Ayam Masak Bijan Harum Semerbak Satu Dapur

Ayam Masak Bijan Harum Semerbak Satu Dapur

Hidangan yang harum dengan bau bijan yang enak. Jangan letak cili padi jika anak-anak tidak makan pedas.

AYAM BIJAN:

BAHAN-BAHAN:

Ads
  • Isi ayam (boleh guna bahagian yang lain)
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 1/2 cawan air
  • Bawang besar
  • Cili padi
  • Bijan (disangai)
  • 1 labu bawang besar

 

BAHAN PERAP:

  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar serbuk kunyit
  • 2 sudu besar minyak bijan
  • Sedikit parutan halia
  • Sedikit parutan bwg putih
  • Garam

CARA MEMASAK:

1. Dada ayam dihiris sederhana nipis. Boleh gunakan bahagian lain juga. Tapi sebaiknya bahagian yang tidak bertulang.

Ayam Masak Bijan Harum Semerbak Satu Dapur

 

2.  Perapkan ayam seketika dengan bahan-bahan perapan.

Ayam Masak Bijan Harum Semerbak Satu Dapur

 

Ads

3. Panaskan minyak dan masukkan ayam.

Ayam Masak Bijan Harum Semerbak Satu Dapur

 

4. Tutupkan kuali dan kacau sekali sekala. Bila ayam nampak hampir masak, tambah 1/2 cawan air. Tutup lagi dan biar masak sampai kuah jadi pekat. Perasakan garam, gula, sesuai rasa.
Bila kuah sudah hampir kering masukkan bawang besar dan cili padi secukupnya.

Ads

Ayam Masak Bijan Harum Semerbak Satu Dapur

 

5. Tabur bijan yang sudah disangai. Enak dimakan panas-panas. Rasa ayam ini lembut, licin, dan wangi sangat. Kuah akan pekat macam kuah mee sizling. Tidak perlu guna kiub ayam tapi sedap sangat.

Ayam Masak Bijan Harum Semerbak Satu Dapur

KREDIT RESIPI & GAMBAR: Yuss Aisya

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI