Bihun goreng memang nampak senang je nak masak. Tetapi benda yang senang ni la yang kita selalu ‘fail’ nak masak. Ada je bihun keras la, bihun lembik macam bubur lah. Tawar lah. Memang macam-macam. Jom lihat panduan basic untuk memasak bihun agar elok sempurna.
1. Kenali ‘Perangai’ Bihun
Bihun ni nampak je sama tetapi ‘perangai’nya berbeza-beza. Mana tak nya, ada yang masa masak, kena lebihkan air, ada yang kena kurangkan air. Macam-macam. Oleh itu, jika nak masak hidangan bihun ni sebaiknya gunalah jenama yang anda biasa masak. Ini kerana kita dah tahu jumlah air yang diperlukan, berapa lama kena rendam dan sebagainya. Barulah bila masak, elok je rupa bihun goreng anda.
foto: theindigokitchen.com
2. Rendam Dengan Air Biasa
Ramai yang keliru, nak rendam bihun ni guna air panas ke air biasa? Maklumlah, nampak keras kejung je kan? Sebaiknya, guna sahaja air paip biasa tu. Jika nak cepat masak, boleh lebihkan air semasa menggoreng. Jika anda merendamnya menggunakan air panas, dikhuatiri bihun anda akan terlebih lembik seterusnya menyukarkan proses menggoreng. Bihun yang direndam dengan air panas ni lebih sesuai digunakan untuk masakan berkuah seperti bihun sup, soto, kari dan sebagainya.
Ads
3. Jangan Banjirkan Kuali
Setelah rencah ditumis, kita akan masukkan air. Masa proses ni, sebaiknya jangan masukkan air dalam kuantiti yang banyak sekaligus. Untuk satu paket bihun, sebaiknya masukkan dahulu dalam dua gelas air dan setelah mendidih, masukkan bihun. Jika setelah digaul, bihun anda masih keras, barulah tambahkan air. Ia adalah cara selamat untuk memastikan bihun goreng anda tak jadi bubur.
Selain itu, jika sebelum goreng kondisi bihun anda memang sudah lembut dan lembik, sebaiknya jangan masukkan air. Gaul sahaja bersama bahan tumisan dan tambah air jika perlu sahaja.
Ads
foto: finecooking.com
4. Gaul Dengan Lemah Lembut
Bihun sifatnya lembut. Oleh tu, janganlah terlalu ganas masa menggaul. Lakukan dengan lemah lembut. Jika tidak, akhirnya nanti pasti bihun anda akan menjadi terlalu hancur. Tak sedap uols!
Ads
5. Tambah Garam Gula. Jangan Biar Tawar Heber
Waktu yang sesuai untuk menambah perasa seperti gula dan garam ke dalam bihun adalah selepas masukkan bihun dan airnya masih ada. Namun, jika air telah kering tetapi bihun anda masih lagi kurang rasa, usah risau. Ada caranya. Ambil garam dan gula dalam kuantiti yang secukupnya ke dalam mangkuk, tambah sedikit air dan kacau hingga larut. Kemudian, tuang ke atas bihun goreng dan gaul sehingga rata. Cara lain, anda juga boleh tambahkan kicap atau sos ikan. Ikut citarasa masing-masing.
6. Api Jangan Over
Bihun ni berkanji. Jadi, semasa menggoreng elakkan guna api yang terlalu besar lebih-lebih lagi setelah air bihun kering. Guna api sederhana sahaja bagi mengelakkan bihun goreng anda hangus. Kurang sedaplah nanti rasanya. Kuali pun jadi berkerak. Penat tu nak sental.
foto: pxhere.com
7. Guna Sudip Bersesuaian
Ha..jangan tak tahu. Sudip masak pun mempengaruhi rupa paras bihun goreng tau. Jika masa memasak tu, gunalah sudip yang mempunyai bentuk empat segi yang memang sesuai digunakan untuk masakan kacau goreng. Jangan pula anda guna sudip berbentuk bulat yang biasa guna untuk goreng cekodok tu. Tak sesuai tau! Nak ceduk pun payah.
foto: cilantroandcitronella.com
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Jom buat sos spageti frozen. Sempena tak lama lagi kita akan menyambut Ramadan, bolehlah cuba-cuba buat stok sos yang sangat sedap ni.
Senang buat mak-mak sediakan makanan dengan segera jika ada yang tak selera nak makan nasi.
Resipi sos pagetti frozen perkongsian Erni Abu Samah ini, boleh tahan sehingga 2 tahun tanpa perubahan rasa.
6kg dapat buat 5 kali makan. Tinggal tumis daging cincang je nanti baru masukkan sos segera.
SOS SPAGETI FROZEN
BAHAN-BAHAN:
7kg tomato | merah buang kulit & biji 5 biji bawang besar | dipotong dadu – beli online di sini 15 biji bawang putih | dipecahkan & didadu – beli online di sini 2 sudu besar serbuk origano 2 sudu besar serbuk parsley 2 sudu besar serbuk basil 2 susu besar chili flakes 2 sudu besar lada hitam – beli online di sini Daun bay 2 tin besar tomato puri 2 tin cendawan hiris (optional – masukkan masa ½ jam terakhir) Garam (dalam 3-4 sudu besar) 2 sudu besar gula
1. Panaskan sedikit minyak jagung. Tumis bawang merah dan bawang putih. Jangan garing, hanya cukup layu sahaja. 2. Masukkan tomato yang dikisar halus, tomato puri, garam, gula, lada hitam dan serbuk herba. Kacau-kacau rata.
3. Guna api kecil sahaja dan masak dalam 2 jam. Atau kurang 2 jam sikit pun okay. Dah siap, tutup api. 4. Sos ini boleh simpan dalam freezer dan tahan 6 bulan. Simpan dalam peket kecil-kecil. Saya biasa boleh simpan 2 tahun kalau masak 2 jam. Rasa lagi sedap.
NOTA: *Bila nak makan hanya perlu tumis daging cincang, tambah sos di atas, seimbangkan rasa garam atau tambah bebola daging. *Boleh jadi sos lasagna atau pizza.
*Tomato kalau tak buang kulit dengan biji pun boleh tapi tak sedap sangat. *Nak buang kulit kelar x di tomato. Celur dalam air menggelegak sampai nampak kulit terkoyak. Kupas macam pisang tapi jangan celur lama nanti lembik.
Pasta ada macam-macam. Salah satunya adalah bow tie. Rasanya pun sedap lagi-lagi kalau dimasak dengan cita rasa Melayu iaitu pedas. Tambahan seafood pula jadi pelengkap kepada rasa pedas itu tadi.
Kalau suka sayur, boleh tambah sayur kegemaran anda. Tapi yang sedap adalah lobak merah dan juga cendawan. Lada benggala pun sedap juga. Boleh cuba masak hujung minggu nanti.
BOW TIE PEDAS SEAFOOD
BAHAN-BAHAN
Semangkuk bow tie (rebus, tos dan ketepikan)
5 sudu besar minyak sapi
5 sudu besar minyak masak
2 biji bawang merah (cencang)
5 ulas bawang putih (cencang)
Sedikit udang
Sedikit sotong
Sedikit kepah
1 tin cendawan
Cili padi (giling)
Serbuk jintan manis
1 biji capsicum
3 sudu besar sos cili
1 sudu besar pes tomato
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu besar mentega
Garam
Gula
2 sudu besar kicap
1 biji cili merah
2 sudu besar serbuk keju
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak sapi dan minyak masak. Tumis bawang merah dan bawang putih.
2. Masukkan udang, sotong, kepah dan cendawan. Kacau rata.
3. Masukkan cili padi, serbuk jintan manis dan capsicum. Gaul rata.
4. Masukkan bow ties dan sedikit air rebusan tadi. Biarkan sekejap.
5. Masukkan pula sos cili dan pes tomato. Kacau.
6. Masukkan serbuk ketumbar, mentega, garam, gula dan kicap. Gaulkan.
7. Masukkan cili merah. Kacau seketika dan angkat.
8. Letakkan dalam pinggan. Taburkan serbuk keju. Hidangkan.
Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Semuanya menarik, jom klik link ni untuk cuci mata. Mana tahu ada yang berkenan kan? Klik sini (saya nak beli periuk baru la)
Esok bermula PKP tahap kedua hinggalah 14hb April, PKP ini diperketatkan lagi peraturannya. Jadi jika anda ingin memasak carilah resipi yang ringkas dan tidak memerlukan bahan ramuan yang banyak untuk menjimatkan barang runcit anda.
Bihun goreng ala Mama Imani ni boleh dicuba. Gunakan ikan bilis, kangkung dan bawang aje sebagai rencah utama. Pemilik resipi Sabariah Sareh Saad yang membahasakan dirinya Mama Imani berkongsi resipi kegemarannya sekeluarga yang mudah dan ringkas.
BIHUN GORENG KAMPUNG RINGKAS
BAHAN-BAHAN : 1paket bihun 7 biji cili padi | ikut citarasa kepedasan masing-masing 1 biji cili hijau Kangkung Bawang besar-1biji Bawang putih -2ulas 2 biji telur Segenggam ikan bilis Kicap secukupnya Garam secukupnya
CARA MEMASAK :
1. Rendam kejap bihun letak air biasa je.
2. Tumbuk/kisar bawang besar,bawang putih,cili padi,cili besar hijau dan ikan bilis.Mama Imani guna pengisar chopper tarik tu je.
3. Panaskan kuali tumis bahan tumbuk/kisar.Kemudian masukkan garam jangan banyak sangat sebab ikan bilis masin sedikit.
4. Kemudian letak telur (konsep macam buat nasi goreng kampung je)
5. Masukkan bihun dan kacau rata.Kemudian letak kicap lemak manis untuk jadikan kaler gelap sket je.
6. Letak kangkung dan kacau rata.Siap goreng adjust rasa jom boleh makan dah hihi
Pa:Nak tabur ikan bilis goreng rangup pon boleh jugak Selamat mencuba
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.