Zaky Kongsi Versi Bihun Singapura Paling Mudah & Sedap.

Share

Ni dia bihun Singapura yang cukup popular dengan keenakannya. Resipi ini adalah perkongsian dari Zaky Mat Ali. Bahan dan cara memasaknya pun mudah aje, sesuai sangat dimasak masa PKPB ni

Bihun Singapura ni tak menggunakan pes cili kering, cukup dengan ramuan lada hitam dan cili hidup aje. Kalau tengok langkah -langkah memasak daripada Zaky ni memang gerenti sedaplah.

Untungnya si isteri yang dapat suami pandai dan rajin ke dapur, tu rezeki juga namanya dapat jodoh yang suka membantu isteri dan yang bestnya boleh jadi leader chef kat dapur. Kata Zaky “Makan bersama sambal kicap memang sedap!.”

BIHUN SINGAPURA
.

BAHAN-BAHAN :

Bahan kisar

  • 3-4 biji bawang merah – beli online DI SINI
  • 5-6 biji bawang putih – beli online DI SINI
  • 1 sudu lada hitam – beli online DI SINI
  • 2 sudu udang kering – beli online DI SINI
  • 2 inchi halia – beli online DI SINI


.

Bahan lain

  • 400 gm bihun. | Zaky guna jenama Faiza, bihun lembut dan tak mudah hancur.-beli online DI SINI
  • Udang (dibuang kulit)
  • Isi ayam
  • Fish Cake
  • Daun kucai
  • Lobak merah
  • Cili
  • Garam/ Gula


CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak, masukkan bahan kisar.


2. Masukkan isi ayam, fishcake dan udang. Masukkan garam dan gula.


3. Masukkan bihun, lobak merah, kucai dan cili. Kacau rata, siap.

Kredit foto & resipi : FB Zaky Mat Ali

 

INGIN MEMBELI MESIN PENGISAR BARU UNTUK MENGISAR BAHAN RAMUAN BIHUN, BELI DI SINI

VIDEO MASAKAN INI MEMANG MENGANCAM SELERA, LAYARI LEBIH BANYAK LAGI VIDEO LAGI DI YOU TUBE @ Majalahrasaofficial

DAN RESIPI-RESIPI INI :

 

 

 

 

Published by
Faridah Talib