
Ada yang craving tiramisu untuk minum petang? Jom buatnya dengan meletakkan biskut oreo dan vege cracker.Lemak manis memang buat ketagih nak makan. Bila disejukkan lagi tambah enak.
Bahan-bahan:
Biskut oreo dan vege cracker-rendam sekejap dalam air milo atau air suam.baru susun
250g cream cheese
¾ cawan whipping cream
Susu pekat-ikut citarasa
Sedikit serbuk milo
Cara membuat:
1.Adun cream cheese dan whipping cream dalam 10 minit.
2.Masukkan susu pekat, adun lagi hingga adunan sebati.
3.Ambil bekas atau loyang 6 inci.
4.Masukkan sikit adunan dalam loyang.Ratakan.
5.Celup vege cracker dahulu.Susun hingga seluruh loyang.
6.Lapiskan dengan adunan cheese pula.
7.Kemudian celup lagi biskut.Selang seli dengan adunan cheese.Ulang hingga habis.
8.Kalau nak lapis biskut oreo dahulu pun boleh.Terpulang nak lapis mana dulu.
9.Hingga lapisan akhir,letak adunan cheese.Tutup semua lapisan biskut.
10.Tabur milo serbuk atas lapisan dan sejukkan dulu baru makan.
Kredit: Ieda jahaya
INGIN MEMBELI ACUAN KEK, BOLEH LIHAT DI SINI.
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Kek Pisang Moist Guna Bahan Murah, Tapi Sangat Sedap

Penggemar Kek Pisang Moist harus cuba resipi yang dikongsi oleh saudari Noor Ashikin Saerah ini. Nampak sangat sedap dan gebu. Malah cara-cara membuatnya juga cukup mudah. Pasti puas hati menikmatinya. Menurut empunya resipi, kek ini menggunakan bahan-bahan yang sangat ekonomi. Jika mahukan rasa kek yang lebih premium, boleh menggantikan minyak dengan mentega yang dicairkan. Lebih mantap rasanya. Wow…Jom cuba!
CARA MEMBUAT KEK PISANG MOIST SEDAP
BAHAN-BAHAN (loyang 8×8 inci):
1 cawan pisang yang telah dilecek (3½ biji pisang abu)
1 sudu makan jus lemon/ limau nipis/ limau kasturi
4 biji telur gred A
1 cawan minyak jagung – beli online disini
3/4 cawan gula kastor – beli online disini
Sedikit emulko pisang/ esen vanilla – beli online disini
Secubit garam
1½ cawan tepung gandum – beli online disini
1 sudu teh soda bikarbonat – beli online disini
1 sudu teh serbuk penaik (baking powder) – beli online disini
CARA MEMASAK:
1. Panaskan ketuhar pada suhu 170°C menggunakan api atas dan bawah.
2. Gris nipis loyang dan alas dengan baking paper. Ketepikan.
3. Campurkan jus lemon ke dalam pisang yang telah dilecek. Gaul sekata. Ketepikan.
4. Ayak tepung gandum, soda bikarbonat dan serbuk penaik. Ketepikan.
5. Kisar telur, minyak jagung, gula kastor, emulko vanila dan garam selama 6 minit.
6. Kaup adunan dengan spatula sekali-sekala.
7. Masukkan pisang lenyek ke dalam pengisar. Kisar seketika lebih kurang ½ minit.
8. Masukkan bahan kisar ke dalam tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit sambil digaul. Pastikan adunan bercampur rata.
9. Tuangkan adunan kek ke dalam loyang. Hiaskan dengan pisang yang dihiris nipis.
10. Bakar selama 50-60 minit atau sehingga masak. Setelah kek masak, sejukkan pada suhu bilik. Kek akan lebih berkilat apabila dibiarkan lebih 3 jam selepas dibakar.
Nota:
1. Untuk hiasan, letakkan pisang yang dihiris nipis supaya pisang tidak tenggelam di dalam adunan kek.
2. Cucuk dengan lidi pada bahagian tengah kek untuk memeriksa jika kek telah masak sepenuhnya. Jika lidi bersih & tiada adunan yang melekat, bermakna kek telah masak & bolehlah dikeluarkan dari ketuhar.
Kredit resipi & foto: Noor Ashikin Saerah
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Nasi Kerabu Kuning Sedap. Masak Sendiri Baru Puas Makan.
Resipi Rojak Ayam Sedap. Masak Sendiri Puas Hati & Lebih Jimat
Cara Masak Oden Homemade Ala Family Mart. Sedap & Puas Makan
Jom Cuba! Resipi Kuih Kole Kacang Sedap, Mudah & Kurang Manis
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Kelas Online Rasa kini kembali & ianya PERCUMA!
Nak belajar buat aneka juadah minum petang yang ringkas dan sedap? Jom sertai Kelas Online RASA bersama Chef Azreen, founder Dapur Kakhajjah.
Kelas Online Minum Petang
Tarikh: 10 September 2022 (Sabtu)
Masa: 10.30 pagi
Medium: Secara online/atas talian (link akan disertakan selepas pendaftaran)
Berminat nak join? FREE je tau. Daftar sekarang DISINI
Ini 7 Menu Kampung Paling Disukai Ramai, Sebab Senang & Sedap.

Sebut je asam pedas, rendang, gulai lemak dan kerabu, perut kenyang pun jadi lapar. Apa lagi bila juada dah depan mata, tak sabar menjamahnya. Kali ini RASA kongsikan tujuh menu kampung yang memang boleh buat kecur air liur. Korang bolehlah cuba ye.
ASAM PEDAS EKOR LEMBU
BAHAN-BAHAN:
- 1kg ekor lembu yang telah dipotong | rebus hingga empuk
- 250ml air asam Jawa
- 150gm pes cili kering
- 5 tangkai daun kesum | asingkan dari batangnya
- 1 batang bunga kantan | belah empat
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
- Garam, gula dan perasa secukupnya
- 200ml minyak masak untuk menumis
BAHAN KISAR:
- 1 biji bawang besar
- 4 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 2cm halia muda
- 2cm lengkuas
- 10 biji cili padi
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar hingga wangi.
- Masukkan pes cili dan serbuk lada hitam. Kacau lagi hingga pecah minyak.
- Seterusnya air asam jawa, bunga kantan dan daun kesum.
- Kemudian masukkan ekor yang telah direbus.
- Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa secukupnya.
- Kecilkan api biarkan mereneh lebih kurang lima minit lagi (pastikan kuah tidak terlalu cair atau pekat)
- Tutup api dan boleh dihidang.
GULAI LEMAK PISANG MUDA
BAHAN-BAHAN:
- 500 pisang muda | buang kulit arinya
- 500 ml santan
- 1 helai daun kunyit
- Sedikit ikan bilis/udang kering
- Garam secukup rasa
BAHAN KISAR HALUS:
- 3cm kunyit hidup
- 12 biji cili padi
- 2 ulas bawang merah
CARA MEMASAK:
- Masukkan santan bersama bahan kisar dalam periuk, kacau rata.
- Didihkan di atas api sederhana.
- Setelah mereneh, masukkan pisang dan ikan bilis.
- Apabila pisang empuk masukkan daun kunyit,garam secukup rasa.
- Tutup api gulai pisang sedia dihidangkan.
GULAI LEMAK SIPUT SEDUT
BAHAN-BAHAN:
- 1kg siput sedut | bersihkan, potong ekornya
- 500ml santan pekat
- 150gm daun kaduk
- 2 batang serai | titik
- 1 keping asam gelugor
- Garam, gula dan perasa secukupnya
BAHAN KISAR:
- 3cm kunyit hidup
- 2cm halia
- 16 biji cili padi
- 3 ulas bawang merah
- 1 ulas bawang putih
CARA MEMASAK:
- Masukkan bahan kisar bersama santan dalam periuk.
- Didikan di atas api sederhana.
- Setelah mendidih masukkan serai dan asam gelugor.
- Selepas dua minit masukkan siput sedut.
- Kemudian perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa.
- Tutup api dan gulai sedia dihidangkan.
KERABU AYAM
BAHAN-BAHAN:
- 1 keping dada ayam | rebus atau kukus
- 1 batang serai | mayang halus
- 1 biji bawang merah | mayang halus
- 10 biji cili padi | mayang halus
- 2 biji limau nipis | ambil jus sahaja
- Daun limau purut-racik halus
- Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Carik-carikkan ayam.
- Campurkan isi ayam bersama bahan yang telah dimayang halus di dalam mangkuk.
- Perahkan jus limau nipis di dalamnya bersama sos ikan.
- Tambahkan sedikit garam dan gula.
- Gaul rata hingga masam manis, pedasnya sekata.
- Apabila cukup rasa, ia sedia dihidangkan.
RENDANG DENDENG BONDA
BAHAN-BAHAN:
- 1kg daging batang pinang | rebus hingga empuk
- 6 sudu makan pes cili kering
- 8 ulas bawang merah | kisar
- 4 biji bawang besar | mayang halus
- 6 ulas bawang putih | mayang lalus
- 3cm halia | mayang halus
- 3 sudu makan air asam Jawa
- Garam dan gula secukup rasa
- 1 cawan kicap pekat manis
- 1 cawan minyak masak
CARA MEMASAK:
- Daging rebus dihiris nipis kemudian gaulkan dengan kicap pekat manis bersama sedikit gula. Perap seketika.
- Panaskan minyak, kemudian goreng daging separuh masak, angkat dan toskan minyak.
- Tumbuk daging hingga nipis dan sedikit pecah. Ketepikan.
- Kemudian tumiskan bahan yang dimayang halis hingga naik bau dan garing dan ketepikan.
- Tumiskan bahan kisar hingga naik bau. Masukkan pula pes cili kering.
- Kacau rata hingga pecah minyak, masukkan baki kicap pekat manis.
- Masukkan garam, gula dan air asam, kacau rata kemudian masukkan daging kisar dan bahan yang digoreng tadi.
- Terus masak atas api sederhana, kacau selalu.
- Bila kuah pekat dan cukup rasa,tutup api.
- Rendang Dendeng sedia dihidangkan.
SUP TULANG RAWAN
BAHAN-BAHAN:
- 1kg tulang rawan
- 1 sudu makan rempah sup
- 1 sudu makan serbuk ketumbar
- 2 batang serai | titik
- Daun sup secukupnya | hiris halus
- Daun bawang secukupnya | hiris halus
- Serbuk lada hitam/ putih secukupnya
- Garam dan perasa secukupnya
- Sedikit ,minyak untuk menumis
BAHAN PENUMIS:
- 2 batang kulit kayu manis
- 3 kuntum bunga lawang
- 4 biji buah pelaga
BAHAN KISAR:
- 6-8 ulas bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 3cm halia
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak, tumiskan bunga lawang, kulit kayu manis dan buah palaga. Tumis hingga wangi.
- Seterusnya masukkan bawang merah,bawang putih dan halia, kacau lagi hingga naik bau.
- Masukkan rempah sup dan ketumbar. Kacau perlahan-lahan. Kemudian masukkan serai.
- Masukkan air dan biarkan mendidih seketika.
- Masukkan tulang rawan dan biarkan sampai empuk barulah garam dan serbuk perasa secukupnya.
- Setelah daging empuk dan secukup rasa. masukkan daun sup dan bawang goreng.
- Sup sedia untuk dihidang.
UDANG MASAK KALIO
BAHAN-BAHAN:
- 1kg udang saiz XXL | bersihkan dan tos
- 500ml santan
- 1 helai daun kunyit
- 2 helai daun limau purut
- 3 sudu makan air asam Jawa
- Garam dan gula secukup rasa
- 3 sudu makan minyak masak
- 1 sudu makan ketumbar | goreng sangai dan kisar
BAHAN KISAR:
- 6 ulas bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 5 biji cili merah
- 2 biji cili hijau
- 6 biji buah keras
- 3cm kunyit hidup
- 3cm lengkuas
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar hingga wangi.
- Masukkan pula serbuk ketumbar
- Kemudian masukkan daun limau purut, daun kunyit dan santan.
- Setelah mendidih masukkan udang, kacau hingga udang bertukar warna.
- Seterusnya masukkan air asam Jawa, garam, gula secukup rasa.
- Apabila udang masak, tutup api dan udang sedia dihidangkan.
20 Minit Ayam Panggang Setanding Restoran Mewah

Boleh dikatakan ramai orang terutama kanak-kanak memang suka ayam panggang, terutamanya bahagiaan dada kerana ia senang disediakan, tad ada tulang dan cepat masak. Cuma ramai emak-emak bila sebut ayam panggang macam rasa susah nak buat kat rumah, sebab sebut je panggang ingat masakan barat yang tak biasa masak. Sebenarnya tak susah pun, ia semudah goreng ayam cuma bahan berbeza dan perlu dibakar je.
Jom kita buat sendiri di rumah dengan cara paling mudah, hanya 20 minit dada ayam panggang masak dan sedia dihidang bersama nasi ataupun dengan mashed potato, coslow mahupun salad.
Bahan perapan terpulang pada citarasa anda dan keluarga. Jika tidak mahu pening fikir soal resipinya, ini bahan perapan paling mudah boleh korang cuba.
Ini dia bahan-bahan yang diperlukan untuk perapan:
- 2 keping dada ayam tanpa tulang
- 1 1/2 sudu makan mentega
- 1 biji lemon | parut kulitnya
- 1/2 sudu teh cajun
- Garam secukupnya
- Serbuk lada hitam secukupnya
Gaulkan bahan perapan ini dengan isi dada ayam perap seketika kemudian bakar.