Kalau anda mencari masakan yang ringkas tapi sedap, wajib cuba Udang Butter Garlic ni. Hidangan ini menggabungkan rasa lemak mentega, pedas cili padi dan wangi daun kari yang buat orang terliur. Paling best, tak perlu bahan pelik-pelik tapi rasa dia memang ‘wow’! Jom cuba.
UDANG BUTTER GARLIC
Bahan-bahan:
500gm udang | dibersihkan, dibuang kepala
Tepung tempura secukupnya
Air | untuk celup udang
3 sudu besar mentega
10 biji cili padi | dihiris
7 ulas bawang putih | dicincang
3 tangkai daun kari
1 sudu kecil serbuk lada hitam
Cara Memasak:
Gaul udang dengan tepung, celupkan dengan air dan celupkan semula ke dalam tepung. Kemudian goreng hingga udang keperangan dan toskan.
Cairkan mentega, kemudian tumis cili padi, bawang putih serta daun kari. Tumis hingga naik bau.
Masukkan garam dan serbuk lada hitam. Kacau rata.
Akhir sekali, masukkan udang yang telah siap digoreng tadi. Gaul hingga sebati.
Udang Butter Garlic sedia untuk dihidangkan.
TONTON VIDEO PENUH DI SINI:
Ads
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Apabila korang nak masak kerang, kerap terfikir dalam kepala menu kerang rebus dan bakar sahaja. Paling kuat pun dimasak sambal kerang atau rendang kerang. Nah, RASA nak bagi satu idea yang best iaitu kerang goreng kicap.
Sedap tau. Kalau tak buat lauk pun, sedap ratah macam tu je.
KERANG GORENG KICAP
Bahan-Bahan
Minyak masak untuk menumis
5 ulas bawang putih (diketuk)
2 batang serai
50 ml kicap masin
500 gram kerang (dibersihkan)
250 ml air
Cara Memasak
1. Tumis bawang putih dan serai sehingga garing dan kekuningan.
2. Masukkan kicap dan tumis seketika. Kemudian masukkan kerang dan tambahkan air.
3. Sesuaikan rasa dengan menambahkan garam mengikut cita rasa anda.
4. Tutup kuali dan biarkan kerang masak sempurna. Sedia untuk dihidang.
Berkunjung di kediaman Datin Sri Eima, memberi peluang kepada penulis untuk mencuba menu autentik Sarawak dan Perak yang sangat sedap, ternyata isteri kepada Datuk Sri Abang Aditajaya, ahli perniagaan dari Sarawak ini pandai memasak dan baking. Cuma semasa kunjungan kami, beliau tidak sempat baking kerana agak kesuntukkan masa.
“Sebenarnya kalau nak ikutkan minat saya lebih suka baking dari memasak. Tetapi memasak ini adalah keperluan rutin, jadi setiap hari kalau tak masak pun saya kena juga sediakan hidangan untuk keluarga, berbanding baking, selalunya bila saya ada masa lapang atau bila birthday anak-anak.
“Hari ni, agak sibuk sikit, saya tak sempat baking, cuma sempat sediakan beberapa jenis lauk untuk RASA cuba. Daging Hitam Gula Apong ni adalah kegemaran suami kerana dia orang Sarawak. Menu ini saya belajar dengan arwah ibu metua sampai menepati rasa seperti diinginkan suami. Jadi ini adalah menu wajib keluarga saya bila Hari Raya atau hari-hari tertentu kami mengadakan keraian,” cerita Datin Sri Eima yang tampil cantik serba putih petang hari itu.
Satu lagi menu yang tidak kurang menariknya, ialah Rendang Jering. Rendang ini adalah menu warisan keluarga Datin Sri Eima yang berasal dari Perak. Ternyata jering yang kuat baunya itu bila diolah menjadi rendang ia sangat sedap, rasa kenyal dan tiada bau, malah lebih sedap dari daging yang dicampurkan bersama.
“Ini adalah menu turun temurun keluarga saya, saya pelajarinya dari ibu. Jering yang sesuai untuk dijadikan rendang mestilah jering tua dan ia perlu direbus lama dan dua tiga kali tukar air sebelum boleh dibuat rendang. Itu sebabnya tak ada bau dan lembut, ternyata bila penulis rasa memang sedap dan rasa macam tak boleh berhenti makan. Memang terbukti sedap. Jika ingin cerita lanjut mengenai Datin Sri Eima boleh dapatkan Majalah Rasa Febuari 2019 ye…
DAGING MASAK HITAM GULA APONG
BAHAN-BAHAN:
1kg daging batang pinang | hiris nipis
4 sudu makan kicap pekat
4 sudu makan gula Apong
5 sudu makan pes cili kering
Sedikit air asam jawa
Garam dan perasa secukupnya
Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng
BAHAN KISAR:
2 biji bawang besar
4 batang serai
3cm lengkuas
3cm halia
CARA MEMASAK:
Gaulkan hirisan daging bersama kicap pekat dan gula Apong, perapkan sekurang-kurangnya 30 minit.
Panaskan minyak dalam kuali, kemudian tumiskan cili kering.
Setelah garing masukkan bahan kisar. Kacau rata hingga timbul minyak.
Seterusnya masukkan daging yang telah diperap tadi.
Kacau rata hingga air daging kering.
Akhir sekali perasakan dengan air asam jawa, serbuk perasa serta garam secukup rasa.
Setelah daging empuk, sedikit garing dan cukup rasa tutup api.
Daging masak hitam sedia dihidangkan.
RENDANG JERING
BAHAN-BAHAN:
1kg jering | rebus
1/2kg daging | hiris nipis dan kecil
1 litter santan pekat
4 sudu makan kerisik
Garam, gula dan perasa secukup rasa
1 helai daun kunyit | hiris
3 sudu makan cili serbuk
4 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
4 batang serai
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
3cm halia
3cm kunyit hidup
20 biji cili padi
CARA MEMASAK:
Panas minyak, tumiskan bahan kisar hingga wangi.
Masukkan daging, kacau rata dan biarkan hingga air daging keluar dan kering.
Tambahkan serbuk cili, gaul rata dan masukkan santan.
Setelah daging empuk masukkan jering yang telah direbus.
Kacau lagi dan masukkan kerisik.
Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa secukupnya.
Setelah kuah pekat, taburkan hirisan daun kunyit. Kacau rata dan tutup api.
Rendang jering sedia dihidangkan.
UDANG BERLADO
BAHAN-BAHAN:
500gm udang saiz XL | bersihkan
2 batang serai | titik
Garam, gula dan perasa secukup rasa
Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng dan menumis
BAHAN KISAR:
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
3 biji cili merah
4 biji cili padi
1 biji tomato
CARA MEMASAK:
gaulkan udang dengan serbuk kunyit dan garam ahalus. Ketepikan.
Panaskan minyak dalam kuali, goreng udang hingga kemerahan. Angkat dan ketepikan.
Keluarkan minyak dan tinggal sedikit untuk menumis.
Tumiskan bahan kisar dan serai titik hingga wangi dan pecah minyak.
Perasakan dengan garam, gula dan perasa secukupnya.
Setelah cukup rasa dan garing, tutup api dan masukkan udang yang telah digireng tadi.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!