Ni reseipi yang dikongsikan oleh Zulfaza Loves Cooking ZLC. Paling sedap walau sempoi aje bahannya.
Menurut Zulfaza dua hari lepas jirannya beri seguni batang keladi depan pagar, jadi dia ambil peluang masak Asam Rebus lah pulak. Selain Asam Pedas memang sedap juga batang keladi dimasak Asam Rebus tau.
Basuh dan siang batang keladi, rebus dulu barulah tak gatal. Jom tengok resipinya…
ASAM REBUS BATANG KELADI BAHAN-BAHAN :
1 1/2 pokok keladi (kalau kecil guna 3 pokok) disiat kulitnya dan potong. Kalau ada ubinya ambil sekali
4 keping asam gelugur
5 tangkai daun kesum
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya
2 batang serai dititik
Bahan Kisar/tumbuk
5 tangkai cili merah
10 tangkai cili padi merah
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih (optional)
1 genggam ikan bilis kopek
1 inci kunyit hidup atau sedikit serbuk kunyit
Sedikit belacan – bakar
CARA MEMASAK :
Ads
Siang batang keladi, cuci dan toskan. Rebus keladi dan batangnya hingga empuk. Toskan. Ketepikan.
2. Dalam periuk masukkan bahan2 kisar, asam keping, daun kesum, dan serai. Tambah sedikit air dan biarkan mendidih. 3. Masukkan batang keladi tadi, sedikit gula dan garam secukup rasa.
4. Biarkan merenih seketika. Tutup api. Sedia dihidangkan dengan lauk pilihan.
Sedapnya bila dapat menikmati kuih atau kek yang disukai. Kek keju leleh memang jadi kegemaran ramai. Semakin banyak lapisan keju, semakin sedap rasa kek bila dinikmati. Nak puas makan, jom buat sendiri ikut resipi yang min kongsikan ini.
Kek cheese leleh
Bahan-bahan:
*2 biji telur gred A
1 cawan tepung gandum BELI ONLINE DI SINI
*1/2 cawan gula (saya kurangkan)
*2 sudu susu pekat-BELI ONLINE DI SINI
*1 sudu besar ovalate- BELI ONLINE DI SINI
2 sudu besar susu tepung
1 sudu kecil baking powder-BELI ONLINE DI SINI
1 sudu kecil soda birkabonat
*1 sudu kecil esen vanilla (saya guna perisa vanilla)
1/4 cawan minyak masak
Cara memasak:
1.Kisar bahan bertanda * hingga putih gebu.
2.Ayak tepung,baking powder dan soda birkabonat.
3.Satukan adunan yang dah kisar gebu tadi bersama bahan ayak. Masukkan susu tepung.
4.Akhir sekali letak minyak masak dan gaul sebati.
5.Tuang adunan dalam aluminium foil atau loyang. Guna bekas aluminium kecil itu kukus dalam 20@25 minit.
6.Guna acuan plastik pun bole juga. Masa kukus sama.
P/s: Kisar sampai sebati . Jangan lama-lama.Bila kek dah sejuk, belah kek kepada 2 bahagian. Letak topping sedikit di tengah kemudian tutup balik baru tuang habis topping tadi. Last sekali boleh tabur cheddar cheese banyak mana korang nak. Simpan kejap dalam 1 jam di dalam peti sejuk kemudian dah boleh makan.
Kalau tak nak pun takpa boleh saja pakai acuan plastik yang lubang tu pun ok.
Tercari-cari menu lauk bajet yang sedap, mudah dimasak serta tak perlu berbelanja lebih untuk menyediakannya? Resipi-resipi di bawah ini anda boleh hasilkan. Hanya dengan kos yang kurang dari RM20, anda mampu menghasilkan lauk pauk berasaskan sotong, ayam, ikan bilis, daging dan hati ayam. Lihat pada bahan utama, nampak macam lauk mahal kan? Tapi hakikatnya adalah sebaliknya. Moga idea masakan ini boleh membantu anda menyediakan sajian berkhasiat serta enak buat keluarga. Selamat mencuba!
RESIPI LAUK PAUK BAJET YANG SEDAP, MUDAH & CEPAT MASAK
1. KEPAK AYAM PERCIK KUAH KACANG
BAHAN-BAHAN:
6 ketul kepak ayam | dipotong dua
5 tangkai cili kering | dikisar
1 ulas bawang merah bersaiz besar | dikisar
1 ulas bawang putih | dikisar
1 batang serai | dikisar
1cm halia | dikisar
1cm lengkuas | dikisar
Garam dan serbuk kunyit secukupnya
BAHAN KUAH PERCIK:
1/2 biji kelapa | diambil santannya
5 ulas bawang merah | dikisar
2 ulas bawang putih | dikisar
4 tangkai cili kering | dikisar
1cm halia | dikisar
1 batang serai | dikisar
1 keping asam gelugur
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Gaulkan kepak ayam bersama garam dan serbuk kunyit secukupnya kemudian perapkan bersama bahan kisar selama dua jam. Kemudian panggang ayam di atas bara arang sehingga masak. Ketepikan.
Untuk membuat sos percik, satukan santan bersama bahan kisar dan masak sehingga mendidih dan pekat. Pastikan kuah sentiasa dikacau bagi mengelakkannya berketul.
Kemudian masukkan asam gelugur dan perasakan dengan garam serta gula dengan secukup rasa.
Apabila kuah telah pekat, padamkan api dan tuangkan ke atas kepak ayam yang telah siap dipanggang tadi.
Sedia untuk dihidang.
Info chef: Ayam juga boleh dibakar dalam ketuhar pada suhu 180C selama 15-20 minit atau hingga masak.
2. HATI AYAM MASAK KICAP BEREMPAH
BAHAN-BAHAN:
350gm hati ayam
1 biji bawang besar | dimayang
1 ulas bawang putih | dimayang
3 tangkai cili kering | dikisar halus
5 sudu makan kicap lemak manis
1 sudu makan serbuk kunyit
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Bersihkan hati ayam dan masukkan garam bersama serbuk kunyit dengan secukupnya. Goreng hingga garing dan ketepikan seketika.
Panaskan minyak dan tumis bawang besar bersama bawang putih hingga layu. Angkat dan tumbuk gorengan bawang tadi hingga lumat.
Tumis kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih hingga wangi. Kemudian masukkan bawang yang ditumbuk tadi bersama cili kering kisar. Kacau sehingga pecah minyak.
Masukkan kicap lemak manis dan hati ayam. Gaul sebati dan biarkan mendidih seketika.
Sedia untuk dihidangkan.
Info chef: Untuk mempelbagaikan rasa, boleh juga dicampurkan dengan pedal BACA JUGA:
3. BERGEDIL DAGING KENTANG
BAHAN-BAHAN:
4 biji ubi kentang bersaiz besar
250gm daging cincang
2 biji telur |diasingkan putih dan kuningnya
1 labu bawang besar | dicincang halus
1 pokok daun sup | dihiris halus
1 sudu teh serbuk lada sulah
1 sudu teh serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
Kupas kentang dan potong dadu. Goreng hingga empuk dan tos minyaknya.
Kemudian goreng daging cincang hingga masak. Asingkan.
Tumbuk kentang yang digoreng tadi menggunakan lesung hingga lumat. Masukkan ke dalam mangkuk.
Satukan kentang, daging cincang goreng, bawang besar dan daun sup. Masukkan juga kuning telur, serbuk lada hitam, serbuk lada sulah dan sedikit garam. Gaul hingga sebati.
Bentukkan adunan bulat-bulat dan leperkan.
Celup ke dalam putih telur dan goreng hingga kekuningan.
Info chef: Selain daging, boleh juga menggunakan isi ayam kisar atau makanan laut yang telah dicincang halus.
4. SAMBAL TUMIS TERUNG PIPIT & BILIS
BAHAN-BAHAN:
200gm terung pipit
50gm ikan bilis
30gm cili padi hijau | dikisar
2 ulas bawang merah bersaiz besar | dikisar
1cm belacan | dikisar
Garam dan serbuk perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
Bersihkan ikan bilis dan goreng hingga garing. Ketepikan.
Seterusnya masukkan terung pipit dan goreng seketika. Angkat dan tos minyaknya.
Tumis bahan kisar sehingga wangi dan sedikit garing. Masukkan serbuk perasa dan juga garam mengikut cita rasa anda.
Akhir sekali, masukkan ikan bilis dan terung pipit yang telah digoreng tadi. Gaul hingga rata.
Sedia untuk dinikmati.
Info chef: Elakkan menggoreng terung pipit dengan terlalu lama kerana ia akan menjadi keras dan kurang enak.
5. SOTONG REBUS SERAI
BAHAN-BAHAN:
400gm sotong segar
1 batang serai | diketuk
100ml air
3 biji cili padi | jika suka
Garam dan serbuk perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
Bersihkan sotong dan masukkan ke dalam periuk.
Kemudian tambahkan air dan didihkan. Jika sukakan kuah yang banyak, lebihkan jumlah air.
Masukkan serai dan cili padi. Biarkan sehingga sotong masak.
Perasakan dengan garam danserbuk perasa dengan secukupnya.
Padamkan api dan sedia untuk dinikmati.
Info chef: Menu sihat yang ringkas dan kaya dengan haruman serai
6. IKAN BILIS BUNGA KANTAN
BAHAN-BAHAN:
100gm ikan bilis
1 batang bunga kantan | dihiris halus
5 biji cili merah | dikisar
2 ulas bawang merah bersaiz besar | dikisar
Garam dan serbuk perasa secukup rasa
CARA MEMASAK:
Bersihkan ikan bilis dan goreng hingga garing. Ketepikan.
Tumis bahan kisar sehingga wangi dan garing. Perasakan dengan serbuk perasa dan garam dengan secukupnya.
Kemudian masukkan ikan bilis dan hirisan bunga kantan. Gaul seketika hingga rata.
Sedia untuk dinikmati.
Info chef: Jika mahukan rasa yang lebih pedas, tambah sedikit cili padi kisar.
Nak cari PETI SEJUK baru? Pilih je DISINI. Banyak pilihan & harga pun murah.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak, boleh cuba resipi di bawah ni:
Kalau ada stok dada ayam di rumah, jom try buat ayam gunting. Resipinya simple je. Tapi sedap sangat dirayah panas-panas.
Ayam gunting ini kalau dibeli di kedai, sekeping RM6. Kalau ada anak ramai, memang memerlukan kos yang agak tinggi nak beli ayam gunting ni. Salah satu cara untuk berbaloi, boleh cuba masak sendiri ayam gunting ni. Berbaloi juga kalau nak nikmati ramai-ramai. Resipi ini telah dikongsikan di facebook group RASA Share Resepi. Resipi sebenar telah dimuatnaik oleh Salimah Olie di facebook beliau. Terima kasih Salimah Olie kerana berkongsi resipi yang sungguh menyelerakan ini.
AYAM GUNTING RANGUP
BAHAN-BAHAN
Dada ayam (dileperkan)
Tepung serbaguna (BELI DI SINI)
1 sudu kecil soda bikarbonat (BELI DI SINI)
1 biji telur ayam
Garam (BELI DI SINI)
Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMBUAT
1. Dada ayam dileperkan dan diketepikan.
2. Dalam pinggan, campurkan tepung serbaguna dengan soda bikarbonat. Ketepikan.
3. Pecahkan telur ayam dalam pinggan lain dan masukkan garam.
4. Panaskan minyak masak.
5. Golekkan ayam pada tepung. Celupkan dalam telur ayam tadi. Golek semula dalam tepung.
6. Goreng dalam minyak masak yang sudah cukup panas.
7. Selepas masak, guntingkan ayam dan tabur dengan perisa yang disukai.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!