Pernah tak terfikir, minuman berais yang kita minum tu selamat tak. Ketulan ais yang di order tu biasanya datang berguni dan berkilo kilo, anda pasti ke ketulan ais dari air mentah atau air paip tu tak digunakan untuk membuat minuman.
.
Air tak dimasak memang membahayakan kesihatan, bila ketulan ais dari air tak dimasak dimasukkan dalam minuman memang boleh mencemarkan air kerana wujudnya bakteria dan kuman di dalamnya.
Tapi macam mana nak tengok beza ketulan ais yang dibuat dari air paip dengan ais yang dibuat daripada air masak. Apa bezanya ya. Cuba perhatikan ciri ini.
.
AIS DARI AIR PAIP
.
Untuk membezakan ais dari air paip dengan air masak, pertama kali perhatikan warna dia. Ais dari air paip biasanya berwarna putih kerana masih banyak gas yang terperangkap di dalamnya. Biasanya ais yang dibuat dari air mentah adalah ais blok. Ais ini jelas tak elok diminum kerana biasanya ia digunakan untuk menyejukkan ikan dan daging di pasar basah
AIS GUNA AIR MASAK
.
Ais dari air masak pula akan kelihatan jernih kerana gas di dalam air terlepas ketika proses merebus air. Biasanya ais seperti ini disebut ais kristal. Kini ais kristal sudah banyak digunakan, ia berbentuk kiub dan berlubang di tengah-tengah.
Tak salah jika kita memeriksa dulu ciri-ciri ais sebelum meminumnya.
.
.
Kredit : @ Kebahagiaan & Kesihatan Dari Segi Islam
JIKA ANDA BERCADANG NAK MEMBELI PENAPIS AIR UNTUK DAPATKAN AIR YANG DIJAMIN BERSIH, BOLEH MELAYARINYA DI SINI.
ANDA MUNGKIN JUGA MENYUKAI RESIPI INI :
DAN JUGA RESIPI INI :
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Mangga Harum Manis Ada Grednya, Lazatnya Bukan Sebarang Mangga
Mangga Harumanis terkenal kerana rasanya enak, lain daripada buah mangga yang lain. Baunya sangat harum apabila betul-betul masak , isinya akan bertukar kepada warna oren kekuningan.
Jom kita semak keunikan mangga ini seperti yang dikongsikan oleh laman manggaharummanis.com
Menurut Jabatan Pertanian mangga Harumanis Perlis adalah antara baka mangga terbaik di Malaysia.Selain rasa yang lebih enak, dan unik daripada mangga lain, faktor lain yang membuatkan mangga Harumanis begitu terkenal ialah kerana pengeluarannya yang terhad.
Ramai yang tak tahu bahawa mangga Harumanis hanya berbuah sekali sahaja dalam masa setahun. Tempoh berbuah pula adalah sangat terhad, iaitu dari sebulan hingga sebulan setengah sahaja untuk setiap musim.
Selalunya daripada penghujung bulan April hingga awal bulan Jun.Maknanya, mangga Harumanis hanya boleh didapati dalam masa sebulan sahaja setiap tahun, atau setiap musim.
Pokok Harumanis memerlukan musim kemarau dari Januari hingga Mac untuk berbunga. Tempoh ini juga dikenali sebagai “Stress Period” mengikut Jabatan Pertanian Negeri Perlis.
Yang membuat mangga ini lebih unik, di Malaysia, mangga Harumanis hanya tumbuh di negeri Perlis. Banyak kajian dan eksperimen yang dilakukan oleh pelbagai pihak untuk menanam mangga Harumanis di negeri lain, tetapi sehingga kini masih belum berjaya.
Ada yang pokok berjaya tumbuh, tetapi tidak mengeluarkan buah langsung. Ada pula yang pokok pun tak tumbuh. Faktor-faktor ini membuatkan mangga Harumanis adalah unik dan berbeza daripada mangga-mangga lain di pasaran Malaysia, mahupun dunia.
Gred Mangga Harumanis
Masih ramai yang keliru dengan gred mangga Harumanis. Bagaimana gred Harumanis ditentukan?
Sebenarnya gred mangga Harumanis ditentukan mengikut berat buah – dalam unit gram.
1. Mangga Harumanis Gred AA atau A+ – Berat 500gm ke atas.
2. Mangga Harumanis Gred A – Berat 350gm hingga 500gm.
3. Mangga Harumanis Gred B – Berat 350gm.
4. Mangga Harumanis Gred C – Berat 350gm ke bawah.
Yang membezakan gred Harumanis hanyalah berat buah. Rasanya masih sama, atau kalau ada beza pun tidak begitu banyak.Selalunya terjadi ialah banyak buah dari Gred A dan B. Buah gred AA atau A+ pula hanya sedikit. Begitu juga buah Harumanis gred C.
Mangga Harumanis Perlis asli selalunya akan mula dijual pada penghujung bulan April sehingga lewat Jun pada setiap tahun/musim. Walau bagaimanapun, ada pihak yang menjual mangga Harumanis pada lewat bulan Mac. Keaslian buah harum manis yang dijual awal ini tidak dapat dipastikan.
Oleh itu jika anda hendak merasai keenakan buah mangga Harumanis asli, tunggu sehingga mangga Harumanis gred AA/A betul-betul berada di pasaran.
Alang-alang bercerita pasal mangga harum manis ni…Ni min kongsikan resipi pulut harum manis dari http://ringkastapisedap.blogspot.com. Memang sedap nih.
1. RESIPI PULUT HARUM MANIS
BAHAN-BAHAN :
- 750gm Harumanis
- 500 gm beras pulut (basuh bersih, toskan, tak perlu rendam. Masuk dalam loyang, letak air sama paras pulut dan kukus 20 minit atau hingga pulut masak)
- 750 gm santan (guna santan kotak 500ml tambah air masak sampai dapat berat 750ml, kacau rata)
- 6 sudu makan gula pasir
- 3 sudu makan gula pasir
- 5 helai daun pandan
- 6 sudu teh tepung tepung jagung
- 2 sudu teh tepung beras
- garam secukup rasa
CARA MEMBUATNYA;–
Sementara mengukus pulut, sediakan santan :
1. Masak santan (750 gm hingga seperti terbit minyak, kacau selalu jangan berketul atau pecah santan)
2. Masukkan gula (6 sudu makan), kacau hingga gula larut)
3. Asingkan 300 gm ke dalam mangkuk lain.
4. Masukkan garam secukup rasa dalam periuk dan kacau sebati. Matikan api.
5. Apabila pulut masak, masukkan santan dari periuk sedikit-sedikit semasa pulut masih panas. Masukkan santan dan kacau balik bersama pulut sehingga cukup lembut. Jangan terlebih santan.
6. Jika pulut sudah cukup lembutnya dan keseluruhan disaluti santan berhenti tambah santan.
7. Sos Santan : Tenggekkan semula periuk atas dapur dan masukkan semula 300 gm santan dalam mangkuk tadi.
8. Tambahkan gula (3 sudu makan) dan garam secukup rasa, tepung jagung dan tepung beras. Kacau sehingga tepung larut dan masak dengan api perlahan sehingga pekat. Tutup api.
9. Hidangkan pulut bersama sos santan dan mangga yang masak.
Kredit foto dan resipi : ringkastapisedap.blogspot.com
2. RESIPI JUS MANGGA HARUM MANIS
BAHAN-BAHAN :
- 2 biji mangga harum manis
- Gula secukupnya | boleh dikurangkan atau ditiadakan sebab dah ada susu
- Susu pekat manis secukupnya
- Ais secukupnya
Topping Jus Mangga Harum Manis:
- 50 gram serbuk krim putar
- 100 ml air sejuk (dari peti sejuk)
- Susu pekat manis secukupnya
Cara Membuat Jus Mangga Harum Manis:
1 .Kupas mangga dengan pisau yang tajam ambil sebahagian untuk dipotong dadu dan sisihkan.
2. Kisar mangga dengan ais, gula dan susu pekat manis.
3. Kemudaian tuangkan ke dalam gelas.
4. Buat toppingnya: Kacau (menggunakan mixer kelajuan) serbuk krim putar dan is sampai halus.
5. Lalu picitkan krim diatas jus tadi, dan hiaskan dengan potongan mangga.
Kredit foto dan resipi : resepmamakusuka.com/
Kuah Rojak 4 Jam, Masak Lama Baru Tahan Untuk Simpanan. Gerenti Sedap Punya!
Banyak resipi kuah rojak tak tahu nak pilih yang mana, masih tercari-cari resipi kuah rojak buah yang sedap. Cuba buat resipi akak ni yang sudi kongsikan petuanya hasil beliau buat berniaga. Mestilah sedap kalau asik kena serbu jerkan. Jom cuba!
RESIPI KUAH ROJAK TERANGKAT
BAHAN-BAHAN:
- Cabai kering 2 genggam ( rebus buang biji & blend )
- Cabai melaka 5 -10biji ( kalau suka pedas ) – blend sx cabai kering
- Kicap lemak manis 1 botol kecil
- Sos cili 1 botol kecil
- Sos tiram 2 sudu besar
- Belacan 1-2 inci ( bakar & blend sx ngan cabai )
- Otak udang 1-2 sudu ( kalau suka letak )
- Pes asam jawa adabi 2 sudu
- Gula melaka 1 ketul
- Gula pasir 2 cawan
- Tepung jagung 2-3 sudu ( boleh ejas )
CARA MEMASAK:
- Masak cabai blend sampai betul2 masak hilang bau cabai ( sy masak dlm 20 – 30minit ) – boleh tambah2 air
- Kemudian masukkan kicap,,sos cili,,sos tiram,,gula melaka,,pes asam jawa & otak udang
- Time ni sy buka api kecik ja & masak lama utk tahan disimpan ( in shaa Allah )
- Kemudian masukkan gula pasir – masa ni boleh ejas rasa dia
- Akhir sx masukkan tepung jagung yg dibancuh dgn sedikit air ( agak2 jgn pekat sgt kuah tu nt dah sejuk lg pekat )
- Biar mendidih lg 10-15minit boleh tutup api… SIAP ‼
Nota: Tak perlu letak garam
Kongsi resipi: Ieza Hafiza
Teknik Penting! Cara Mudah Nak Jimat Minyak Masak, Elakkan Membazir
Sebelum ni rakyat Malaysia tidak pernah bising dengan harga minyak masak kerana kerajaan memberikan subsidi untuk minyak masak sehingga 2 billion setahun. lesap dalam pasaran tempatan. Kini harga minyak masak naik dari harga biasa disebabkan subsidi minyak dikurangkan.
Jadi apa yang penting bagi pemakai seperti kita ialah bagaimana kita boleh menjimatkan pemakaian minyak masak sehari-harian tanpa perlu lagi membazir sekaligus menyihatkan? Wajib ambil tahu tau…
CARA-CARA MENGORENG (DEEP FRYING) DENGAN BETUL.
- Semasa goreng tentukan sentiasa suhu minyak dikekalkan kepada 180-190 darjah C. Semasa goreng ayam atau ikan yang bersalut tepung (bater) dimasukkan dalam minyak yang panas yang bersesuaian, suhu yang panas bersesuaian akan cepat membentukan perisai (shield) untuk minyak tidak dapat menyerap ke dalam bahan gorengan yang masih sejuk dan hasil gorengan tidak terlampau berminyak.
- Isi ayam atau ikan digoreng akan masak melalui cara tidak langsung dari haba minyak tetapipengaliran haba perisai tepung dan bahan di goreng. Dengan ini juga pembaziran minyak boleh jimatkan.
- Sekiranya minyak tidak cukup panas. Perisai tepung tidak akan terbentuk maka minyak akan sampai kepada isi ayam atau ikan sebelum lapisan tepung cukup masak (garing) untuk jadikan lapisan yang perisai. Hasil masakan seperti ini terlalu berminyak.
- Sekiranya anda goreng menggunakan habuk roti (bread crumb) celupkan bahan goreng (ayam) itu didalam telur yang di pukul ringan dan gulingkan ke dalam habuk roti (bread crumb) yang telah ditambah garam dan lada (seasoned). Biarkan selama 15-20 mint sebelum mengoreng untuk ia menjadi kering dan bread crumbs melekat pada bahan goreng.
- Untuk gorengan ayam atau ikan tidak boleh gunakan garam semasa goreng. Garam akan menyebabkan wap air wujud dipermukaan bahan gorengan dan menyebabkan gorengan anda meletup. Garam halus boleh taburkan sedikit semasa hidangan telah goreng (tapi payah stail kita). Goreng Ikan keli perlu awas!. Ada yang jadi buta kerana goreng ikan keli ini.
- Sekiranya ingin goreng Fries kentang (French Fries), goreng terus dari keluarkan dari peti sejuk (masih keras lagi). Ini akan mengurangkan penyerapan minyak dan French Fries menjadi rangup.
- Elakan gorengan yang terlalu banyak dalam satu masa. Ini akan menyebabkan suhu minyak akan menurun mendadak.
- Sekiranya minyak terlalu panas tambahkan minyak yang baru untuk mengawal suhu minyak.
Keperluan sukatan minyak untuk gorengan ialah 1 isi padu bahan gorengan bersamaan dengan 6 isipadu minyak. 1:6. - Minyak sebelum gorengan perlu dipanaskan dahulu sebelum gorengan dilakukan dengan 7-8 darjah C lebih rendah dari suhu gorengan yang dikehendaki.
TANDA-TANDA MINYAK TERPAKAI TIDAK BOLEH DIGUNAKAN
- Minyak bertukar warna menjadi kehitaman.
- Kepekatan minyak bertambah dari biasa.
- Minyak terpakai yang disimpan mendapati terdapat bendasing yang terapung atau membentuk lapisan di permukaan minyak.
- Apabila minyak gorengan telah mengelurkan asap atau minyak yang telah terbakar.
- Sekiranya minyak berbau yang tidak menyenangkan atau masih berbau dari bahan gorengan yang lepas.
CARA MEMANJANGKAN HAYAT MINYAK MASAK:
- Hayat minyak masak terpakai akan menjadi pendek bila anda suka memansakan minyak untuk masa yang panjang. Apabila anda mula goreng jangan biarkan minyak itu panas tanpa bahan gorengan. Masa selingan gorengan perlu cepat dan jangan biarkan minyak panas terlalu lama tanpa gorengan. Selesai gorengan cepat padamkan apai dapur dan sejukan minyak.
- Dapatkan jangka suhu untuk Deep Fry. Jangka suhu ini akan banyak membantu anda semasa gorengan dan menjimatkan masa gorengan dan kegunaan minyak.
- Semasa gorengan dikeluarkan untuk masukkan kembali bahan gorengan, pastikan tapis minyak gorenag terdahulu dengan menggunakan penapis tangan yang mudah. Ia tidak mahal tetapi akan menjadikan minyak gorengan anda sentiasa bersih.
- Apabila minyak masak telah sejuk dan selamat untuk ditapis, tapiskan minyak telah gunakan dengan penapis kantung teh atau kain nipis. Anda juga boleh dapat kertas turap yang berkon untuk tujuan ini. Jangan masukan dalam minyak baru.
- Gunakan kembali bekas minyak dan tuangkan minyak terpakai kedalam. Tentukan ia ditutup rapat dan kalu boleh simpan di peti sejuk anda sebelum digunakan. Ia menjadi beku tidak mengapa. Apa di keluarkan dan dibiarkan dalam udara biasa ia akan cair cepat.
Sumber: http: peahgosip.com