Warna Warni Puding Jelly Polkadot, Gerenti Anak Berebut Suka

Share

Panas begini sedap dapat nikmati air atau puding yang dapat sejukkan tekak. Pastikan puding yang dibuat tak rasa muak dan anak-anakpun suka. Puding jelly polkadot ni gerenti anak suka, penuh dengan warna warni. Makan pun tak bosan.

PUDING JELLY POLKADOT

BAHAN-BAHAN:
20gm agar-agar bertali


5 cawan air
1 cawan gula
2 cawan susu segar (dalam kotak)
2 sudu besar tepung kastard (bancuh dulu dengan air)
Secubit garam
Pewarna ikut suka
2 paket jelly fruits

CARA BUAT :
1. Masak agar-agar dan air hingga larut agar-agar.Masukkan gula,kacau rata.
2. Masukkan susu segar,tepung kastard kemudian secubit garam.Sentiasa kacau hingga nak mendidih,tutup api.
3. Adunan agar-agar bagi sama banyak.Warnakan ikut citarasa.
4. Loyang 8×8 basahkan dengan sedikit air.Susun jelly dalam loyang.


5.Tuang terus puding warna perlahan-lahan atas jelly tadi.Biarkan sederhana beku.
6.Tuang pula puding berwarna yang satu lagi hingga habis.Keraskan.

7. Masukkan dalam peti sejuk.2 jam kemudian keluarkan puding.Guna pisau plastik untuk sisip tepi-tepi loyang.Letak alas yang rata atas permukaan loyang.Terbalikkan perlahan-lahan untuk keluarkan puding.Potong ikut cita rasa kemudian bolehlah dihidang.

Kredit: Zura Zul

INGIN BELI ACUAN KEK, BOLEH BELI DI SINI.

Published by
Putri Adila Saari