Haa kalau nampak bungkusan putih dalam kuah sup jangan dibuang pulak. Ni bukan barang santau atau ‘black magic’, hehehe.
Sup bunjut tulah jadi ‘killer’ rasa sup yang sedap melampau tu. Benda boleh jimat, kita jimat ajelah. Ada juga orang buat sup tak guna sup bunjut. Cuma letak rempah empat sekawan gitu aje.
Bagi pemilik resipi Nana Ismail, ‘feeling’ sup kurang menyengat kalau takde sup bunjut ni. Ok lah ini dia ramuannya, buat sendiri lagi segar lagi jimat. Inilah ramuan yang dibuat sendiri, barulah betul-betul homemade kuah sup tu.
Ads
SUP BUNJUT
BAHAN-BAHAN ( UNTUK 1 BUNJUT):
Ads
1 sudu teh ketumbar biji
2 ruas bunga lawang
Secubit jintan manis
2-3 kuntum bunga cengkih
Tak sampai ½ inci kulit kayu manis
5-6 biji lada hitam
2 inci persegi kain putih (kain kasa jarang)
Ads
CARA-CARA MEMBUAT: 1. Kayu manis dan bunga lawang dipatahkan serta diketuk lebih kecik. 2. Bahan yang lain tumbuk kasar je sebab nak naikkan aroma menyengat tu. 3. Bentangkan kain putih yang siap dipotong 4. Tuang semua ramuan dan diikat kemas dengan benang putih. 5. SIAP!
Kredit-Nana Ismail
FB : Dapur resepi pikat selera
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Makan nasi tanpa sambal seakan tidak lengkap menjamu selera. Jika selalunya kita makan sambal belacan, apa kata kali ini cuba sambal jenis yang lain pula. Sambal Pauh Kelantan memang lain dari yang lain. Sambal Pauh Kelantan ini mudah sahaja untuk disediakan. Sesuai sangat dimakan bersama nasi panas, jom kita cuba resipi Sambal Paun Kelantan seperti yang dikongsikan oleh Husna Ezanee
RESIPI SAMBAL PAUH KELANTAN
BAHAN-BAHAN:
2 ekor ikan kembung 3 biji mangga muda 5 biji cili padi (hendak lebih pedas boleh tambah lagi) – beli online Garam secukup rasa – beli online Gula secukup rasa – beli online
CARA-CARA MEMBUAT:
1. Rebus ikan kembung dengan sedikit garam. Ambil isi ikan.
2. Tumbuk cili padi bersama garam dan gula sehingga lumat. Kemudian masukkan isi ikan tadi dan tumbuk sehingga sebati.
3. Akhir sekali masukkan mangga muda yang disagat halus.
4. Tumbuk bersama bahan-bahan tadi. Siap! Mudah sangat hendak buat.
Tak susah pun nak masak nasi goreng kerabu. Senang cakap tu, campak-campak je dalam kuali. Bagi peminat kerabu, boleh try buat nasi goreng kerabu ni. Sedap sangat. Siap ada ikan masin goreng dalam nasi ni. Memang best.
NASI GORENG KERABU
BAHAN-BAHAN
2 cawan beras (dimasak macam biasa)
Sedikit minyak masak
2 ulas bawang putih (dikisar halus)
1 sudu teh belacan
6 biji cili api (dikisar halus)
3 tangkai kacang panjang (dipotong halus)
2 batang serai (dihiris halus)
Sedikit daun selom (dihiris halus)
Sedikit daun pudina (dihiris halus)
Sedikit bunga kantan (dihiris halus)
1 ulas bawang merah (dimayang)
3 sudu makan ikan bilis goreng
1 ekor ikan masin goreng (ditumbuk halus)
Sedikit garam
CARA MEMASAK
1. Panaskan minyak masukkan bawang putih, belacan dan cili api. Masak sampai kekuningan.
2. Masukan hirisan kacang panjang, serai, daun selom, daun pudina dan bunga kantan. Kacau seketika.
3. Masukkan nasi. Kacau rata.
4. Akhir sekali masukan bawang merah, ikan bilis dan ikan masin. Gaul rata.
5. Jika kurang masin, tambahkan sedikit garam. Kacau lagi. Sedia untuk dinikmati.
Panas begini sedap dapat nikmati air atau puding yang dapat sejukkan tekak. Pastikan puding yang dibuat tak rasa muak dan anak-anakpun suka. Puding jelly polkadot ni gerenti anak suka, penuh dengan warna warni. Makan pun tak bosan.
PUDING JELLY POLKADOT
BAHAN-BAHAN: 20gm agar-agar bertali 5 cawan air 1 cawan gula 2 cawan susu segar (dalam kotak) 2 sudu besar tepung kastard (bancuh dulu dengan air) Secubit garam Pewarna ikut suka 2 paket jelly fruits
CARA BUAT : 1. Masak agar-agar dan air hingga larut agar-agar.Masukkan gula,kacau rata. 2. Masukkan susu segar,tepung kastard kemudian secubit garam.Sentiasa kacau hingga nak mendidih,tutup api. 3. Adunan agar-agar bagi sama banyak.Warnakan ikut citarasa. 4. Loyang 8×8 basahkan dengan sedikit air.Susun jelly dalam loyang. 5.Tuang terus puding warna perlahan-lahan atas jelly tadi.Biarkan sederhana beku. 6.Tuang pula puding berwarna yang satu lagi hingga habis.Keraskan. 7. Masukkan dalam peti sejuk.2 jam kemudian keluarkan puding.Guna pisau plastik untuk sisip tepi-tepi loyang.Letak alas yang rata atas permukaan loyang.Terbalikkan perlahan-lahan untuk keluarkan puding.Potong ikut cita rasa kemudian bolehlah dihidang.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!