Ketupat adalah salah satu hidangan wajib di hari raya. Selalunya ketupat dimasak dalam kuantiti yang banyak untuk menjamu tetamu. Ketupat boleh tahan lama tetapi kalau tidak kena caranya ia akan cepat rosak dan berlakulah pembaziran. Mari kita cuba cara yang betul untuk dapat ketupat tahan lama dan tidak cepat basi.
1. Pilih beras terbaik
Untuk mendapat ketupat yang sedap dan tahan lama, pastikan pilih beras yang berkualiti atau dalam keadaan baik (bukan beras lama dan hapak). Beras harus dicuci bersih supaya dapat hasil ketupat yang bertekstur lembut. Selepas dicuci bersih rendamkan beras selama 30 minit.
Ads
2. Daun kelapa yang terbaik
Pilih daun ketupat yang masih segar dan bersih. Ia mesti dianyam kemas dan rapi agar isi ketupat tidak terkeluar dan comot. Jika ketupat yang dianyam tidak rapat, ia mudah terdedah dengan bakteria yang menyebabkan ia cepat basi.
3. Kandungan beras
Isi ketupat dengan beras yang sudah dicuci bersih. Untuk mendapat ketupat yang lembut, isi beras dengan kadar 1/3 atau 2/3. Jika beras diisi terlalu banyak, ketupat akan keras dan tidak masak. Begitu juga sebaliknya beras yang sedikit akan membuat ketupat lembik dan mudah basi.
4. Rebus 4-5 jam.
Sebenarnya masa yang diperlukan untuk merebus ketupat hingga masak adalah diantara 4-5 jam. Ketupat harus masak sempurna untuk mengurangkan risiko untuk basi. Jika ketupat masak sempurna, ketupat tidak akan lembik dan berair. Ketika merebus, harus pastikan seluruh ketupat terendam dalam air.
Ads
5. Tos dan gantung
Selesai direbus celupkan ketupat dengan air mendidih yang lain dan siram ketupat dengan air biasa yang sudah dimasak. Kemudia ketuapat di tos supaya air rebusan yang berlebihan akan keluar. Selepas itu ketupat akan digantung di tempat yang mempunyai pengaliran udara yang baik. Ia di gantung untuk mempercepatkan proses pengeluaran air berlebihan kerana kandungan air akan mempercepatkan proses basi berlaku.
Ads
6. Simpan dalam peti sejuk (frozen)
Jika ada ketupat lebih boleh simpan di dalam peti sejuk. Sebelum itu ketupat harus dibungkus kemas di dalam plastik, ini mengelakkan daun ketupat tidak kering. Jika hendak dimakan bolehlah dikeluarkan tetapi jangan direbus semula. Hanya ambil pengukus dan kukus semula dalam 10 ke 15 minit. Selain ketupat, lemang & ketupat palas juga boleh dibekukan.
Sekarang tidak perlu risau untuk menyambut hari raya kerana pembaziran boleh di kurangkan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Keju mozzarella, pasti korang terbayangkan lelehananya pada pizza, roti, murtabak kentang atau pisang goreng. Kalau boleh semua makanan nak masukkan keju. Semuanya memang sedap, tapi bila memikirkan harga yang mahal terpaksa berpada-pada membelinya untuk kegunaan dalam dalam atau topping masakan.
Jangan bimbang sebab RASA nak kongsikan empat cara paling senang macam mana buat keju mozzarella homemade yang sama seperti anda beli di kedai.
Caranya sangat mudah kerana hanya guna tiga bahan saja ye…
Langkah 1:
Sediakan Bahan-Bahan:
300ml susu penuh krim
180gm keju cheddar
2 sudu makan tepung ubi
Langkah 2:
Campurkan susu dengan tepung ubi kacau rata di dalam periuk. Kemudian rata dan panaskan di atas api sekecil mungkin sambil kacau menggunakan wish untuk mendapatkan tekstur mozzarella yang halus.
Langkah 3:
Masukkan keju cheddar yang diparut sedikit demi sedikit sambil terus mengacau adunan supaya tidak bergentel. Setelah habis masukkan keju terus saja kacau hingga semua keju cair dan tekstur pekat (ambil masa 10-20 minit).
Langkah 4:
Setelah pekat, tutup api dan biarkan sejuk pada suhu bilik. Kemudian tuang adunankeju dalam bekas kering dan masukkan dalam freezer. Bila sudah keras keluarkan dan potong ikut saiz yang ada suka dan boleh terus digunakan terus dalam masakan seperti lasagna atau pizza.
Senangkan, selain mudah disedia, ia juga menjimatkan.
Geram betul, bila goreng tauhu biasa pun hancur apatah lagi tauhu jenis lembut yang sentuh je dah hancur. Lebih sakit hati bila melekat pada kuali. Jangan cepat putus asa, ini ada cara mudah untuk menggoreng tauhu tanpa hancur.
Rendam Tauhu Dalam Air Panas
Paling mudah, rendam tauhu dalam air panas, jika tauhu lembut dalam bekas atau tiup, potong atau belah dua kemudian keluarkan perlahan-lahan, buang air sebelum sedia digoreng.
Elak Potong Tauhu Terlalu Nipis
Potong tauhu ikut saiz yang anda suka tetapi tidak terlalu nipis atau terlalu kecil. Gaulkan dengan tepung jagung dan sedikit garam. Selepas disaluti tepung , tauhu sedia digoreng. Tapi pastikan salutan tepung nipis sahaja.
Goreng Menggunakan Minyak Banyak Dan Panas
Semasa menggoreng, gunakan minyak yang banyak dan goreng tauhu apabila minyak betul-betul panas dan pastikan tauhu tenggelam sepenuhnya dalam minyak. Balikkannya apabila bahagian bawah sudah garing sepenuhnya.
Jika anda penggemar tauhu, tapi selalu menghadapi masalah tauhu hancur semasa menggoreng. Ikut cara di atas, pasti anda puashati kerana tauhu yang digoreng ranggup di luar dan lembut di dalam.
Sudah basuh tangan dengan sabun tapi bau bawang merah pada tangan lepas kupas dan hirisnya masih tak hilang. Jangan risau ada empat cara mudah boleh menangani bau bawang merah yang degil ini:-
Cuka
Titiskan beberapa titis cuka makan pada tangan dan ratakan keseluruh tapak tangan , kemudian cuci dengan sabun seperti biasa. Ini kerana bau cuka yang tajam boleh menuteralkan bau bawang.
Kopi
Serbuk kopi juga terkenal mampu menghilangkan bermacam bau di dalam rumah mahupun dalama kereta. Sudah pasti, ia boleh juga menghilangkan bau bawang yang melekat pada tangan. Ambil satu sudu makan serbuk kopi dan ratakan pada tangan, kemudian bilas dengan air bersih seperti biasa. Gerenti bau bawang akan hilang.
Ubat Gigi
Cara lain anda boleh gunakan ubat gigi yang mengangdungi florida untuk mencuci tangan berbau bawang, kemudian cuci dengan air bersih.
Guna Peralatan Stainless
Jika bau bawang masih melekat pada tangan, apa kata anda usapkan tangan pada perlatan dapur diperbuat dari stainless di bawah air mengalir eselama beberapa minit. Stainless dikatakan boleh menetralkan bau bawang yang kuat pada tangan.
Selain sedap dibuat sambal, goreng kunyit atau dimasuk dalam tomyam sotong juga enak dibuat masak lemak. Jika nak lebih sedap dan istimewa boleh cuba buat sotong masak lemak Padang.