Usah Bersesak Di Pasaraya, Duduk Rumah & Beli Online Aje.

Share

Bila dah duduk bekerja dari rumah, anak-anak dah balik dari universiti dan yang sekolah pun bersambung cuti kerana sekolah tutup, maka mak mak pun sibuklah memasak di dapur. Tapi hati-hati ya jangan ambil kesempatan keluar rumah , pergi ke pasaraya kini bukan aktiviti keluarga.

Setelah perutusan Perdana Menteri berkenaan perintah kawalan pergerakan, ramai pengguna dan individu telah mula melakukan pembelian panik di pasaraya. Malah, kebanyakan barang di pasaraya turut habis licin dibeli oleh individu yang terlalu panik dengan perintah ini.

Buat korang yang bekerja dari rumah atau yang sedang bercuti, jika anda tiada masa atau bimbang untuk keluar membeli barangan rumah, anda boleh membuat pembelian menerusi online untuk membeli barangan runcit. Duduk di rumah, dan biarkan barangan runcit datang ke rumah anda.

Demi keselamatan diri dan keluarga semasa musim COVID-19 ini patuhilah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Nah min kongsikan senarai kedai yang menawarkan pembelian barangan runcit secara dalam talian.

Lembah Klang

1. Mygroser

Penghantaran setiap hari, 9 pagi hingga 9 malam setiap hari termasuk cuti umum. Mereka mempunyai kedai fizikal sendiri, bilik penyimpanan sejuk dan kedai roti untuk memastikan kebersihan dan kesegaran.

2. Happyfresh

Penghantaran pada hari yang sama. Mempunyai pelbagai pilihan pasar raya di kawasan anda. Setiap hari bermula jam 10 pagi hingga 9 malam termasuk cuti umum.

3. Tesco

Penghantaran sehari selepas pesanan, 10 pagi higga 10 malam setiap hari termasuk cuti umum. Boleh juga ambil di kedai.

4. Mydin

Penghantaran keesokan harinya, 10 pagi hingga 10 malam setiap hari termasuk cuti umum, boleh juga ambil di kedai.

5. Jaya Grocer

Penghantaran keesokan harinya, 10 pagi hingga 10 malam setiap hari termasuk cuti umum.

6. Redtick

Penghantaran keesokan hari, lokasi terhad.

7. Pantry Express

Tempoh penghantaran adalah 3 hingga 5 hari kecuali cuti umum, 8 pagi hingga 6 petang.

8. Potboy

Tempoh penghantaran 3 hingga 5 hari bekerja, tiada cas penghantaran.

**Sila ambil perhatian bahawa penghantaran hari yang sama adalah tertakluk kepada terdapat slot yang tersedia untuk hari tersebut.

Nationwide Groceries

1. Redtick Plus

Tempoh penghantaran adalah 1 hingga 5 hari bekerja.

Makanan Laut Segera

2. My Seafood Mart

2 petang hingga 8 malam kecuali sesetengah cuti umum, Lembah Klang sahaja.

3. Fish Club

Tempoh penghantaran 3 hingga 5 hari pada hari Rabu, Khamis dan Ahad (JB) dan Khamis (KL dan Penang).

4. Fish For It

Penghantaran dalam masa 48 jam, dihantar ke Lembah Klang, di tempat lain akan mengambil masa lebih lama.

5. Fresh Seafood Malaysia

Penghantaran pada hari bekerja sahaja, tersedia di Georgetown, Ipoh, Lembah Klang, Negeri Sembilan dan Johor Bahru.

6. My Fishman

11 pagi hingga 7 malam dari Rabu hingga Sabtu sahaja, penghantaran di seluruh negara.

Barangan Organik

1. Signature Market

Penghantaran mengambil masa 7 hingga 10 hari, seluruh negara.

2. Everleaf

Penghantaran mengambil masa 4 hingga 5 hari, barang segar dari ladang tempatan. Lembah Klang sahaja.

3. Organic Express

Penghantaran mengambil masa 3 hingga 5 hari, seluruh negara.

4. Organic4U

10 pagi hingga 6 petang, hari Isnin, Rabu dan Jumaat sahaja. Keluaran ladang organik, Lembah Klang sahaja.

5. TM Organic Farms

Penghantaran kotak organik mingguan di Lembah Klang.

Published by
Faridah Talib