Semalam kecoh di media-media sosial tentang kemurahan hati Putera Mahkota Johor; DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim yang mengejutkan rakyat yang sedang ‘shopping’ dengan membayar segala perbelanjaan pada hari tersebut semasa lawatan beliau bersama isteri, YM Che Puan Khaleeda Bustamam ke pasaraya Aeon Tebrau City, Johor Bahru.
Difahamkan sebanyak RM3000 diperuntukkan untuk setiap pelanggan dan mereka boleh memilih apa sahaja barang keperluan yang mereka inginkan. Malah menurut sumber dari pelbagai berita, secara keseluruhan TMJ telah membelanjakan lebih daripada RM1 juta pada hari tersebut. Wow…Begitulah kasih raja kepada rakyatnya!
Namun disebalik keterujaan rakyat membeli-belah, ini pula yang terjadi bila ada pelanggan-pelanggan yang tak sempat berbelanja.
Gambar yang dikongsi oleh pelayar Twitter; Nurainie Haziqah menunjukkan suasana kacau bilau yang berlaku dalam pasaraya tersebut.
Berikutan dari insiden ini, hari ini pasaraya Aeon Tebrau City menerusi laman facebook telah mengumumkan penutupan sementara operasi.
Tak baik tau. Patutnya kena pakat berbelanja secara tenang. Walau apa-apa pun, memang untung siapa yang ada di pasaraya tersebut semalam. Min tengok pun seronok.