Sajian bercita rasa Thailand sememangnya tidak asing lagi dikalangan rakyat Malaysia. Kedudukan negara yang berjiran dan tinggal dalam rumpun yang sama menjadikan sajian negara Gajah Putih itu amat digemari ramai.
Sajian Tomyam Poktek antara salah satu hidangan Thai yang popular. Aroma rempah ratus yang dimasak, ditambah pula dengan kombinasi rasa pedas, masam dan berlemak menjadikan ia hidangan yang sangat sedap.
Bila bab manisan pula, tentunya sajian Pulut Mangga menjadi pilihan. Gabungan pulut yang lembut, hirisan mangga segar yang manis dan dinikmati bersama kuah santan lemak masin, menjadikan ia satu gabungan hidangan yang sempurna!
Jadi untuk Cabaran Saji-an Misteri minggu ketiga ini, giliran Zara Zya pula untuk menyahut cabaran memasak dua hidangan istimewa menggunakan produk terbaru dari SAJI iaitu Santan Kelapa SAJI. Seronok melihat aksi selebriti cantik manis ni di dapur. Handal masak rupanya. Pasti anda pun teruja nak cuba.
TOMYAM POKTEK
BAHAN-BAHAN:
Ads
1 mangkuk udang
1 mangkuk sotong – dibersihkan
1/2 mangkuk isi ikan kembung
2 biji tomato – belah 4
3 batang serai – diketuk
2 inci lengkuas – hiris
3 biji cili padi merah – diketuk
Cendawan enoki
2 senduk Santan Kelapa SAJI
Garam Gunung SAJI
Gula Kasar SAJI
3 helai daun limau purut
3 biji limau nipis
1 biji bawang besar
5 akar ketumbar
Daun ketumbar
1 kiub pati ikan bilis
1 liter air
4-5 sudu makan sos nampla (sos ikan)
CARA PENYEDIAAN: 1. Didihkan air dalam periuk. Letak akar ketumbar, serai, lengkuas, cili padi, daun limau purut, kiub pati ikan bilis dan sos nampla. 2. Kemudian masukkan udang, sotong dan isi ikan satu persatu. 3. Masukkan bawang besar dan tomato. Biar mendidih sekali lagi. 4. Masukkan cendawan. 5. Perasakan dengan Garam Gunung SAJI dan Gula Kasar SAJI. Kacau. 6. Masukkan Santan Kelapa SAJI. 7. Perah jus limau nipis. 8. Akhir sekali masukkan daun ketumbar. Kacau dan angkat.
PULUT MANGGA
BAHAN-BAHAN:
1 mangkuk pulut yang telah dimasak
3 biji mangga
2 sudu makan bijan – disangai tanpa minyak untuk taburan
BAHAN KUAH SANTAN:
2 cawan Santan Kelapa SAJI
1 cawan Krimer Sejat Cair SAJI
1 sudu makan tepung jagung – bancuh dengan sedikit air
2 helai daun pandan – carik & simpul
Garam Gunung SAJI secukupnya (biar kuah agak masin)
CARA PENYEDIAAN: 1. Panaskan Santan Kelapa SAJI dalam periuk dan masak guna api sederhana. 2. Masukkan Garam Gunung SAJI dan daun pandan. 3. Tambahkan Krimer Sejat Cair SAJI. Kacau. 4. Bancuh tepung jagung dengan sedikit air. Tuang dalam santan tadi. Sebatikan. 5. Bila kuah agak pekat, padamkan api dan hidangkan bersama pulut, buah mangga dan taburan bijan.
Pemenang Minggu Kedua
Tahniah kepada para pemenang Saji-an Misteri minggu kedua. Berikut merupakan mereka yang terpilih berdasarkan pilihan juri.
Kepada yang tidak berjaya, cuba lagi pada cabaran minggu hadapan. Mana tahu ada rezeki anda. Jangan berputus asa okay!
Masak, Kongsi & Menang!
Nak menang wang tunai RM500 serta barangan SAJI? Mudah sahaja caranya. Anda hanya perlu tonton aksi empat personaliti ini memasak pada setiap minggu di mana mereka akan mencipta #sajianmisteri menggunakan bahan yang ada di dalam kotak misteri SAJI terutamanya produk terbaru dari SAJI iaitu Santan Kelapa SAJI.
Ads
Santan Kelapa SAJI diperbuat daripada perahan kelapa segar yang terbaik. Aroma dan teksturnya yang lemak berkrim menjadikan ia pilihan yang sempurna untuk setiap hidangan di atas meja. Santan Kelapa SAJI juga bebas kolesterol dan tanpa bahan pengawet. Aksi empat personaliti ini dimulakan oleh Ashhryyyyy pada 3 November 2020, Datin Ismatia pada 10 November 2020, Zara Zya pada 17 November 2020 dan diakhiri oleh Sharifah Shahirah pada 24 November 2020. Kalau anda nak sertai, ini cara-caranya:
Buat video memasak yang kreatif berdurasi 1 – 2 minit mengikut tema masakan mingguan yang dimasak oleh selebriti pilihan. Cipta resipi baru atau tambah bahan-bahan rahsia anda sendiri dan mestilah menggunakan produk SAJI.
Muat naik video masakan di laman Instagram anda, menggunakan hashtag #sajianmisteriRASA. Pastikan akaun anda di public kan.
Tonton video Saji-an Misteri Zara Zya disini:
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Ada masa terluang hujung minggu ini? Jom serbu ke RASA Layan Curry Fiesta yang telah akan berlangsung selama empat (4) hari bermula 5 hingga 8 September 2024 dari jam 11 pagi hingga 12 malam. Pelbagai aktiviti menarik bakal menanti anda seisi keluarga!
RASA Layan Curry Fiesta merupakan pertama kali dianjurkan oleh pihak portal majalah RASA dengan rakan kerjasama HAVOC sempena sambutan Hari Malaysia. Lebih meriah lagi, RASA Layan Curry Fiesta turut diiringi bersama Syok Fest Kita anjuran ASTRO yang berlangsung di Oval Lawn, Setia City Convention Centre. Kemeriahan berganda dengan pesta makanan dan hiburan.
Antara aktiviti yang bakal menanti anda hujung minggu ini termasuklah:
Pertandingan Teh Tarik Kaw-Kaw bersama The Teh Tarik King
Pertandingan Roti Canai Terbang bersama Chef Matt
Nasi Kandar Percuma Terima Kasih Abang Rider
Pertandingan Makan Roti Canai Ekspres Ultra bersama redONE
Demo Masakan Kari Sajian Istana & Daging Masak Jintan x JALEN
Pameran Kereta Berhias Hello Kitty Malaysia
Mini Petting Zoo
PERCUMA! 250 Kari Ikan Jenahak (Booth RASA)
Raja Roti John Kewpie
Bukan itu saja, Havoc turut menganjurkan pelbagai program menarik seperti:
Majlis Ilmu: Ilmu Apa Hari Ini
Majlis Havoc Berselawat
Meet & Greet
Busking
Clown & Magic Show
Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak
Pertandingan Memanah
Pertandingan Congkak
Jangan lepaskan peluang ini dan rasai kemeriahan di RASA Layan Curry Fiesta pada 5-8 September 2024 di Parking B, Setia City Convention Centre, Shah Alam bermula jam 11 pagi hingga 12 malam. Jumpa anda di sana!
Tengok gambar sahaja dah boleh rasa kesedapan Sambal Belacan ni. Kalau nak tahu ada petua untuk mendapatkan rasa sambal belacan yang sedap. Kalau ikut cara ni, InsyaAllah hasilnya pasti tidak menghampakan. Bolehlah buat stok. Tahan lama kalau simpan dalam peti sejuk. Nak tahu cara buat Sambal Belacan sedap? Ini rahsianya.
RESIPI SAMBAL BELACAN YANG SEDAP
BAHAN-BAHAN: 6 biji limau kasturi – dibuang biji 50gm belacan yang telah dibakar 3 biji cili merah 1 biji cili hijau 8 biji cili padi hijau 25 biji cili padi merah 100ml air asam jawa pekat Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK: 1. Satukan limau kasturi, belacan, cili merah, cili hijau, cili padi merah, cili padi hijau dan air asam jawa. Kisar kasar. 2. Perasakan dengan gula dan garam dengan secukupnya. 3. Untuk menyimpannya, masukkan ke dalam bekas bersih, tutup rapat dan simpan dalam peti sejuk. 4. Jika ingin menyediakan Sambal Belacan dalam kuantiti yang banyak, boleh gandakan sukatan bahannya.
PETUA:
Bakar belacan sekejap supaya sambal jadi lebih beraroma.
Guna asam jawa yang dibancuh dengan air suam. Ia adalah petua supaya Sambal Belacan tahan lama.
Limau kasturi yang dikisar bersama kulit (pastikan biji dibuang) akan membuatkan sambal jadi lebih wangi dan sedap.
Semasa mengisar, guna beberapa biji cili api yang masih bertangkai. Ia adalah petua supaya tidak sakit perut apabila makan sambal.
Bagi penggemar Kentang Putar, resipi homemade ini antara yang boleh dicuba. Tidak menggunakan banyak bahan namun hasilnya sangat menyelerakan. Malah kosnya juga tentulah lebih berbaloi. Sekali buat, satu keluarga boleh makan. Jika beli, dah berapa kan? Nak cuba? Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI KENTANG PUTAR @ MASH POTATO
BAHAN KENTANG PUTAR:
8 biji ubi kentang
1 kotak kecil susu segar
2-3 sudu makan mentega
2 sudu teh MAGGI® CukupRasa
Serbuk lada hitam secukupnya
Serbuk lada sulah secukupnya
CARA MEMASAK:
1.Kupas kulit ubi kentang dan belah dua.
Masukkan ke dalam periuk dan masukkan air hingga meneggelamkan kentang.
Rebus ubi kentang selama 10-15 minit menggunakan api sederhana.
Bila ubi kentang telah empuk, angkat dan toskan airnya.
Masukkan mentega ke dalam bekas ubi kentang dan lenyek hingga halus.
Tambahkan MAGGI® CukupRasa, serbuk lada hitam dan serbuk lada sulah secukupnya mengikut cita rasa masing-masing. Jika suka rasa kentang yang pedas, lebihkan.
Tuang susu sedikit demi sedikit sehingga mendapat tekstur yang anda suka. Fungsi susu adalah untuk membuatkan kentang putar rasa lebih berlemak dan gebu.
Lenyek lagi kentang sehingga semua bahan sekata. (lebih mudah jika menggunakan hand blender kerana tekstur akan jadi halus)
BAHAN SOS (GRAVY):
1 biji bawang besar – dadu
2 ulas bawang putih – dadu
4 sudu makan mentega
2 sudu makan tepung gandum@ jagung
2 kiub pati ayam
MAGGI® Pes Lada Hitam secukupnya
2 1/2 cawan air
CARA MEMASAK: 1. Cairkan mentega dalam kuali dan tumiskan bawang menggunakan api sederhana. Biarkan sehingga bawang bertukar warna sedikit keperangan. 2. Masukkan tepung gandum/ jagung. Kacau terus sehingga tepung jadi warna coklat atau sehingga bertukar jadi warna sos yang anda suka. 3. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil dikacau. Bila sudah sebati, padamkan api dan masukkan sos tadi ke dalam pengisar. Kisar hingga semua bahan hancur dan halus. 4. Tuang kembali sos yang dikisar tadi ke dalam periuk dan masak guna api sederhana. 5. Masukkan kiub ayam dan juga MAGGI® Pes Lada Hitam dengan secukupnya. 5. Jika kuah terlalu pekat, tambahkan sedikit air. Sebatikan. 6. Kacau sehingga rata dan tutup api. Jika sos kentang putar berketul, masukkan sos ke dalam blender dan kisar hingga tidak berketul. 7. Angkat dan hidangkan bersama kentang putar yang telah dimasak tadi.
PETUA: Jika mahukan rasa kentang yang lebih berlemak dan halus, boleh lebihkan mentega dan juga susu.