Daging memang enak dimasak dengan pelbagai cara. Antara masakan Melayu yang popular adalah seperti gulai, kari, singgang, goreng dan sup. Daging ni pun ada pelbagai jenis. Ada bahagian yang lembut dan ada yang keras. Jika yang keras tu tidak direbus terlebih dahulu memang liat.
Teksturnya tidak seperti isi ayam yang lebih lembut dan cepat untuk dimasak. Namun usah risau, ada petua yang boleh dicuba. Berikut ada 5 cara yang anda boleh cuba untuk pastikan daging yang anda masak lembut dengan cepat serta tidak keras setelah dimasak.
CARA MUDAH EMPUKKAN DAGING DALAM MASA YANG SINGKAT
1. REBUS TERLEBIH DAHULU
Ads
Kaedah ni paling ‘basic’. Mak-mak kita dulu pun bila nak goreng daging, mesti mereka akan rebus daging terlebih dahulu. Setelah empuk, barulah akan digoreng dan sebagainya. Sewaktu merebus daging , ada juga pelbagai bahan yang dicampur supaya daging dapat lembut dengan cepat. Antaranya ialah dengan rebus daging bersama dengan sudu stainless steel, daun pisang abu, daun nangka, tebu, batang ubi kayu, buah pinang tua dan sebagainya. Memang berkesan.
2. HIRIS NIPIS
Jika anda kesuntukan masa untuk rebus daging tetapi perlu juga masak. Boleh guna kaedah ni. Hiris daging nipis-nipis secara melintang urat. Kemudian masaklah seperti biasa. Anda juga perlu buang segala lemak dan urat yang ada. Barulah daging tidak terlalu liat dan enak untuk dinikmati.
Ads
3. KETUK DAGING
Selain itu, anda juga boleh menggunakan pengetuk daging atau meat tenderizer. Caranya ialah dengan mengetuk daging agar otot-otot yang yang keras menjadi lebih lembut apabila dimasak.
Ads
4. PERAP TERLEBIH DAHULU
foto: omnivorescookbook.com
Anda juga boleh menggunakan teknik perapan untuk melembutkan daging tetapi kaedah ini memerlukan anda menyiapkannya dengan lebih awal. Caranya mudah sahaja. Perap daging menggunakan bahan-bahan berasid seperti jus limau, lemon, cuka atau jus nanas antara 2-24 jam. Bahan-bahan ini mampu melembutkan daging secara semulajadi bahkan menjadikan daging lebih enak apabila dimasak.
5. GUNA PERIUK TEKANAN
Cara paling mudah! Jika anda ada periuk tekanan atau ‘pressure cooker’, gunakan sahaja. Lagi jimat masa, mudah dan dijamin lembut masakan anda. Jika guna periuk tekanan niu, tidak perlulah anda nak rebus, perap atau ketuk daging. Sediakan rencah masakan dan masaklah seperti biasa. Memang mudah! Perut pun cepat kenyang.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Jadi kebiasaan di kalangan kita bila beli makanan atau ada makanan lebih, mesti simpan dalam peti sejuk dengan harapan supaya tahan lebih lama. Tapi tahukan anda, fungsi peti sejuk hanya membantu menjadikan makanan tahan lebih lama, bukan tepat menyimpan makanan. Jadinya bukan semua makanan boleh disimpan dalam peti sejuk.
Kalau nak tahu apa makanan yang tidak boleh disimpan dalam peti sejuk? Berikut lima makanan yang tidak boleh disimpan dalam peti sejuk tapi ramai lakukannya.
KENTANG:
Bila kentang disimpan dalam peti sejuk, pati atau sari dalam kentang akan pecah dan menyebabkan tekstur menjadi seperti berpasir dan rasa tanah bila dimasak. Ia juga boleh menyebabkan kentang mentah mudah berkulat, tumbuh tunas atau busuk kerana sejuk. Cara terbaik simpan kentang adalah diletakkan dalam bekas kering dan di suhu bilik biasa.
BAWANG:
Tidak kira apa jenis bawang, ia lebih baik disimpan pada suhu bilik dan di dalam bekas yang terbuka seperti bakul. Jika disimpan dalam peti sejuk, suhu sejuk akan menjadikan bawang mudah busuk, berkulat dan bertunas. Jika ada lebihan bawang yang telah dikupas, bungkus dalam plastik, simpan dalam peti sejuk tetapi segera digunakan. Jangan dibiarkan lama dalam peti sejuk.
TOMATO:
Mungkin ramai orang tidak percaya tomato sebenarnya akan cepat busuk jika disimpan di dalam peti sejuk berbanding meletakkannya dalam bekas terbuka pada suhu bilik. Tetapi tomato tidak boleh disimpan lebih dari seminggu. Cara terbaik beli tomato ikut keperluan.
ROTI:
Roti bukan hanya tidak segar, malah akan lebih mudah berkulat jika disimpan dalam peti sejuk. Malah, tekstur serta rasanya juga akan berubah disebabkan udara dalam peti sejuk. Lagi pun roti bukan makanan yang perlu disimpan lama. Jadi beli ikut keperluan.
MADU:
Jika anda simpan madu dalam peti sejuk terlalu lama ia menyebabkan madu menjadi seperti biji kristal. Sebenarnya selagi madu di dalam botol yang bertutup rapat, madu tetap elok di simpan di atas meja dapur, ia tidak mudah busuk atau sorak.
Kelapa parut adalah isi kelapa yang diparut menjadi serabut-serabut putih. Ia parut amat sinonim dalam masakan dan kuih-muih Melayu. Kuih kaswi, lompang, apam cukup lazat disediakan bersama bersama kelapa parut.
Foto : tokomesinkelapa.com
Namun kelapa parut jikan dibiarkan terdedah lama di luar akan cepat basi. Tapi kalau ikut petua yang min kongsikan, InsyaAllah boleh tahan lama.
CARA PERTAMA :
1. Gumpalkan kelapa parut membentuk bola-bola berukuran sederhana.
2. Simpan di dalam bekas atau plastik yang telah diberi sedikit air
3. Tutup rapat bekas atau plastik dan simpan di dalam peti ais bahagian beku. Kelapa parut akan tahan 3 hingga 4 bulan
Foto : cookingsheila.com
CARA KEDUA :
1. Masak air hingga mendidih
2. Taburkan garam pada parutan kelapa dan gaul sampai rata
3. Kukus kelapa parut selama 15 minit
4. Biarkan sejuk dan masukkan ke dalam plastik dan simpan di dalam peti sejuk.
5. Kukus semula untuk dapat perahan terbaik sebelum digunakan.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!