
Selalunya bukan senang orang nak share sesuatu yang boleh dibuat bisnes. Tetapi kebaikan wanita ini dipuji ribuan netizen. Ikhlas untuk rakan-rakan FBnya, Suhaila Masran bukan sahaja kongsi cara anyam bekas tako melalui video tetapi juga bermurah hati memberikan resepi yang biasa dibuatnya. Resipi yang lebih mudah dan sedap. Malah sangat sesui untuk dibuat makan sekeluarga, jualan atau memenuhi tempahan keluarga dan handai taulan. Semoga keikhlasan beliau ini diberikan rezeki yang melimpah ruah.
Inilah katanya melalui fbnya.
“Khas buat rakan-rakan muka buku mommy cara-cara nak nganyam daun pandan utk kuih tako 3 segi. Mommy sertakan juga resepi kuih tako kat video tu.Semoga bermanfaat buat kalian”
VIDEO CARA MENGANYAM BEKAS TIGA SEGI DAN CARA BUAT KUIH TAKO.
https://www.facebook.com/suhaila.marsan/videos/1674301892613345/
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Inilah Rahsia Keenakan Apam Pasang Dan Tahu Tak Kenapa Dipanggil Apam Diraja?

Isi Kandungan
ToggleApam Kuala atau Apam Pasang yang juga dipanggil Apam Kuala pasti tidak asing lagi bagi penduduk Perak khususnya orang Kuala Kangsar. Baunya yang harum semerbak boleh dihidu dari jauh ditambah pula jika dihidang panas-panas di kala hujan, pasti menambahkan lagi keenakan makanan sampingan untuk minum petang, iaitu apam pasang atau apam Kuala yang sinonim di bandar Kuala Kangsar.
Mudah diperoleh di pasar malam dan gerai-gerai di sekitar Kuala Kangsar, kuih ini digemari kerana bentuk dan rasanya yang mengembalikan nostalgia zaman kanak-kanak ataupun sewaktu zaman persekolahan anda dahulu.
Ianya dipanggil apam Kuala bersempena nama daerah Kuala Kangsar yang sangat terkenal dengan kuih ini, tidak diketahui sama ada ia boleh diperoleh di daerah lain di Perak namun jarang sekali untuk didapati di tempat lain.
Ada sesetengah yang menamakan ia apam pasang kerana kuih ini apabila siap akan ditelangkupkan dua, sama seperti kembar dan sepasang. Ada juga panggil Apam Diraja Kuih ini juga dikhabarkan menjadi kegemaran Sultan Perak Sultan Nazrin Shah.
Makan dengan kelapa atau sambal
Rasa apam ini agak manis tetapi enak di makan bersama kelapa muda yang telah diparut, apa yang menjadikannya unik adalah dari segi penyediaaannya menggunakan nasi yang ditapai dengan ragi berbanding penggunaan yis untuk apam berlainan jenis.
Menggunakan Tepung Beras
Selain itu , apam Kuala menggunakan tepung beras dan bukan tepung gandum serta dilapik dengan daun pisang semasa dikukus, itu yang menjadikannya berbau harum dan enak untuk dimakan.
Kebiasaannya ia tetap akan lembut walaupun disimpan sehingga keesokan hari memandangkan cara pembuatannya yang masih menggunakan cara tradisional, jika dahulu bentuknya mungkin bulat tetapi kini divariasikan mengikut cita rasa masing-masing mengikut peredaran zaman.
Dalam pada itu, kuih tradisional ini juga tidak diletakkan sebarang pewarna dan hanya berwarna putih sahaja, selalu dihidangkan semasa jamuan gotong-royong dan kenduri kahwin.
Sumber : Bernama & Suara Perak
RESIPI APAM BERAS
Bahan-Bahan:
Bahan-bahan A
- 1 cawan nasi sejuk
- 1 1/2 cawan air
Bahan-bahan B
- 2 cawan tepung beras,
- 2 sudu besar tepung gandum,
- 1 sudu teh yis mauripan dan
- 1 cawan gula pasir.
Bahan-bahan berkaitan lain,
- 1 paket eno
- Pewarna
Cara Penyediaan:
- Blend sehingga halus Bahan A.
- Masukkan Bahan B, dan blend hingga sebati.
- Masukkan ke dalam bekas dan perap selama 5 jam.
- masukkan 1 peket eno dan pewarna ikut suka. Biar seketika.
- Masuk ke dalam acuan dan kukus selama 25 minit.
- Boleh di makan bersama kelapa parut kukus jika suka
Lihat ini juga:
Langkah Masak Lempeng Bawang Putih…Yang Sedap dan Mudah

Lempeng… melempeng untuk sahur memang sedap sungguh…Eh ada ke istilah melempeng. Asyik lempeng kosong. Jom kita bagi berperisa sikit tambah daun bawang dan bawang putih. Jadi ler Lempeng Bawang Putih.
Ni min kongsikan cara buat lempeng, buat adik-adik yang baru nak belajar buat lempeng. Asasnya sama macam lempeng kosong. Ni perkongsian resipi dan foto dari namakucella dari lamannya namakucell.blogspot.com.
LEMPENG BAWANG PUTIH
BAHAN-BAHAN :
- 2 cawan tepung gandum
- 3 1/2 cawan air
- 1 biji telur
- 1/2 sudu teh garam
- 2 sudu minyak
- 1 ulas bawang putih | dicincang
- 1 pokok daun bawang | dihiris
CARA MEMASAK :
1. Campur tepung,garam,air,telur,minyak dan bawang putih dalam mesin pengisar dan kisarkan hingga sebati.
2. Tuang dalam bekas & baru masukkan daun bawang hiris..biarkan 15 minit supaya tepung kembang dan lembut
3. Panaskan kuali dan sapu sikit aje minyak
*Hanya sapu minyak sekali sahaja, untuk seterusnya tak perlu sapu lagi.Jika kuali terlalu berminyak susah nak ratakan dengan belakang senduk, sebab lempeng licin dan tidak melekat di kuali.
*Kalau min suka guna majerin atau mentega, ikut citarasa tak suka guna minyak
4. Tuangkan sesenduk adunan lempeng tu.
5.Ratakan dengan belakang senduk hingga nipis.
* Kuali jangan terlalu panas, nanti lempeng tak cantik
6. Bila nampak permukaan kering terbalikkan
7. Terbalikkan sekejap , pastikan ia betul-betul kering.
8. Bentangkan permukaan yang licin ke bawah supaya bila gulung nanti nampak tompok daun bawangnya,.gulung longgar supaya nanti kuah dapat diserap
Sedap makan panas-panas untuk sarapan. Hidang bersama kuah kari..@ sambal tumis @asam pedas @ kuah sardin
Kredit foto & resipi : namakucell.blogspot.com
Ismail Izzani Masak Nasi Minyak, Kurma Ayam Dan Popia Sambal Dengan Chef Wan, Mesranya ‘Cucu’ & ‘Atuk’

Tercuit hati melihatkan kemesraan penyanyi muda Ismail Izzani dengan Datuk Chef Wan. Chef Wan membahasakan dirinya sebagai atuk kepada Ismail, iyelah beza jurang tiga generasi tu ibarat pangkat cucu tu. Gurau senda dan gelak ketawa menyulami sembang mereka.
Dapur hari tu berkumandang nyanyian Ismail menceriakan Datuk Chef Wan pada hari itu. Anak kepada Datin Suliza Salam bukan sahaja mewarisi wajah ibunya tetapi juga kemerduan suaranya.
Dalam episod Rasa Nostalgia Ramadan musim kedua, episod ke 16 Chef Wan seronok melayan ‘kerenah’ Ismail yang kelihatan mesra sekali dengan ‘atuknya’. Ismail memang pandai mengambil hati dan menghormati orang tua.
Ismail menunjukkan minat masak bila sempat bertanya apa rahsia memasak Chef Wan yang menjawab.”Memasak ni kena penuh minat dan kegembiraan dengan niat untuk menggembirakan hati orang lain yang menikmatinya”.
Bagi yang tak berkesempatan menyalin resipi ni dia tiga masakan dari dua selebriti ini.
1. NASI MINYAK
BAHAN-BAHAN:
- 125 ml minyak sapi
- 10 biji bawang merah kecil (hiris)
- 3 ulas bawang putih (hiris)
- 2 helai daun pandan (cerai-ceraikan)
- 1 kulit kayu manis
- 2 kuntum bunga lawang
- 4 biji buah pelaga
- 6 kuntum bunga cengkih
- 10 biji badam
- 125 ml stok ayam
- 4 sudu besar susu sejat
- 125gm beras basmathi
- 4 sudu besar air mawar
- Saffron
- Halia
- Garam
- Kismis hitam & kuning (kisar)
- Kismis hitam & kuning (tidak kisar) Bahan hiasan :
- Bawang goreng
- Kismis
- Kacang
- Badam goreng
- Daun ketumbar CARA MEMASAKNYA :
1. Panaskan minyak sapi dalam periuk.
2. Masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih sehingga naik bau.
3. Seterusnya masukkan daun pandan, bawang merah kecil, halia, dan bawang putih yang dihiris halus. Kacau sehingga warna keperangan dan naik bau.
4. Masukkan kismis hitam dan kuning yang telah dikisar ke dalam periuk dan sedikit badam.
5. Setelah itu, masukkan beras basmathi, kismis dan dikacau bagi sebati.
6. Masukkan stok ayam dan susu sejat. Kacau beras bagi sebati.
7. Masukkan saffron, garam dan biji badam ke dalam periuk.
8. Tuangkan air mawar dan masukkan lagi biji badam. Tunggu sehingga nasi siap masak.
9. Letakkan bahan-bahan hiasan setelah nasi siap dimasak.
2. KURMA AYAM
BAHAN-BAHAN :
- ½ ekor ayam (dipotong)
- 3 biji kentang, kupas dan belah 4 setiap 1, rendam
- 2 biji tomato merah, didadu
- 1 biji cili merah, belah 2
- 1 biji cili hijau, belah 2
- 1 biji bawang besar belah 4
- ½ cawan pati santan
- 1 camca besar bawang goreng
- 2 ½ camca besar penuh rempah kurma
- 3 sudu makan yoghurt perisa asli
- Minyak masak
- Asam gelugor
- Garam
- Gula
- Air
Bahan Kisar:
- 1 biji bawang besar
- 4 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 3 biji buah keras
- Daun pudina
Bahan Tumis:
- 2 tangkai daun kari
- 1 biji bawang besar, hiris
- 3/4 camca teh jintan kasar
- 3/4 camca teh jintan halus
- 1 batang kayu manis
- 1 kuntum bunga lawang
- 5 kuntum bunga cengkih
- 3 biji buah pelaga
- Halia
- Bawang putih
- Daun pandan
Bahan Hiasan:
Daun pudina
Daun ketumbar
Limau kasturi
CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak. Tumis bawang besar, bawang putih dan halia.
2. Masukkan kayu manis, bunga lawang, cengkih, buah pelaga, jintan halus dan jintan kasar. Tumis sehingga wangi.
3. Masukkan daun pandan, daun pudina, dan semua bahan kisar ke dalam periuk.
4. Masukkan rempah kurma, ayam, santan dan air. Kacau bagi sebati dan reneh sampai ayam masak.
5. Masukkan garam, gula, kentang dan tomato. Reneh sehingga kentang empuk.
6. Masukkan bawang goreng dan bahan-bahan hiasan. Hidangkan panas dengan nasi.
3. POPIA SAMBAL
BAHAN-BAHAN:
- Kulit popia
- 1 sudu besar tepung gandum (bancuh guna air 4-5 sudu besar untuk jadikan pelekat)
Bahan Inti:
- 1/2 biji kobis (hiris nipis)
- 2 batang lobak merah (sagat)
- 3 biji tauhu (goreng dan potong dadu)
- ½ biji sengkuang (hiris nipis)
- 10 ekor udang (dicincang halus)
- 3 ulas bawang putih (dicincang)
- Sos tiram
- Kicap cair
- Daun ketumbar
- Garam
- Serbuk lada sulah
- 2 sudu besar minyak
- Minyak untuk menggoreng Bahan hiasan:
- Bawang goreng
- Bijan
Bahan sos :
- 3 sudu besar cili kering kisar
- 3 ulas bawang putih (cincang halus)
- 4 sudu besar sos cili
- 2 sudu besar sos tiram
- Kismis
- Bawang merah
CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak. Tumiskan bawang putih dan udang.
2. Masukkan tauhu, kicap cair, sos tiram, dan semua sayuran. Kacau sehingga agak layu.
3. Masukkan daun ketumbar, bawang goreng, bijan dan sedikit garam.
4. Tutup api dan biarkan sejuk seketika.
5. Ambil sekeping kulit popia dan masukkan inti. Gulung dan sapu bancuhan tepung gandum pada hujung gulungan. Buat hingga siap.
6. Goreng gunakan api sederhana hingga betul-betul garing. Toskan dan angkat.
TERUSKAN MENONTON RASA NOSTALGIA RAMADAN MUSIM KEDUA SEPANJANG RAMADAN INI
Teruskan menonton Rasa Nostalgia Ramadan dengan resipi yang menarik dan menyelerakan dari Datuk Chef Wan bersama artis dan selebriti jemputan yang lain berkongsi masakan yang menjadi nostalgia Ramadan masing-masing.
Rasa Nostalgia Ramadan musim kedua bersiaran dari Isnin hingga Jumaat, setiap jam 5 petang di Astro Prima di saluran 125 dan Prima HD di 105.
DAN JUGA RESIPI INI :
Muffin Telur Berkeju Dengan Inti Ayam, Ramuan Agak-agak Aje.