Sayur hijau seperti sawi, kangkung, bayam dan sebagainya selalu mendatangkan masalah jika simpan lama di dalam peti sejuk. Jika dibeli, dalam 2-3 hari sahaja sayur tersebut kelihatan layu dan lembik. Jika tidak layu, sayur ini akan menjadi kekuningan dan rasa tidak enak jika dimasak dan dimakan.
PETUA SIMPAN SAYUR HIJAU AGAR SEGAR & KEKAL HIJAU LEBIH LAMA
Bagi anda yang suka membeli sayur-sayuran untuk sajian keluarga dalam tempoh seminggu, petua ini anda boleh cuba.
BAHAN-BAHAN:
CARA-CARA:
1. Bersihkan sayur bagi membuang pasir dan kotoran tanpa membasuhnya. Cukup sekadar lap menggunakan tisu atau kain.
2. Ambil kertas surat khabar dan bungkus sayur dengan kemas.
3. Masukkan bungkusan sayur ke dalam plastik berwarna hitam atau gelap.
4. Simpan dalam peti sejuk di bahagian sayur. Hasilnya sayur akan kekal segar dan berwarna hijau walau sudah dibeli seminggu.