Asam pedas adalah satu resipi yang sedap sungguh. Syaratnya, masa menumis tu kena lama. Biar naik minyak betul-betul. RASA kongsikan resipi daripada SuiSan Aliezsha yang memuat naik resipi ini dalam facebook group RASA Share Resepi.
Menurut SuiSan Aliezsha, dia suka menggunakan ikan tenggiri sebab ikan ini mempunyai daging yang lebih sedap.
ASAM PEDAS IKAN TENGGIRI
Ads
BAHAN-BAHAN
7 tangkai cili kering
Sedikit belacan
2 inci kunyit hidup
2 inci halia
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Minyak masak untuk menumis dan menggoreng
Ikan tenggiri
Serbuk kunyit
1 labu bawang besar (potong 4)
Sedikit air asam jawa
Sedikit air untuk kuah
Garam dan gula secukup rasa
1 biji tomato (belah 4)
3 biji bendi
CARA MEMBUAT
1. Kisar cili kering, belacan, kunyit hidup, halia, bawang merah dan bawang putih. Ketepikan.
2. Panaskan minyak masak. Gaul ikan tenggiri dengan serbuk kunyit. Goreng ikan tenggiri separuh masak. Angkat dan ketepikan.
3. Dengan minyak goreng ikan tadi, agak-agak kuantitinya untuk menumis. Tumis bahan tumis tadi sampai naik minyak.
4. Masukkan bawang besar. Tumis lagi.
Masukkan air asam jawa dan air untuk kuah.
5. Masukkan ikan tenggiri dan perasakan dengan garam dan gula.
6. Masukkan tomato dan bendi. Biarkan mendidih seketika. Matikan api dan angkat.
Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Semuanya menarik, jom klik link ni untuk cuci mata. Mana tahu ada yang berkenan kan? Klik sini (saya nak beli periuk baru la)
Kata orang makan kalau tak pedas memang tak berselera. Sebab tulah pelbagai menu kampung mesti pedas dan sambal antara menu wajib ada di meja hidangan. Sebagai perkongsian bersama, berikut dikongsikan empat menu berasaskan sambal yang sekali makan menang boleh menghabiskan dua pinggan nasi. Tak percaya korang boleh cuba.
SAMBAL TUMIS PETAI BILIS CILI PADI
BAHAN-BAHAN:
200 gm ikan bilis | kopek
3 papan petai muda| kikis kulit ari dan potong dengan kulit-kulit
1 biji bawang besar | hiris
1 sudu makan air asam Jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak secukupnya untuk menggoreng dan menumis
BAHAN KISAR KASAR:
20 biji cili padi
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit ikan | ambil dari yang telah dikopek tadi
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak secukupnya, goreng ikan bilis separuh masak. Angkat dan ketepikan.
Keluarkan minyak dan tinggal sedikit untuk menumis.
Tumiskan bahan kisar hingga wangi, masukkan hirisan bawang dan petai.
Kacau rata hingga petai berubaah warna, masukkan air asam Jawa.
Setelah kulit petai bertukar warna, masukkan ikan bilis, kacau rata.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Kecilkkan api dan terus kacau hingga pecah minyak.
Tutup api dan sambal sedia dihidangkan.
SAMBAL BILIS JERING
BAHAN-BAHAN:
200gm ikan | kopek
6 biji jering tua | hiris nipis
1 biji bawang besar | hiris
6 ulas bawang merah | kisar kasar
2 ulas bawang putih | kisar
1 sudu makan air asam Jawa
5 sudu makan pes cili kering
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, goreng ikan bilis separuh masak, angkat dan toskan.
Seterusnya goreng jering juga separuh masak, angkat dan tos.
Keluarkan minyak tinggal sedikit untuk menumis.
Tumis bahan kisar bersama bawang besar hingga layu.
Masukkan pula pes cili kering, kacau rata hingga pecah minyak.
Masukkan air asam Jawa, kacau seketika masukkan pula ikan bilis dan jering goreng tadi.
Kecilkan api, kacau rata dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Setelah garing dan cukup rasa, tutup api.
Sambal sedia dihidangkan.
IKAN MASIN SEPAT SAMBAL CILI
BAHAN-BAHAN:
3 ekor ikan masin | potong atau tiga setiap ekor ikan
3 sudu makan pes cili kering
1 sudu makan air asam Jawa
1 biji bawang besar | hiris
5 ulas bawang merah | kisar
2 ulas bawang putih | kisar
3 biji cili merah | kisar
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
Cuci ikan masin kemudian toskan.
Panaskan minyak, kemudian goreng ikan masin (guna api sederhana) hingga garing, kemudian angkat dan tos.
Keluarkan minyak tinggal sedikit.
Tumiskan bawang besar bersama bahan kisar hingga wangi.
Masukkan pula pes cili kering bersama air asam Jawa.
Terus kacau hingga pecah minyak, perasakan dengan gula dan sedikit garam.
Setelah cukup rasa, masukkan ikan masin dan kecilkan api.
Kacau rata dan tutup api.
Ikan masin sambal sedia dihidangkan.
IKAN TALAPIA SAMBAL CILI PADI
BAHAN-BAHAN:
2 ekor ikan Talapia | siang, cuci bersih dan tos
1/2 biji bawang besar | hiris
1 sudu makan air asam Jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menumis
BAHAN KISAR:
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
15 biji cili padi
1 batang serai
CARA MEMASAK:
Gaulkan ikan yang telah dicuci bersih tadi dengan garam dan serbuk kunyit.
Panaskan minyak, goreng ikan hingga garing. Angkat dan ketepikan.
Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
Tumiskan bahan kisar hingga wangi, kemudian masukkan hirisan bawang besar.
Kacau rata dan masukkan air asam Jawa, garam dan gula secukup rasa.
Setelah cukup rasa dan timbul minyak, masukkan ikan goreng.
Tutup api dan gaul rata, kemudian ikan sedia dihidangkan.
Inilah hidangan ringkas tetapi kesedapannya boleh membuatkan kita makan bertambah-tambah. Bagi yang suka pedas boleh letak cili lebih dan kalau mahu simpan lama, ubi kentang boleh digoreng goreng. Memang layan habis! Tak ada lauk lain pun tak apa.
BERLADO KENTANG BILIS
BAHAN-BAHAN:
100gm ikan bilis | digoreng garing
3 biji ubi kentang | dipotong baji dan digoreng
100gm cili merah | dikisar
50gm cili padi merah | dikisar
1 biji bawang besar | dikisar
1 helai limau purut | dikisar
1/2 sudu teh garam
3 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga garing.
Masukkan garam. Kacau rata.
Kemudian masukkan ikan bilis dan kentang yang telah digoreng tadi. Gaul rata.
Sardin antara makanan dalam tin yang menjadi kegemaran ramai. Tapi anda pernah tak terfikir untuk buat sendiri secara homemade sardin seperti yang dijual dalam tin tu? Serius memang tak susah kalau nak buat. Anda boleh cuba buat sendiri stok sardin untuk hidangan ahli keluarga. Sekali cuba, pasti anda akan jarang beli sardin tin dah lepas ni.
Setelah sardin masak, sejukkan sardin betul-betukl. Letakkan dalam bekas kering dan simpan di dalam peti sejuk (boleh di frozenkan juga) selama sebulan atau lebih tanpa bahan pengawet.
CARA BUAT IKAN SARDIN TIN SECARA HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
5-6 ekor ikan sardin segar (bersihkan buang kepala & ekor)
2 biji tomato ranum
2 labu bawang besar merah
4 ulas bawang putih
1 cawan tomato purée
1/2 cawan sos tomato
1 cawan air + secukupnya
Garam & gula secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Bawang besar, bawang putih dan tomato dikisar halus.
2. Dalam periuk, panaskan sesudu makan minyak lalu tumis bahan kisar beberapa minit.
3. Masukkan tomato purée dan sos tomato. Tambah air dalam secawan.
4. Masukkan ikan dan tenggelamkan dalam kuah.
5. Tambah garam dan gula secukup rasa.
INFO CHEF:
Jika selepas 60 minit ikan belum cukup lembut, boleh tambah masak 30 minit lagi. Tambah sedikit lagi air jika kuah terlalu pekat.
Kalau guna periuk biasa pun boleh cuma kena selalu kacau supaya ikan tak melekat dan kena jaga api. Guna api yang tak terlalu besar. Masa memasaknya pun lebih kurang sejam lebih bergantung kepada kuantiti ikan.
Setelah sardin masak, sejukkan sardin betul-betul. Letakkan dalam bekas kering dan simpan di dalam petisejuk (boleh di frozenkan juga) selama sebulan atau lebih tanpa bahan pengawet.
Kalau simpan dalam freezer, letakkan dalam bekas yang kecik (portion untuk sekali masak).
Kredit gambar & resipi sepenuhnya : Chef Sue M. Arukin
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.