Comelnya Cupcake Sarang Semut ni.Walau versi mini tapi elok bersarang. Bagi anda yang rasa nak makan Kek Sarang Semut tapi tak punya banyak masa, boleh cuba resipi perkongsian saudari Maizatul Nurjannah ni. Lebih kurang 10 minit je dah siap masak. Berbaloi kan? Jom lihat cara-cara pembuatan serta bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI CUPCAKE SARANG SEMUT SEDAP & MUDAH MASAK
BAHAN-BAHAN:
1 cawan gula pasir – beli online disini
1 cawan air panas
1 cawan tepung blue key + 1/2 sudu (kfc) soda bikarbonat – beli online disini
1/4 cawan susu pekat manis – beli online disini
3 sudu makan marjerin/mentega (kalau cairkan terlebih dahulu rasa kek akan lagi lembut) – beli online disini
4 biji telur gred A
1 penutup esen vanilla – beli online disini
CARA MEMASAK:
1. Cairkan gula hingga warna jadi keperangan/coklat. Bila gula sudah cair, masukkan air panas dan marjerin yang telah dicairkan. Kacau sebati dan biarkan suam.
2. Masukkan telur dan esen vanilla ke dalam blender. Kisar sekejap kemudian masukkan susu pekat manis. Kisar sebentar sekali lagi.
3. Masukan tepung yang telah dicampur dengan soda bikarbonat. Kacau hingga rata.
4. Masukkan air gula yang sudah suam. Kisar lagi sekali kemudian tapis.
5. Perap adunan. Boleh pilih sama ada nak perap sebentar atau lama. (Empunya resipi pernah cuba keduanya dan dua-dua menjadi.)
6. Tuang bancuhan kek ke dalam acuan cupcake yang telah diletak dalam tray muffin. Bakar pada suhu 160C menggunakan api bawah terlebih dahulu selama 5minit. (kek akan mula nampak lubang-lubang)
7. Kemudian bakar lagi menggunakan api atas bawah selama 5 minit. Masa mungkin berbeza mengikut jenis ketuhar masing-masing.
8. Cupcake Sarang Semut sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Maizatul Nurjannah
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Pengat Bebola Durian. Manisan Kampung Mudah Yang Sangat Sedap
Korean Japchae. Resipi Mi Kaca Korea Sangat Sedap & Mudah Masak
Rangup Di Luar Lembut Di Dalam, Resipi Mudah Honey Butter Biscuits
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
https://www.youtube.com/watch?v=RFAn19ua4ig
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI