Bagi mendapatkan kek marble yang sedap, kita perlu gunakan mentega yang best. Hasilnya kek marble jadi sangat berlemak dan manis sesuai dengan cita rasa orang ramai. Kek marble boleh dianggap sebagai kek orang lama kerana telah lama diminati oleh orang terdahulu.
Mak-mak kita dulu selalu buat kek marble. Kek ini sangat sedap dan ada yang suka memakannya dengan mencelupkannya ke dalam teh o panas. Macam-macam style orang makan kek ni. Jom try buat.
KEK MARBLE
BAHAN-BAHAN
1 cawan mentega
3/4 cawan gula kastor
3 biji telur ayam gred B
1 sudu kecil esen vanila
1 1/2 cawan tepung gandum (diayak)
1 sudu besar serbuk penaik (diayak)
3 sudu besar susu pekat manis
2 sudu besar serbuk koko.
Ads
CARA MEMBUAT
1. Pukul mentega dan gula kastor selama 10 minit. Masukkan telur ayam satu persatu sambil pukul perlahan.
2. Masukkan esen vanila, tepung gandum dan serbuk penaik.
3. Guna kaedah kaup balik dan masukkan susu pekat manis. Gaul hingga sebati semua bahan.
4. Bahagi adunan kepada 2 bahagian. Adunan pertama warna asal. Adunan kedua letak serbuk koko.
5. Sapu marjerin pada loyang saiz 6 inci atau 7 inci. Lapik dengan kertas minyak.
6. Ambil satu senduk adunan dan letak di tengah-tengah loyang. Tidak perlu ratakan.
7. Ambil pula satu senduk adunan koko. Tindih di tengah adunan pertama tadi. Tidak perlu ratakan juga.
8. Ulang sehingga habis adunan.
9. Panaskan oven pada suhu 170 darjah dan bakar selama 45 minit atau hingga masak. Gunakan api atas dan bawah.
Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Semuanya menarik, jom klik link ni untuk cuci mata. Mana tahu ada yang berkenan kan? Klik sini (saya nak beli periuk baru la)
Ada yang craving tiramisu untuk minum petang? Jom buatnya dengan meletakkan biskut oreo dan vege cracker.Lemak manis memang buat ketagih nak makan. Bila disejukkan lagi tambah enak.
Bahan-bahan:
Biskut oreo dan vege cracker-rendam sekejap dalam air milo atau air suam.baru susun 250g cream cheese ¾ cawan whipping cream Susu pekat-ikut citarasa Sedikit serbuk milo
Cara membuat: 1.Adun cream cheese dan whipping cream dalam 10 minit. 2.Masukkan susu pekat, adun lagi hingga adunan sebati. 3.Ambil bekas atau loyang 6 inci. 4.Masukkan sikit adunan dalam loyang.Ratakan. 5.Celup vege cracker dahulu.Susun hingga seluruh loyang. 6.Lapiskan dengan adunan cheese pula. 7.Kemudian celup lagi biskut.Selang seli dengan adunan cheese.Ulang hingga habis. 8.Kalau nak lapis biskut oreo dahulu pun boleh.Terpulang nak lapis mana dulu. 9.Hingga lapisan akhir,letak adunan cheese.Tutup semua lapisan biskut. 10.Tabur milo serbuk atas lapisan dan sejukkan dulu baru makan.
Korang mesti tau kan masakan Indonesia banyak persamaan dengan lauk Melayu. Dah nama pun negara serumpun mestilah seleranya pun lebih kurang aje. Seperti juga juadah di Malaysia, juadah Indonesia juga kaya dengan rempah. Citarasa yang serasi dengan tekak kita
Nak cuba lauk Indonesia untuk berbuka, jom ikuti resepi sajian Indonesia sentuhan idea Chef Ardy Daniel dan Chef Faridul Ataras Abdul Razak dari Hotel Crystal Crown ini.
1.OPOR AYAM
BAHAN-BAHAN :
1 ekor ayam |dipotong 12 bahagian
500 gm santan segar
3 batang serai |diketuk
4 helai daun salam
6 helai daun limau purut |dicarik
2 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk lada sulah
Bahan dikisar:
3 sm lengkuas
8 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
6 biji buah keras
1/2 sudu teh biji jintan
2 sudu makan gula merah
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar, serai dan daun salam. 2. Kemudian masukkan serbuk ketumbar, lada sulah dan kacau sehingga sebati. 3. Masukkan potongan ayam dan gaul hingga sebati. 4. Masukkan pula santan sehingga mendidih. 5. Kecilkan api dan apabila kuah sudah mula pekat, perisakan dengan garam dan gula merah. 6. Opor ayam boleh dihidangkan.
Saiz hidangan : 2- 3 orang makan Masa memasak :25 minit
Cara memasak : Tumis dan reneh Jenis masakan : Lauk pauk Keistimewaan : Opor ayam cukup terkenal di kalangan masyarakat Jawa. Di Johor sajian ini juga adalah di antara sajian tradisi negeri ini. Anggaran kos : RM 12
INFO CHEF : Lauk ini banyak menggunakan santan, jadi untuk menjaga kualiti santan campurkan sedikit garam dan sebiji cili padi jika mahu menyimpan.
2.IKAN GORENG PURBAKALA
BAHAN-BAHAN:
600 gm ikan tilapia (1ekor)
Bahan A :
6 biji cili merah | dikisar
4 biji cili hijau |dikisar
4 ulas putih |dikisar
2 biji bawah merah |dikisar
10 biji cili burung (cili padi) |dikisar
2 batang serai |dikisar
1 sm belacan |dibakar dan dikisar
3 sudu makan air asam jawa
2 sudu makan jus limau nipis
4 sudu makan minyak masak
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK : 1. Lumurkan ikan bersama kunyit, garam serta air asam. Perapkan selama satu jam. 2. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng ikan dengan api yang sederhana, angkat bila ikan sudah masak sempurna. 3. Kemudian gunakan minyak menggoreng ikan dan tumiskan semua bahan A (bahan dikisar) dalam kuali dengan api yang sederhana. 4. Biarkan sehingga kering, masukkan garam, gula, jus limau nipis dan asam jawa secukup rasa. 5. Tutup api dan ia sedia untuk dihidangkan
Saiz hidangan : 2- 3 orang Masa memasak : 20 minit Cara memasak : Goreng dan tumis Jenis masakan : Lauk pauk Keistimewaan : Penggunaan cili merah, hijau dan cili burung menyebabkan ia berperisa dan agak pedas Anggaran kos : RM 18
INFO CHEF : Untuk mengelakkan ikan melekat di kuali sewaktu menggoreng, gaulkan ikan dengan asam keping sampai ia meresap rasa asam itu.
3.NASI GORENG BATAM
BAHAN-BAHAN :
150 gm nasi putih
2 biji telur ayam
5 ekor udang harimau
5 keping isi ayam |dihiris
1 ekor sotong putih | dihiris
2 ulas bawang putih | dititik
2 biji bawang merah | dihiris
5 ekor udang kering |ditumbuk
2 sudu makan pes cili kering
3 sudu teh kicap pekat
Garam dan gula secukup rasa
Bahan untuk hiasan : Telur sarang Keropok udang Acar mentah Chicken boxing
CARA MEMASAK : 1 .Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih, bawang merah dan udang kering. 2. Masukkan pes cili kering dan tumis hingga garing, dan masukkan kicap dan telur. 3. Masukkan ayam, udang dan sotong sampai separuh masak dan masukkan nasi. 4. Gaulkan sampai garing. Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa 5. Hidangkan bersama keropok udang dan bahan hiasan yang lain.
Saiz hidangan : 1 orang Masa memasak : 20 minit Cara memasak : Tumis dan goreng Jenis masakan : Nasi Keistimewaan : Set makanan lengkap, boleh menjadi sajian pagi, tengahari mahu pun petang Anggaran kos : RM 14
INFO CHEF: Untuk nasi tahan lama, masa masak nasi perah sedikit jus limau nipis ke dalam berasa yang sudah disukat air. Jangan risau rasa tak berubah dan menjadi lambat basi.
4.SATE AYAM BALI
BAHAN-BAHAN :
250 gm ayam kisar halus
3 sudu makan minyak masak
Bahan perapan ayam :
8 biji bawang merah
10 ulas bawang putih
2 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh serbuk kunyit
2 sudu makan madu
1 sudu makan gula merah
1 sudu makan gula pasir
2 sudu makan asam jawa
Garam secukup rasa
Bahan sos kacang :
2 biji cili merah
5 tangkai cili kering
3 ulas bawang putih
2 sudu makan gula melaka | dicincang halus
120 gm kacang tanah| ditumbuk
50 ml air panas
4 sudu makan kicap manis
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
1. Cara buat perapan: Kisar semua bahan perapan dan masukkan minyak bagi memudahkan proses pengisaran dan hancur halus. 2. Sapukan dan gaulkan bahan kisar kepada isi ayam dan perapkan selama dua jam supaya bahan meresap dan sebati. 3. Selepas itu boleh dicucuk pada batang serai dan dipanggang. 4. Cara buat sos : Kisar bahan sos kacang dan tumiskan dalam minyak yang panas. 5. Tumis hingga naik baik dan masukkan gula melaka dan garam secukup rasa 6. Masukkan kicap manis. Dan biarkan hingga naik minyak dan masak 7. Sate ayam siap dihidangakan bersama sos kacang.
Saiz hidangan : 1-2 orang Masa memasak : 25 minit Cara memasak : Panggang dan bakar Jenis masakan : Sate Keistimewaan : Sate boleh disajikan untuk majlis keraian dan sedap dimakan bersama ketupat.Jika di Indonesia dimakan bersama tempe Anggaran kos : RM 12
INFO CHEF : Resepi yang sama boleh juga digunakan untuk isi ikan, kambing dan lembu.
5. SUP BUNTUT (EKOR LEMBU)
BAHAN-BAHAN :
1/2 kilo daging lembu
1500 ml air
1 senduk minyak masak untuk menumis
4 biji ubi kentang | dipotong dadu
3 biji lobak merah | dipotong dadu
1 sudu teh lada sulah
1 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh jintan manis
5 ulas bawang putih| dikisar
8 biji bawang merah| dikisar
1 sm halia | dikisar
5 tangkai bunga cengkih
4 biji pelaga
2 biji bunga lawang
10 gm kulit kayu manis
1 sudu teh gula
2 biji tomato/dipotong dadu
2 sm kulit kayu manis
2 ketul stok daging
Bahan tabur :
Bawang goreng
Saderi/ dihiris
Daun bawang dan daun sup /dihiris
CARA MEMASAK : 1.Cuci bersih ekor dan rebus dalam air mendidih selama 15 minit. 2.Buang airnya. 3.Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bawang putih, merah bersama rempah bunga lawang, cengkih, pelaga dan kayu manis. 4.Masukan serbuk ketumbar, jintan dan lada sulah. 5.Tumiskan bahan sampai naik bau. 6.Masukkan ekor dan tuangkan air, rebus selama dua jam 7.Selepas daging empuk , masukkan bahan seperti kentang, lobak dan tomato serta stok daging. 8.Perisakan dengan garam 9.Siap untuk dihidangkan dan taburkan bawang goreng, daun sup, saderi dan daung bawang
Saiz hidangan : 2 orang Masa memasak : 1 jam 15 minit (jika guna pressure cooker) Cara memasak : Tumis dan rebus/reneh Jenis masakan : Lauk pauk Keistimewaan : Jika suka anda boleh memerah limau nipis untuk melazatkan lagi sup dan mengurangkan kandungan lemak. Anggaran kos : RM 25
INFO CHEF : Ekor lembu adalah bahagian daging yang susah untuk empuk dan mengambil masa yang lama. Anda boleh memasukkan beberapa biji kurma untuk melembutkan daging semasa merebus.
TERIMA KASIH : CHEF FARIDUL ATARAS AB RAZAK & CHEF ARDY DANIEL dari Hotel Crystal Crown, Petaling Jaya, Selangor
Gulai Ayam Kelate antara menu yang menjadi kegemaran ramai. Dah rasa sekali mesti teringat-ingat dan nak repeat makan lagi.
Paling penting guna rempah yang dibeli khas dari Pantai Timur khususnya Kelantan. Kalau susah nak jumpa boleh dapatkan secara atas talian atau online sahaja.
Ada pelbagai versi Gulai Ayam Kelantan ini, namun rasanya memang cukup tersendiri. Makan dengan nasi putih ada pula sambal lada jantan, lepas makan terus teringat.