Sotong ada kat peti sejuk, apakata hujung minggu ni kita masak sambal sotong tapi ada rempah. Padulah rasanya
Sambal sotong yang sangat lazat dan mudah untuk dimasak. Aroma bahan rempah kari menambah rasa padu pada sambal. Pedas dan berempah memang enaklah
SAMBAL SOTONG TUMIS BEREMPAH
BAHAN-BAHAN:
500gm sotong
Serbuk Kunyit
CARA MEMASAK:
1. Cuci dan toskan.
2. Kemudian digaul dengan sedikit serbuk kunyit
Ads
3. Panaskan kuali, goreng sebentar sotong yang telah digaul serbuk kunyit tadi. Angkat dan ketepikan.
BAHAN MENUMIS:
1 biji bawang besar – potong memanjang
3 ulas bawang putih – diketuk
1/2 inci halia – dimayang halus
3 biji cili padi – dibelah 2 (boleh juga gunakan cili besar ye)
2 pelepah daun kari
1 sudu besar serbuk cili
2 sudu besar rempah kari ikan
Air
Garam
Gula
CARA MEMASAK:
1. Guna kuali yang sama goreng sotong tadi, masukkan minyak dan tumiskan bahan tumisan. Kecuali serbuk cili, rempah kari dan cili api.
Ads
2. Bila bahan tumisan sudah agak kekuningan, masukkan serbuk cili, rempah kari dan sedikit air. Kacau seketika sehingga rempah agak garing dan pecah minyak.
3. Kemudian masukkan sotong yang telah digoreng sebentar tadi. Kacau hingga sebati.
4. Akhir sekali bolehlah dimasukkan cili api, garam serta gula. Gaul mesra dan siap.
Ads
INFO:
Jika tidak suka gunakan serbuk cili boleh tukar ke cili kisar.
Boleh gunakan daun limau purut untuk bau yang harum.
Suka makan Sate Ayam yang sedap bersama Kuah Kacang yang best? Enak kan?Jika teringin nak buat, boleh cuba resipi perkongsian saudari Siti Norizan ni. Bila buat sendiri ni lebih puas hati. Makan macam tu je tanpa kuah kacang pun dah sedap. Untuk resipi 1 ekor ayam ni, dapat 40 cucuk sate. Berbaloi kan? Ha… Boleh juga guna resipi ni untuk buat Sate Balut @ Popia Sate. Murah, lebih jimat & boleh makan puas-puas.
BAHAN KISAR:
2 biji bawang besar
5 ulas bawang merah (tak letak tak apa. Letak lebih sedap)
1 labu bawang putih
2 inci halia
4 batang serai
(satukan semua bahan dan kisar dengan sedikit air)
BAHAN PERAP:
2 keping gula melaka – potong kecil – beli online disini
1 ½ cawan gula
2 sudu teh garam
4 sudu teh serbuk kunyit
3 sudu besar serbuk jintan manis – beli online disini
CARA MEMASAK:
1.Dalam bekas besar, masukkan isi ayam yang telah ditoskan. Masukkan bahan kisar dan bahan perap. Gaul sebati.
2. Boleh tambah bahan perasa seperti gula dan garam jika rasa kurang.
3. Jika nak lebih sedap, perap isi ayam semalaman. Caranya ialah letak dalam bekas bertutup dan simpan di Bahagia bawah sahaja (bukan tempat beku)
4. Cucuk isi ayam menggunakan lidi. Nak lebih sedap, selitkan kulit ayam di bahagian tengah.
5. Ambil lebihan bahan perapan, letak dalam mangkuk kecil dan tambahkan sedikit minyak masak. Ia digunakan sebagai bahan renjisan semasa bakar. Oleh renjis guna seri yang telh diketuk hujungnya.
6. Bakar sate hingga masak. Boleh guna pan atau bakar guna arang.
KUAH KACANG
BAHAN-BAHAN:
1 ½ cawan kacang tanah (goreng tanpa minyak, buang kulit & kisar kasar)
Segenggam cili kering – potong, rebus) **
2 biji bawang besar **
2 inci halia **
1 batang serai – ketuk
2 keping gula melaka
1/2 cawan gula
Garam
3 cawan air
1 kotak santan
2 keping asam gelugur
CARA MEMASAK:
1.Satukan bahan-bahan bertanda (*) dn kisar bersama sedikit air.
2.Panaskan minyak masak dalm kuantiti sederhana dan tumis bahan kisar dan juga serai. Tumis sampai pecah minyak.
3. Masukkan kacang, gaul sebati.
4. Masukkan air, biar mendidih guna api perlahan.
5. Bila Nampak dah kering sikit, masukkan santan, gula melaka, gula, garam dan asam gelugur. Masak sampai kuah jadi pekat.
6. Rasa dan tambah apa yang kurang.
7. Kuah kacang sedia untuk dinikmati.
NOTA: Jika tidak suka santan, boleh abaikan. Jika suka, letak sahaja.
Kalau korang suka makan Bingka Jagung, ini resipi Bingka Jagung sukatan cawan yang mudah korang nak buat sendiri di rumah. Lagi pun nak beli bingka sepotong boleh tahan harganya, kalau buat sendiri baru puas makan. Buat lebih boleh sedekah pada jiran-jiran atau bawa bekal ke pejabat.
BINGKA JAGUNG
BAHAN-BAHAN:
1 cawan gula
1 3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung kastard
1 cawan santan pekat
2 cawan air
2 sudu besar mentega
4 biji telur
Secubit garam
1 tin jagung krim manis
Biijan untuk hiasan
Sedikit pewarna kuning
CARA MEMASAK: 1. Satukan kesemua bahan kecuali jagung krim dan bijan. Kisar sampai sebati. 2. Tuangkan adunan dalam mangkuk besar dan masukkan jagung krim. Gaul sebati. 3. Tuangkan dalam periuk dan panaskan atas dapur dengan api perlahan. 4. Sentiasa kacau hingga timbul wap dan sedikit kental. Tutup api. 5. Sapikan mentega dalam loyang pembakar, tuangkan aduanan tadi di dalamnya. 6. Taburkan bijan dan bakar pada suhu 180 C selama 45 minit hingga 1 jam. 7. Setelah masak, guna api atas selama lima minit. Kemudian tutup ketuhar. 8. Biarkan sejuk baru potong dan sedia dihidangkan.
Nasi Kak Wok, menu berasal dari Kelantan yang popular di kawasan Lembah Klang. Pergilah kemana sahaja pasti mudah nak jumpa restoran yang jual nasi ni. Lauk pauknya mudah sahaja, nasi putih yang dimakan bersama ayam goreng garing, gulai ayam serta sambal cili. Makan panas-panas memang sedap! Keenakan hidangan ni terletak pada gulai serta sambal cilinya kerana ia ada rasa asli masakan gulai dan sambal Kelantan. Ramai yang cuba buat tapi tak dapat ‘rasa’ yang sebenar. Anda nak rasa? Resipi perkongsian saudari Rusmida Rusli ni boleh dicuba.
RESIPI NASI ALA KAK WOK
BAHAN-BAHAN:
Nasi putih – masak seperti biasa dan letak daun pandan simpul. Wangi!
1. GULAI AYAM
BAHAN-BAHAN:
4 biji bawang bombay
5 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia
3 sudu makan rempah kari daging
1 sudu makan rempah kerutub
Kacang panjang secukupnya – potong
Terung – potong kecil
Leher, kaki, kepak dan paha yam – potong kecil
Santan ( jangan pekat sangat)- ikut jumlah ayam yang diguna.
Garam dan kiub pati ayam secukup rasa
1 kerek manisan / gula melaka
2-3 keping asam gelugur (RASA TAMBAH)
CARA MEMASAK:
Kisar bawang merah, bawang putih dan halia hingga lumat dan tumis hingga wangi.
Satukan rempah kari dan kerutub. Bancuh dengan sedikit air hingga jadi pes. Kemudian gaul pada ayam dan perap seketika.
Seterusnya masukkan ayam ke dalam periuk berisi bahan tumis tadi. Masak hingga empuk.
Masukkan santan dan masak hingga mendidih serta kuah menjadi sedikit pekat.
Tambahkan terung, kacang panjang dan asam gelugur ( jika suka).
Perasakan dengan garam, manisan serta kiub pati ayam dengan secukupnya. Kacau hingga sebati rasa. Angkat.
2. AYAM GORENG HARUM
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam – potong kecil
2 sudu teh garam
2 inci kunyit hidup – tumbuk lumat
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk cili
3 tangkai daun kari
CARA MEMASAK:
Basuh bersih ayam dan lumurkan dengan bahan-bahan lain. Perap seketika.
Panaskan minyak masak dan goreng sampai sederhana garing.
Angkat dan toskan minyaknya.
3. SAMBAL BELACAN ALA KAK WOK
BAHAN-BAHAN:
4 biji cili kering – direbus
Cili padi – jumlah ikut pedas yang dikehendaki
2 inci belacan
1 biji bawang besar – dibakar
1 labu bawang putih – dibakar
Gula, garam dan perasa secukupnya
Air asam jawa- anggaran 1/2 mangkuk
Limau kasturi secukupnya
CARA PENYEDIAAN:
Satukan semua bahan dalam pengisar dan kisar hingga hancur. Jangan terlalu halus nanti tidak sedap.
Tuang kisaran cili ke dalam bekas dan masukkan perahan limau kasturi hingga capai tahap masam yang sedap dengan citarasa.
Kulit limau kasturi yang dibuang. Hiris halus dan masukkan ke dalam sambal. Gaul rata.
Sedia untuk dinikmati bersama nasi, ayam dan gulai.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!