Tong sampah tak penuh lagi tapi dah bau busuk. Ataupun ketika angkat sampah untuk dibuang menitis pula air yang busuk pada lantai. Sudahnya kita kena mop lantai dan bersihkan tong sampah yang berair dan berbau ini.
Untuk elak masalah ini dari berlaku boleh praktikkan cara yang dikongsi oleh Nur Husna Shaikhun. Caranya mudah sangat cuma guna sarang telur saja. Daripada kita buang sarang telur, boleh gunakan begini ya.
Guna sarang telur untuk elak tong sampah berbau dan berair
Ambil sarang telur terpakai kemudian potong ikut saiz tong sampah.
Ads
2.Masukkan plastik sampah dan lapik sarang telur yang dipotong tadi di dasar tong sampah.
Ads
3. Sarang telur ini berfungsi untuk menyerap air sampah supaya tak menitis dan juga untuk menyerap bau busuk.
Selalu kita keliru kan. Apa bezanya? Cam sama je. Gula, mentega dan krim kan? Mana lagi sedap? Ok, jika masih keliru, ini beza bahan dan cara masak atas dapurnya, api sederhana ya.
Sos karamel : GULA PUTIH (1.5 cawan) jadi karamel + butter (3 sudu besar) 2 minit kacau + whipping cream (3/4 cawan). Kacau, cukup likatnya, tutup api.
Sos butterscotch : Mentega mencair (3 sudu besar mentega) + GULA PERANG (1 cawan) 5 minit kacau + whipping cream (3/4 cawan). Kacau, cukup likat, tutup api.
Kedua-duanya boleh ditingkatkan rasanya dengan tambahan vanilla, garam mengikut kesesuaian. Jadilah ia salted caramel dan salted butterscotch masing-masing.
Sayur hijau seperti sawi, kangkung, bayam dan sebagainya selalu mendatangkan masalah jika simpan lama di dalam peti sejuk. Jika dibeli, dalam 2-3 hari sahaja sayur tersebut kelihatan layu dan lembik. Jika tidak layu, sayur ini akan menjadi kekuningan dan rasa tidak enak jika dimasak dan dimakan.
PETUA SIMPAN SAYUR HIJAU AGAR SEGAR & KEKAL HIJAU LEBIH LAMA
Bagi anda yang suka membeli sayur-sayuran untuk sajian keluarga dalam tempoh seminggu, petua ini anda boleh cuba.
BAHAN-BAHAN:
Sayuran hijau ( tak perlu cuci)
Kertas surat khabar
Plastik hitam
CARA-CARA:
1. Bersihkan sayur bagi membuang pasir dan kotoran tanpa membasuhnya. Cukup sekadar lap menggunakan tisu atau kain.
2. Ambil kertas surat khabar dan bungkus sayur dengan kemas.
3. Masukkan bungkusan sayur ke dalam plastik berwarna hitam atau gelap.
4. Simpan dalam peti sejuk di bahagian sayur. Hasilnya sayur akan kekal segar dan berwarna hijau walau sudah dibeli seminggu.
Jom buat cilikisar homemade yang tahan lama. Maklumlah, cili kisar adalah bahan masak yang wajib ada di dapur. Terdapat pelbagai jenama cili kisar yang ada di pasaran namun ada yang lebih suka hasilkan sendiri. Katanya lebih sedap. Memang tak dinafikan, cili kisar yang diadun sendiri ni memang punya rasa yang lebih power.
Namun, salah satu masalah yang dihadapi ialah ia cepat berkulat walaupun disimpan dalam peti sejuk. Kadang-kadang ada yang tak sampai seminggu dan naik kulat putih dan berbau masam. Menerusi perkongsian PuanMim Nazihah, beliau kongsikan cara hasilkan cili kisar yang tahan lebih lama. Sangat berbaloi untuk dicuba.
PETUA CILI KISAR HOMEMADE TAHAN LAMA
Kak mim nak share cara buat cili kisar yang tahan berbulan tak berkulat. Mesti ramai yang dah tau kan tapi tak apa. Nak share jugaklah. Mungkin ada sorang dua yang masih tak tau.
Selalukan kalau kita kisar cili kering, simpan dalam peti ais, tak sampai seminggu ia dah masam dan naik kulat putih. Guna cara ni InsyaAllah tahan lama. Sebulan dua tak berkulat.- Kak Mim
CARA-CARA: 1. Potong cili kering dan kupas bawang putih. Cuci bersih.
2. Rebus cili kering bersama bawang putih hingga cili menjadi lembut. Kemudian toskan.(tidak perlu basuh lagi, cuma tos saja. Jika basuh balik guna air paip nanti cili kisar tidak tahan lama).
3. Biarkan sekejap hingga cili agak sejuk sedikit, kemudian kisar dengan menggunakan air tapis.
4. Letak cili kisar dalam bekas bersih bertutup dan simpan dalam peti sejuk. Hasilnya cili akan tahan lama dan tak berkulat walau disimpan berbulan-bulan. Malah cili juga tidak berbau masam.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!