
Hidangan nasi ayam antara menu yang mudah disediakan. Hanya ada nasi, ayam, sup, sos cili dan kicap. Namun rahsia kesedapan dah tentulah pada nasinya.
Kena ada bau harum dan nasinya gebu, barulah dikatakan enak. Nak dapatkan nasi ayam yang sebegini memang ada cara memasaknya. Boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Aisyah Humaira ini.
Nasi ayam gebu, harum & sedap
Bahan-bahan:
1 ketul butter (guna suku sahaja)
2 kiub pati ayam
4 cawan teh beras wangi/basmati
3-4 senduk besar air rebusan ayam dan air biasa secukupnya
Bahan tumis:
1 biji bawang besar – dipotong 4
3 ulas bawang putih
2 helai daun pandan disimpul
4 keping nipis hirisan halia

Cara Membuat:
1. Dalam kuali, cairkan mentega dan masukkan bahan tumis, masak hingga bawang layu. Masukkan kiub pati ayam biarkan sebati.

2. Kemudian matikan api, kekalkan kuali atas dapur gas kemudian masukkan pula beras, air rebusan ayam serta air biasa dan sukat beras sama macam biasa. Kacau sebati masaklah hingga nasi masak. Siap.
3. Kalau masak dalam periuk nasi pun caranya yang sama.

Tip nasi masak cantik:
Setelah nasi masak terus gemburkan nasi perlahan-lahan biar nasi cantik berderai.

Sumber: Artikel ini diolah daripada laman web Mingguan Wanita & Aisyah Humaira
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Nasi Ayam Singapura

Sesekali ubah selera dengan mencuba hidangan Nasi Ayam Singapura. Nasi gebu yang dihidangkan bersama ayam, sos dan sup yang diadun dengan sempurna. Hmmm…Memang cukup rasa!
BAHAN AYAM:
- 1 ekor ayam | dipotong empat & dibersihkan
- 5 sudu makan gula merah | dikisar halus
- 3 liter air
- 1/2 inci halia
- 1 kiub pati ikan bilis
- 3 ulas bawang putih | ditumbuk kasarMadu dan minyak masak secukupnya
BAHAN NASI:
- 500 gm beras | dibasuh dan ditoskan
- 2 helai daun pandan
- 30 gm lemak ayam
- 15 gm halia | dihiris
- Sedikit garam
BAHAN SOS ( DIKISAR) :
- 10 biji cili merah
- 5 ulas bawang putih
- 6 biji bawang merah
- 20 gm halia muda
- 15 gm cili padi
- 120 gm air limau nipis
BAHAN SUP:
- Air rebusan ayam
- Bawang goreng secukupnya
- Hirisan daun sup secukupnya
CARA MEMASAK:
- Masukkan ayam kedalam periuk bersama gula merah, air, halia dan bawang putih. Rebus hingga separuh masak dan diangkat. Simpan air rebusan untuk memasak nasi dan juga untuk dijadikan sup.
- Salutkan ayam bersama madu dan minyak masak secukupnya. Panaskan oven pada suhu 180’c dan bakar selama 10 minit atau sehingga kulit ayam menjadi garing keemasan.
- Untuk nasinya, beras dibasuh serta ditoskan hingga kering. Panaskan periuk dengan sedikit minyak, tumiskan bawang putih dan halia yang dihiris sehingga berbau wangi.
- Kemudian masukkan separuh air rebusan ayam dan beras. Jika perlu, tambahkan air dan juga sedikit garam. Tutup periuk dan biarkan sehingga nasi masak.
- Untuk sos, satukan kesemua bahan kedalam periuk. Masukkan garam secukup rasa dan kacau sehingga masak.
- Bagi sup pula, ambil air rebusan ayam tadi dan campurkan hirisan daun sup dan juga bawang goreng. Renehkan seketika.
- Akhir sekali, hidangkan nasi bersama ayam panggang, sos, sup dan daun salad.
Sajian 2 Negara ASEAN, Thailand + Indonesia. Fuhh.. Jangan Tak Cuba

Masakan negara Asean memang serasi betul dengan tekak kita. Bahannya mudah dicari dan rempah ratusnya agar menyamai dengan Malaysia.
Jika negara Thai kaya dengan penggunaan herba, daun limau purut, bunga kantan dan rasa masam pedai menggoda, Indonesia pula lebih dekat rasa sajiannya dengan masyarakat Melayu.
Ni min kongsikan 2 resipi dari Tanah Abang , Indonesia dan 2 hidangan dari negara Gajah Putih, Thailand . Dijamin sedap…
1.OPOR AYAM

BAHAN-BAHAN
- 1 ekor ayam /dipotong 12 bahagian
- 500 gm santan segar
- 3 batang serai /diketuk
- 4 helai daun salam6 helai daun limau purut /dicarik
- 2 sudu teh serbuk ketumbar
- 1 sudu teh serbuk lada sulah
Bahan dikisar:
- 3 sm lengkuas
- 8 biji bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 6 biji buah keras
- 1/2 sudu teh biji jintan
- 2 sudu makan gula merah
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar, serai dan daun salam.
2. Kemudian masukkan serbuk ketumbar, lada sulah dan kacau sehingga sebati.
3. Masukkan potongan ayam dan gaul hingga sebati.
4. Masukkan pula santan sehingga mendidih.
5. Kecilkan api dan apabila kuah sudah mula pekat, perisakan dengan garam dan gula merah.
6. Opor ayam boleh dihidangkan.
Saiz hidangan : 2- 3 orang makan
Masa memasak :25 minit
Cara memasak : Tumis dan reneh
Jenis masakan : Lauk pauk
Keistimewaan : Opor ayam cukup terkenal di kalangan masyarakat Jawa. Di Johor sajian ini juga adalah di antara sajian tradisi negeri ini.
INFO CHEF : Lauk ini banyak menggunakan santan, jadi untuk menjaga kualiti santan campurkan sedikit garam dan sebiji cili padi jika mahu menyimpan.
2. NASI GORENG BATAM

BAHAN-BAHAN :
- 150 gm nasi putih
- 2 biji telur ayam
- 5 ekor udang harimau
- 5 keping isi ayam /dihiris
- 1 ekor sotong putih/dihiris
- 2 ulas bawang putih /dititik
- 2 biji bawang merah/ dihiris
- 5 ekor udang kering/ditumbuk
- 2 sudu makan pes cili kering
- 3 sudu teh kicap pekat
- Garam dan gula secukup rasa
Bahan untuk hiasan :
- Telur sarang
- Keropok udang
- Acar mentah
- Chicken boxing
CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih, bawang merah dan udang kering.
2. Masukkan pes cili kering dan tumis hingga garing, dan masukkan kicap dan telur.
3. Masukkan ayam, udang dan sotong sampai separuh masak dan masukkan nasi.
4. Gaulkan sampai garing. Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa
5. Hidangkan bersama keropok udang dan bahan hiasan yang lain.
Saiz hidangan : 1 orang
Masa memasak : 20 minit
Cara memasak : Tumis dan goreng
Jenis masakan : Nasi
Keistimewaan : Set makanan lengkap, boleh menjadi sajian pagi, tengahari mahu pun petang
INFO CHEF: Untuk nasi tahan lama, masa masak nasi perah sedikit jus limau nipis ke dalam berasa yang sudah disukat air. Jangan risau rasa tak berubah dan menjadi lambat basi.
3. PHAD KRA PHAO GAI (AYAM PRAD KRA PHAO)

BAHAN-BAHAN :
- 200 gm isi ayam /dicincang
- 3 ulas bawang putih /dicincang
- 20-30 gm daun selasih
- 7 biji cili padi merah /ditumbuk halus
- 3 sudu makan minyak masak /untuk menumis
- 2 sudu makan kicap sotong atau kicap ikan
- 1/2 sudu makan sos tiram
- 1/2 cawan air rebusan ayam
- 2 sudu teh kicap pekat
- 4 sudu teh gula
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK :
1. Pijarkan minyak dan tumiskan bawang putih bersama isi ayam dan cili padi yang telah ditumbuk.
2. Masukkan kicap sotong, sos tiram dan perisakan dengan garam dan gula.
3. Kemudian masukkan air rebusan ayam dan kacau sehingga sebati.
4. Masukkan kicap pekat
5. Setelah hampir kering masukkan daun selasih dan sedia dihidang.
Saiz hidangan : 2 orang
Masa memasak : 10 minit
Jenis masakan : Lauk utama Thai
Cara memasak : Tumis
Keistimewaan : Cili thai dan daun selasih menghasilkan kombinasi yang pedas dan beraroma sedap
INFO CHEF : Dalam masakan ini penting untuk mengawal api dan kerap kacau supaya ia tidak terlalu kering dan hangit.
4. HOR MOK TALAY (OTAK-OTAK UDANG)

BAHAN-BAHAN :
- 4 ekor udang /dicincang
- 1 ekor sotong /dicincang
- 4 ekor kupang /dicincang
- 2 biji telur
- 2 batang kacang panjang /dipotong kecil
- 1/4 batang lobak merak /dicincang halus
- 2 batang cili padi /dihiris
- 2 ulas bawang putih /dicincang
- 20 gm daun selasih
- 1/2 biji bawang holland /dicincang
- 2 biji bawang merah/ dicincang
- 10 ml santan
- Gula secukup rasa
- 1/2 sudu teh sos tiram
- 1/2 sudu teh kicap sotong@ikan
CARA MEMASAK :
1. Campurkan semua bahan ke dalam mangkuk dan gaul hingga sebati.
2. Panaskan pengukus dengan air.
3. Masukkan adunan ini ke dalam foil dan tutup sepenuhnya dan masukkan dalam pengukus. Kukus selama 10 minit.
4. Sebelum dihidang anda boleh meletakkan sedikit santan di atasnya dan hias dengan sedikit cili merah jika mahu lebih pedas.
5. Hor mok sedia dihidang
Saiz hidangan : 2 orang
Masa memasak : 15 minit
Jenis masakan : Lauk utama/kudapan
Cara memasak : Kukus
Keistimewaan : Rasa pedas dan aroma daun selasih membuka selera
INFO CHEF : Hor Mok adalah otak-otak versi Thailand. Selain makanan laut boleh juga digantikan ayam atau isi ikan dory.
Menu Nasi Goreng Kerabu, Lazat Penuh Dengan Ulaman

Nak buat nasi goreng kerabu ni, tak perlu tunggu hari tertentu, bila-bila terasa nak makan boleh saja membuatnya. Syaratnya perlulah cukup ulam-ulaman untuk dimasukkan sebagai ramuan dalam nasi goreng ni. Hidangkan dengan keropok ikan, sambal belacan dan ulam timun perghhh padu.
NASI GORENG KERABU
Bahan-bahan Nasi Goreng Kerabu:
3 cawan nasi
2 ulas bawang ros
2 ulas bawang putih
4 biji cili padi-beli online di sini
5 ekor udang
2 ekor sotong
2 sudu besar sos ikan-beli online di sini
Bahan Kerabu
1 batang serai
1 kuntum bunga kantan
3 batang buncis
3 batang kacang botor
10 helai daun kesum
Cara memasak:

1.Bawang dan cili api ditumbuk kasar. Tumiskan sampai wangi.

2.Masukkan udang dan sotong. Kalau takda, letak ikan bilis je pun sedap. Jika tiada juga letak belacan.

3.Masukkan sos ikan, kalau takda sos ikan letak budu sikit. Barulah ada kick.

4.Perasakan dengan garam.

5.Masukkan nasi sejuk.

6.Masukkan ulam-ulaman yang dah hiris halus tadi. Bunga kantan tu wajib tau. Kalau takde memang kurang umph nasi goreng kerabu kita nanti. Serai tu pun wajib. Lepas tu kalau bubuh daun kesum memang dia jadi extra vaganza rasanya.

7.Kacau sampai rata, biar semua serba rasa. Dah siap.
Kredit: #DapurMakReram
Masak Spageti Aglio Olio Sedap Versi Melayu Guna Chilli Flakes Dominos
Terlajak Mudah. Resipi Agar Agar Buah Bermacam Jenis Paling Sedap

