masak lagi sehingga santan menggelegak. Masukkan gula melaka, air asam jawa, gula putih dan garam.
6. Biarkan mendidih lagi dan boleh matikan api.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!